Sepanjang berada di wad bersalin di tempat kerja, saya sentiasa mengajukan soalan kepada teman-teman sekerja di hospital,
"Di mana korang mengundi tahun ni?"
Malangnya daripada 90% sahabat-sahabat saya mempunyai jawapan yang sama dan senada
"Malaslah nak mengundi. Macam lah ada faedah."
"Aku tak daftar pun. Macam manalah nak mengundi?"
"Politik-politik ni, aku tak layan sangat. Aku bukan minat pun."
Mereka ini semuanya golongan terpelajar. Graduan-graduan perubatan dari sekolah-sekolah perubatan yang ternama, baik di dalam mahupun luar negara. Aneh sekali, mentaliti mereka kebanyakannya hanya kelas tiga(paling bagus pun kelas kedua).
Saban tahun kita mengeluh kerana bermacam-macam isu yang melingkari kehidupan kita. Masalah jenayah yang langsung tak terkawal, masalah kos sara hidup yang terlalu tinggi, masalah perkauman, masalah tol yang tak pernah turun-turun tarifnya dan seribu satu masalah lagi. Kita hanya pandai mengeluh dan membebel sambil menyalahkan pihak itu dan ini termasuklah kerajaan.
Kenapa kita hanya pandai bercakap?Bukankah kita berkuasa mengubahnya? 5 tahun, hanya dalam tempoh 5 tahun sekali kita berpeluang untuk menentukan masa depan kita dan anak-anak kita. Kuasa mengundi yang diberikan, jangan sekali-kali dipersiakan.
Memang ramai yang memberi alasan, BN pasti akan menang. Kalau ramai yang mengundi pembangkang sekalipun, penipuan dan penyelewangan pasti akan berlaku. Jangan sesekali patah hati atau semangat. Yang penting kita langsungkan kewajipan kita. Kewajipan memilih pemimpin yang adil lagi mulia. Yang memerintah dengan wahyu dan bukan dengan akal serta hawa nafsu semata-mata. Ingatlah bait yang dilakar oleh Imam Ibrahim Laqani al-Maliki dalam matan aqidah yang masyhur, Jawhar at-Tauhid;
And wajiblah memilih imam yang 'adil, (yang memerintah) dengan Syariat, bukan dengan akal semata-mata
Kita semua pasti boleh melakukan perubahan. Biar pun dengan satu undi, undi inilah penentu segalanya. Ayuh, semua!!!
(Gambar sekadar hiasan di atas sekali ialah teman sekolah saya dahulu di MCKK. Jangan dilihat dan ditenung sahaja! Sila click di bawah)