Saturday, October 30, 2004

Selatan Siam Milik Kita




Darah yang tumpah di bumi Patani, siapa mahu membela???


Tak Bai Tragedy 25 Oct 2004

Bodies killed by gun found on the ground: 6 persons
Killed in the evening during the transportation to the military camp in Pattani: 78 persons
Died in the hospital: 1 person
Pushed into the river and killed: c:a 35 persons
Bodies found in the river 29 oct 2004: 18 persons
Under Thai military custody: 1,298 persons
Injured: 730 persons
Missing: 255 persons


Ihsan: Patani United Liberation Organisation


Masalah dengan wilayah selatan Siam bukanlah masalah baru dalam kerajaan Thailand. Sepertimana wilayah Mindanao bagi Filipina, wilayah selatan Siam bagaikan 'kudis' yang bernanah.Bangkok sering menegaskan bahawa wilayah-wilayah selatan yang didominasi oleh penganut Islam seperti Yala, Songkhla, Patani, Narathiwat adalah milik mutlak mereka.Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pernah berhujah, bumi selatan Siam tidak akan diserahkan walaupun barang seinci kepada puak-puak pemisah atau pengganas.Puak pemisah?Wujudkah puak pemisah di sana atau mereka sebenarnya adalah pejuang kebebasan?

Perlu difahami bahawa sebelum berdirinya kerajaan Thailand sekarang, bumi Patani sudah berdiri sebagai satu entiti yang gagah.Sejarah mencatatkan kerajaan Melayu Patani sudah bertapak ketika zaman kerajaan Sukhotai pada kurun ke 13 lagi.Sesetengah ahli sejarah berpendapat Patani sudah berada di bawah naungan kerajaan Songkhla sewaktu pemerintahan Raja Ramkhamhaeng.Namun, ramai sarjana Siam sendiri menolak teori tersebut. Lewat kurun ke 14, kerajaan Sukhotai mulai melalui zaman gerhana dan diganti oleh kerajaan baru yang berpusat di Ayuthia.Hikayat Patani meriwayatkan bahawa Sultan Mudzafar Shah, pemerintah Patani mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Ayuthia di utara Thailand.Maka, terbukti kerajaan Patani telah lama wujud sebagai negara berdaulat yang setara dengan kerajaan Sukhotai mahupun Ayuthia.

Perubahan-perubahan kerajaan di Siam turut mencorakkan suasana politik di Patani mahupun di wilayah-wilayah selatan Siam.Wilayah-wilayah ini semasa kemerosotannya menerima naungan Siam dan membayar ufti dalam bentuk bunga emas kepada Siam.Penghantaran ufti bunga emas ini turut dilakukan oleh negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Kelantan.Namun, penghantaran ufti ini tidak lebih daripada simbol penghormatan bukannya menandakan negeri-negeri ini sebagai tanah jajahan Siam.(baca Sejarah Patani)

Tindakan Siam yang dilihat memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua menaikkan kemarahan British.Dalam usaha 'memujuk' British, Siam bersetuju menyerahkan negeri-negeri utara Semenanjung dan dalam masa yang sama 'menyimpan' beberapa wilayah yang majoriti penduduknya Islam.Salah satu daripadanya ialah Patani.

Patani hakikatnya bukanlah milik Thailand.Wilayah ini hanyalah wilayah malang yang jatuh ke tangan Siam atas perancangan licik penjajah.Perjanjian berat sebelah yang termetrai antara British dan Siam telah memisahkan saudara-saudara kita di utara sana dengan kita di Malaysia.Wilayah-wilayah Islam di sana ditadbir oleh pemerintah Siam yang tidak berhemah dan tidak memahami aspirasi marhaen.Wilayah-wilayah ini hanyalah 'dumping ground' bagi pentadbir-pentadbir korup Siam.Tidak hairan, wilayah-wilayah ini begitu diabaikan dan dianak-tirikan.Masalah pengangguran yang tinggi, jenayah yang berleluasa dan industri 'menjual tubuh' (baca: pelacuran) menjadi isu yang cukup mengecewakan pribumi Patani.Mujur golongan ulama begitu ramai dan berpengaruh di Patani sejak berzaman lagi.Golongan tradisional ini yang memastikan umat Islam di Thailand tidak hanyut binasa oleh proses asimilasi paksaan Thailand yang cuba diimplementasi sejak dulu lagi.Pondok-pondok di Patani terkenal malahan disinggahi oleh pelajar-pelajar Malaysia sendiri untuk meneguk ilmu-ilmu agama.Sejarah turut menyaksikan bahawa Tuan-Tuan Guru yang berijazah pondok ini memimpin gerakan rakyat dalam usaha memerdekakan tanah tumpah darah mereka daripada dicemari idealisme musyrik.

Peristiwa berdarah di Patani tidak lebih daripada manifestasi kegagalan Thailand menguasai jiwa raga dan aqidah umat Muhammad di Thailand.'Kudis' pada tubuh Thailand ini, kini sudah bernanah, membengkak dan menjalar.'Kudis' ini hanya menunggu masa untuk mencacatkan tubuh Thailand.Samada kudis ini akan membunuh Thailand, kita tonton sahaja komplikasinya.............




No comments: