Thursday, April 17, 2008

Pesta Buku

Aku dah malas nak menulis atau bercakap pasal politik. Bukannya apa. Sejak PRU ke-12, demam politik masih tak kebah-kebah. Di mana-mana orang masih sibuk berbicara tentang situasi pasca PRU ke-12. Bagi aku, sejarah telah tercipta. Kita hanya boleh maju ke hadapan. Yang di hadapan sekarang ialah bagaimana Pakatan Rakyat akan 'deliver' janji-janji yang terkandung dalam manifesto pilihanraya lepas. Yang pastinya, harapan dan perasaan rakyat Malaysia masih bercampur-baur. Terutamanya orang-orang Melayu yang sangat sensitif dengan kedudukan mereka sebagai masyarakat pribumi yang dijamin dari sudut keistimewaan-keistimewaan tertentu. Di Kedah dan Kelantan, sudah tentu tiada masalah. Tapi di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, masih ramai yang meragui kerajaan negeri yang terbentuk daripada majoriti ADUN yang bukan Melayu/Islam. Tak mengapa. Bukankah masih terlalu awal untuk menilai prestasi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Jika ditakdirkan mereka gagal membela isu-isu yang berkaitan dengan rakyat atau yang berkaitan dengan umat Islam, solusinya sangat mudah. Pangkah sahaja parti lain pada PRU ke-13!

Baiklah, kita tutup sahaja perbincangan tentang politik. Aku nak menulis tentang buku dan pesta buku. Tempoh hari, aku singgah ke PWTC untuk 'memburu' buku-buku yang menarik pada perhatianku. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku kini mempunyai pendapatan tetap dan berkemampuan untuk membeli mana-mana buku tanpa perlu berkira-kira tentang ongkosnya. Suasa di PWTC memang sangat meriah. Semua pengunjung terpaksa berjalan perlahan kerana keadaan dewan begitu sesak.

Inilah buku-buku yang sempat aku beli di PWTC.


  1. Dalam Ribuan Mimpi Gelisah oleh Said Zahari
  2. Studies in Hadith Methadology and Literature by M.M Al-A'zami
  3. Malay Nationalism Before UMNO : Memoir of Mustapha Hussain
  4. Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AMS ke Rejimen ke-10
  5. May 13 by Kua Kia Soong
  6. Ibn Khaldun:His Life and Works by M. Abdullah Enan
  7. Ibn Khaldun's Philosophy of History by Muhsin Mahdi
  8. Ke Mana Nasionalisme Melayu? by Rustam A. Sani
  9. Social Roots of Malay Left by Rustam A. Sani
  10. The Unromatic Orient by Muhammad Asad
  11. The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time by Ooi Kee Beng




Aku sememangnya tidak tahu bilakah aku berpeluang membaca kesemua judul yang aku beli. Azam aku pada tahun ini ialah untuk menghabiskan bacaan buku-buku ini sebelum 2008 melabuhkan tirai. Entah kesampaian atau tidak, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Buku-buku yang aku beli di London tempoh hari pun, masih belum terusik. Namun, hujung minggu lepas aku tak dapat menahan daripada membaca 2 buku yang kubeli. Pertamanya, buku yang ditulis oleh Said Zahari, pemimpin Barisan Sosialis di Singapura yang ditahan selama 17 tahun di bawah regim Lee Kuan Yew. Yang kedua ialah Memoir Mustapha Hussein yang berjudul Malay Nationalisme Before UMNO.

Aku harus mengakui yang aku sangat terpaku dengan buku yang kedua ini. Kenapa? Satu-satunya sebab ialah kerana buku ini menceritakan tentang 'the unsung heroes of Malaya'. Mustapha Hussein ialah Timbalan Presiden KMM atau Kesatuan Melayu Muda. KMM adalah gerakan nasionalis terawal yang bangkit bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Orang No. 2 Ibrahim Yaakob ini menulis catatan hidup yang sangat bernilai kerana memberi perspektif berlainan dalam sejarah Tanah Melayu.

Selama ini banyak generasi muda menganggap bahawa UMNO ialah parti yang berjuang untuk kemerdekaan sedangkan anggapan itu tidak benar.KMM ditubuhkan lebih awal daripada UMNO iaitu pada 1938. Malahan setelah seruan kemerdekaan dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu haluan kiri, UMNO masih dengan slogan 'Hidup Melayu!'. Perjuangan UMNO pada permulaannya hanya terarah pada penentangan terhadap Malay Union dan masalah kepentingan Melayu.Umpamanya soal penyertaan bangsa Melayu dalam Malay Civil Service. Antara tokoh-tokoh yang merupakan pengasas dan ahli KMM ialah Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Helmi, Hassan Haji Manan dan lain-lain.

Mustapha turut menulis peranan beliau yang berkhidmat untuk menyelamatkan nyawa, maruah dan kehormatan orang-orang Melayu semasa pendudukan Jepun. Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum kedatangan Jepun, pemimpin KMM seperti Ibrahim Yaakob mempunyai pakatan rahsia dengan Jepun. Pakatan ini ialah untuk menjadikan KMM sebagai 'The Fifth Column'. Dalam erti kata lain, KMM dijadikan sebagai alat untuk Jepun menakluk Tanah Melayu dari tangan British. Bahkan Mustapha menukilkan bagaimana Ibrahim menerima ganjaran yang cukup lumayan dari Fujiwara Kikan, unit intelligensia Jepun untuk bekerjasama menakluk Tanah Melayu dari dalam.

Ahli-ahli KMM lain seperti Mustapha langsung tidak menyedari perjanjian rahsia antara Ibrahim Yaakob dan Jepun. Sebelum perang meletus, British dapat menghidu perkara tersebut dan menangkap ahli-ahli KMM di seluruh Malaya dan Singapura. Apabila Jepun mara dari utara Tanah Melayu, Mustapha diheret sama ke selatan dalam proses penaklukan Jepun dan pengepungan Singapura. Semasa periode inilah, jasa Mustapha sangat bermakna. Beliau meyelamatkan banyak 'kepala' daripada dipancung pedang samurai Jepun. Antara yang pernah diselamatkan oleh Mustapha ialah Dr Abbas Hj Alias, bekas Yang Dipertua PAS yang ketika itu berkhidmat sebagai Malay Regiment Volunteer di Singapura.


"My advance with Fujiwara Kikan from Taiping to Singapore was purely destiny; they came to invite me at my family home in Matang because Ibrahim (Yaakob) has colluded with them before the invasion. Completely unaware of the secret pact, I thank God for giving me the presence of mind to seize the advantage to help civilians, women, soldiers and their families. I went through bitter and harrowing experiences throughout the move. What had I not seen? But who knows how my heart, soul and mind suffered?Who knows how, for tens of years afterwards, many of these experiences lived within me. All that I saw- the horror, the gruesome spectacles, the blood- cannot be wiped clean from my mind. Somewhere in me, the past resides forever."

" My co-operation with the Japanese was not a sincere gesture to promote their interests. I was out to assist and save ill-fated victims of war. I hated all form of colonisation, Japanese or British but I fostered good relations with Japanese to ensure my activities to help my own people would go unnoticed under their noses." pg 240-241


Mustapha turut menuntut Jepun supaya memberikan kemerdekaan mutlak kepada Tanah Melayu. Malangnya idea ini tidak disukai oleh Jepun. Saat itu, barulah Mustapha sedar yang sikap penjajah adalah sama. Masing-masing tidak akan semudah itu untuk memberikan kemerdekaan.

Meskipun begitu, kekalahan demi kekalahan yang dialami Jepun menyebabkan Jepun mula membenarkan idea kemerdekaan Tanah Melayu. Ini diikuti dengan kongres KRIS dan proklamasi kemerdekaan Tanah Melayu yang dirancang pada 17 Ogos 1945. Malang sekali bagi KMM, Jepun menyerah kalah pada 15 ogos 1945. Ini bermakna tarikh tersebut hanya 48 jam daripada tarikh kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun. Kekalahan Jepun bermakna ahli-ahli KMM akan terdedah kepada 3 ancaman. British, MPAJA dan Bintang Tiga. Ibrahim Yaakob angkat kaki dan melarikan diri ke Indonesia dengan 2 guni wang dan ketulan-ketulan emas yang disogokkan oleh Jepun. Ini meninggalkan hanya Mustapha keseorangan untuk membela nasib ahli-ahli KMM yang lain. Berbeza dengan Ibrahim Yaakob yang akhirnya hidup senang di Indonesia dan membuka Bank Pertiwi, Mustapha di Tanah Melayu pula ditangkap 2 kali oleh British dan merengkok dalam penjara Batu Gajah. Di mana-mana beliau dilabel sebagai 'tali barut' dan baruah Jepun. Namun, tiada sesiapa yang mampu menyangkal bahawa kalau bukan kerana Mustapha, banyak nyawa akan melayang. Setelah tidak dibenarkan berkhidmat lagi sebagai pensyarah pertanian, Mustapha menghadapi masa-masa yang sukar dalam hidupnya. Beliau bukan sahaja pernah bertani malahan pernah menjaja di stesen keretapi untuk meneruskan kehidupan. Ramai yang tidak mengetahui setelah Datuk Onn Jaafar keluar dari UMNO, Mustapha pernah dicalonkan untuk menjadi Presiden UMNO. Bagaimanapun, beliau kalah dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan 1 undi sahaja.

Tokoh seperti Mustapha adalah tokoh yang sering dilupakan. Banyak wira yang berjuang tapi hanya sedikit yang diberi ruang. Dibandingkan dengan Tunku, jasa beliau tidak kurang hebat. Sayang sekali, nama beliau tidak disebut pun dalam mana-mana buku teks sejarah. Kalau nak tahu perspektif kemerdekaan yang berbeza, aku cadangkan supaya kita menonton filem pendek oleh Fahmi Reza ini, '10 Tahun Sebelum Merdeka'





Thursday, March 20, 2008

Ini Bukan Budaya Kita


Gambar daripada demonstrasi UMNO Pulau Pinang di hadapan KOMTAR

Beberapa bulan yang lalu, saban hari kita dimomokkan dengan mesej-mesej menghentam pihak-pihak yang mengadakan demonstrasi jalanan. Media rasmi kerajaan seperti RTM, tak putus-putus menyiarkan footage daripada perhimpunan BERSIH dan demonstrasi yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan isu video klip Lingam. Lalu diambillah pendapat-pendapat jalanan yang mengatakan;

"Demonstrasi bukan cara kita."
" Protes jalanan akan mengganggu ekonomi dan bikin kacau."
" Kita ada saluran yang lebih baik untuk suarakan kemarahan."

Dan macam-macam mesej propaganda bebal.

Bila berakhirnya PRU ke-12, tiba-tiba nada sebegini berubah 360 darjah. UMNO, sebuah parti yang tewas begitu teruk di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor secara drastik memilih jalan yang digambarkan oleh Khairy Jamaluddin sebagai 'beruk-beruk di jalanan'.

Hahaha....

Lucu sekali. Setelah ditolak oleh rakyat, UMNO kini terlalu desperate untuk meraih kembali sokongan orang Melayu. Satu-satunya senjata UMNO ialah membangkitkan sentimen Melayu dan DEB. Pulai Pinang yang kini dikepalai oleh Lim Guang Eng dikatakan bakal meminggirkan orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Orang Melayu di Pulau Pinang adalah kelompok yang paling terbawah dari sudut sosioekonomi negeri. Kehendak pimpinan DAP di Pulau Pinang yang mahukan DEP dimansuhkan di peringkat negeri seolah-olah hendak meminggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.

Tuan-tuan sekalian, bukankah selama ini UMNO dan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang?Dan selama itulah dasar-dasar DEB berjalan di Pulau Pinang. Orang Melayu semasa pemerintahan UMNO/Gerakan masih lagi di takuk lama. Sebut sahaja bidang apa sekalipun, pendidikan, ekonomi, pemilikan tanah dan sebagainya, DEB langsung tidak memberi impak maksima terhadap status orang Melayu di sana.

Maka, salahkah DEB yang gagal ini dimansuhkan? Kita harus ingat, DEB hanyalah satu polisi atau dasar yang dilaksanakan sejak zaman Tun Razak. Dengan memansuhkan DEB tidak bermakna kita menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Hakikatnya, keistimewaan orang-orang Melayu telah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Baik sesiapapun yang memerintah Malaysia, BN, DAP, PAS, PKR, PBS atau SUPP sekalipun keistimewaan orang-orang Melayu takkan terjejas.

DEB sejak tahun 1990-an merupakan lohong emas untuk kronisme, nepotisme dan korupsi. Semangat DEB memanglah baik sekali untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat peribumi yang ketinggalan berbanding kaum lain. Masalah cumalah pada perlaksanaan polisi tersebut. Sejak bertahun-tahun, UMNO menggunakan 2 senjata utama bila mahu berhadapan dengan pembangkang terutamanya DAP. Pertamanya, membangkitkan sentimen 'ketuanan Melayu' dan kedua, menimbulkan tentang DEB. Kedua-duanya sangat berkesan untuk memancing undi orang Melayu. Oleh itu tidak hairanlah bila Lim Guan Eng memasuki pentadbiran Pulau Pinang pada hari pertama, akhbar-akhbar berbahasa Melayu sudah memutar-belit kenyataan beliau tentang DEB.

Guan Eng memanglah bukan Melayu dan bukan Islam. Tetapi kita jangan sesekali lupa yang Guan Eng ini pernah dipenjara kerana seorang gadis Melayu. Seorang gadis yang dikatakan dirogol oleh seorang bekas Ketua Menteri UMNO. Guan Eng dipenjarakan hampir 2 tahun kerana dituduh di bawah Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi. Sebaliknya, bekas Ketua Menteri ini tidak diapa-apakan, malahan si 'perogol' ini masih bebas dan duduk di Majlis Tertinggi UMNO.

Bukankah Nabi SAW menyuruh kita agar takut dengan doa orang yang dizalimi? Tidakkah doa orang yang dizalimi tiada hijab antaranya dengan Allah SWT, meskipun dia seorang kafir? Pemuda yang dahulunya dipenjara kerana membela maruah seorang gadis Melayu dan Islam, kini bergelar seorang Ketua Menteri. Itulah anehnya aturan hidup ini. Tiada kejahatan yang boleh terlepas daripada pembalasan.Tiada kebaikan yang tidak akan diganjari. Itulah keadilan.Selagi UMNO dan para pemimpin BN tidak memahami konsep keadilan sebegini, parti ini tidak akan relevan. Kita hanya menunggu PRU ke-13. Menunggu parti ini dikuburkan dengan penuh adat-istiadat demokrasi!

Saturday, March 08, 2008

Ubah nasib II



Oh, Tuhan!! Ampunkan aku kerana selama ini aku meragui 'kewujudan'-MU. Rupa-rupanya Kau senantiasa mendengar rintihan dan keluhan hamba-hambaMu yang lemah dan dizalimi. Segala puji hanya milikMu! Engkau yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Kau kehendaki dan kau mencabutnya dari sesiapa yang Kau kehendaki!

For the first time in my life, I'm proud of you, my fellow Malaysians!!


BA Menang Lima Negeri!!!
Roket Menjulang di Negeri Badawi
BN Ranap di Selangor
Bye-Bye Uncle Samy Vellu dan Makcik Shahrizat!
Abdullah Terkedu

Wednesday, February 27, 2008

Ubah nasib


Sepanjang berada di wad bersalin di tempat kerja, saya sentiasa mengajukan soalan kepada teman-teman sekerja di hospital,

"Di mana korang mengundi tahun ni?"

Malangnya daripada 90% sahabat-sahabat saya mempunyai jawapan yang sama dan senada

"Malaslah nak mengundi. Macam lah ada faedah."
"Aku tak daftar pun. Macam manalah nak mengundi?"

"Politik-politik ni, aku tak layan sangat. Aku bukan minat pun."

Mereka ini semuanya golongan terpelajar. Graduan-graduan perubatan dari sekolah-sekolah perubatan yang ternama, baik di dalam mahupun luar negara. Aneh sekali, mentaliti mereka kebanyakannya hanya kelas tiga(paling bagus pun kelas kedua).

Saban tahun kita mengeluh kerana bermacam-macam isu yang melingkari kehidupan kita. Masalah jenayah yang langsung tak terkawal, masalah kos sara hidup yang terlalu tinggi, masalah perkauman, masalah tol yang tak pernah turun-turun tarifnya dan seribu satu masalah lagi. Kita hanya pandai mengeluh dan membebel sambil menyalahkan pihak itu dan ini termasuklah kerajaan.

Kenapa kita hanya pandai bercakap?Bukankah kita berkuasa mengubahnya? 5 tahun, hanya dalam tempoh 5 tahun sekali kita berpeluang untuk menentukan masa depan kita dan anak-anak kita. Kuasa mengundi yang diberikan, jangan sekali-kali dipersiakan.

Memang ramai yang memberi alasan, BN pasti akan menang. Kalau ramai yang mengundi pembangkang sekalipun, penipuan dan penyelewangan pasti akan berlaku. Jangan sesekali patah hati atau semangat. Yang penting kita langsungkan kewajipan kita. Kewajipan memilih pemimpin yang adil lagi mulia. Yang memerintah dengan wahyu dan bukan dengan akal serta hawa nafsu semata-mata. Ingatlah bait yang dilakar oleh Imam Ibrahim Laqani al-Maliki dalam matan aqidah yang masyhur, Jawhar at-Tauhid;


And wajiblah memilih imam yang 'adil, (yang memerintah) dengan Syariat, bukan dengan akal semata-mata

Kita semua pasti boleh melakukan perubahan. Biar pun dengan satu undi, undi inilah penentu segalanya. Ayuh, semua!!!

(Gambar sekadar hiasan di atas sekali ialah teman sekolah saya dahulu di MCKK. Jangan dilihat dan ditenung sahaja! Sila click di bawah)

Sunday, February 10, 2008

On Abu Madyan



By the way, before leaving Ireland for good, I went to London and bought some books. One of them is 'The Way of Abu Madyan' by Vincent J. Cornell. This is the very first book that deals with the works of Abu Madyan. Who is Abu Madyan, anyway?

Well, frankly I also have no idea about this seminal figure of Sufism from Maghreb. I can still remember when I browsed through the small booklet on awrad Bani 'Alawi (given by Ustaz Fauzi Hadrami), I noticed that his name was mentioned inside that green booklet. Most probably because the tariq of Sadah Bani 'Alawi is following the manhaj of Abu Madyan as well.

Abu Madyan Shu'ayb ibn Husayn al-Ansari, known as the 'Ghawth' (Pillar/ Nurturer) of his time was born in Seville in Muslim Spain around year 509/1115. His teachers, Ali ibn Hirzihim and Abul Hasan Ali ibn Khalaf were both Asha'arite and influenced by the teachings and writing of Al-Ghazali and Harith al-Muhasibi. Abu Madyan was especially fond of Ghazali's Ihya, whom he made obligatory for his students to study when he ascended the ladder as a Shaykh himself.

The method of his tariqa is simple.Just like other Sunni tariqa in this world. It is oriented towards 'amal of spiritual praxis. Yes, 'ilm and 'amal. Tasawwuf is not rhetoric like politics (or politicions's mumblings). You can make a big jump in politics if you are a gifted orator. But in tasawwuf, words are not enough. It is 'amal, 'amal and 'amal (with true knowledge, adab and sincerity).

I found priceless gems inside this work of Vincent J. Cornell. I am not sure if the qasidas or ode of Abu Madyan were already translated in Malay language because I never find any.

All of his qasidas were printed in 'Naskh' style and they are really easy to read. The quality of translation is exceptional.This book is just beautiful. Few of his lines are my favourites. An aspirant should read them, ponder on the meanings and use Au Madyan's Hikam as tools to reach God. Below are some good lines for all of us to read.

" The faqir does not attain his goal, except by means of 3 things: his practise must be based on Qur'an, the Sunnah and choice of a teacher".

" The signs of a true faqir is that he opens for himself 4 things and locks for himself 4 things. He opens the gate of lowliness and locks the gate of (worldly) glory. He Opens the gate of mortification (mujahadah) and locks the gate of ease. He opens the gate of poverty and locks the gate of wealth. And he opens the gate of nightly vigils and locks the gate of sleep".

" The sign of true faqir is that he has glory without abasement, wealth without poverty, ease without effort and sleep without exhaustion".


Seriously, this book is worth buying.

Thursday, February 07, 2008

Setelah 4 bulan, akhirnya aku dah berjaya menamatkan rotation medicine untuk housemanship aku. Memang 4 bulan ini tempoh yang paling menguji kesabaran. Untuk mereka yang pernah melalui housemanship training di Malaysia, mereka sudah pasti lebih arif mengenainya. Aku sering membandingkan pekerjaan di Malaysia dengan sahabat-sahabat yang masih bermaustautin di UK atau Ireland. Kesimpulan yang boleh aku buat ialah aku kekurangan waktu untuk belajar di Malaysia.

Di UK atau Ireland, setiap houseman mempunyai waktu kerja yang tidak sepanjang di Malaysia. Jangan silap faham dengan kerjaya doktor. Bidang ini bukanlah bidang yang membolehkan kita duduk bergoyang kaki. Seawal jam 0645 pagi kita sudah berkejar ke wad. Di Malaysia, kami dibebani oleh tugasan-tugasan yang sepatutnya tidak dilakukan oleh seorang intern. Contohnya, jika di Ireland setiap hospital mempunyai 'phlebotomists' mereka sendiri. Dalam erti kata lain, mereka (phlebotomists) yang akan mengambil darah para pesakit. Tetapi di Malaysia isu kekurangan staf sokongan amat dirasai. Rutin harian seorang houseman dimulai dengan mengambil darah pesakit, mengikut ward round kemudian menyelesaikan setiap order untuk pesakit-pesakit selepas round. Disebabkan kerja-kerja di wad terlalu banyak, kami tidak ikut ke klinik atau Day Care. Di PPUM khususnya, kami terpaksa melakukan kerja-kerja 'bodoh' seperti memberi IV antibiotics kepada pesakit-pesakit, sedangkan di hospital lain di Malaysia kerja ini dilakukan oleh staff nurses. Kerja yang sibuk juga menyebabkan kami tak punya masa yang cukup untuk belajar tentang pesakit dan ikut ke conferance atau mana-mana journal club. Dari sudut knowledge, interns di Malaysia agak ketinggalan kerana terlalu sibuk. Tetapi dari sudut skill , tidak dinafikan banyak ruang untuk melakukan prosedur-prosedur tertentu yang tidak dapat dilakukan oleh interns yang berkhidmat di luar negara.

Sebenarnya, aku tidak kisah dengan bebanan kerja di Malaysia. Aku juga tidak ambil pusing kalau harus ke hospital awal-awal pagi dan hanya pulang selepas matahari terbenam. I had expected that before starting this career. Malangnya, aku cuma tidak tahan dengan budaya kerja orang kita. Budaya kita menyebabkan ada strata dalam pekerjaan. You a bit higher than me and you can order me to do this and that. Seniority is still a big thing in Malaysia.

Tidak dinafikan sepanjang 4 bulan ini aku pernah sahaja bekerja dengan MOs dan consultants yang baik-baik dan tidak pernah meninggikan suara. May Allah bless all of you. Truly, you guys are cut above the rest. Yang contra pun ada juga. Aku sangat-sangat berterima kasih dengan mereka yang banyak sekali membimbing aku dan mengajar untuk menjadi seorang doktor yang baik. Secara peribadi, suasana kerja di Malaysia tidaklah seburuk yang disangka. Namun, masih banyak lagi ruang untuk diperbaiki. In terms of personal development, there should be more classes/tutorials/courses for interns. Setakat ini memang ada regular tutorials from consultants but most of them were cancelled. The reason is simple. We just couldn't cope with the number of patients coming for treatment. Busy running around and got no time for study.

We Are Brothers

Saturday, February 02, 2008

Sehari di ISTAC

Sebelum 2007 melabuhkan tirai, aku fikir yang aku patut melakukan sesuatu yang bukan berkaitan dengan bidang perubatan. Balik sahaja dari Kuching, Sarawak setelah menghadiri resepsi perkahwinan kakak sulungku, aku masih mempunyai cuti berbaki 2 hari. Aku memutuskan untuk ke ISTAC. Melihat-lihat institusi yang diasaskan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas itu.
ISTAC masih tersergam indah seperti dahulu. Meskipun sumber-sumber dalaman mengatakan institut ini sudah kehilangan taring, terutamanya selepas era Reformasi yang menyaksikan 'godfather' Syed Muhammad Naquib, Dato Seri Anwar Ibrahim dilucutkan dari kerajaan.

Aku sempat membeli buku di sana. Antaranya ialah karya-karya Syed Naquib seperti Risalah untuk Kaum Muslimin dan Progolemena to Metaphysic of Islam. Sebenarnya banyak karya-karya yang berkualiti diterbitkan oleh sarjana-sarjana ISTAC. Kebanyakannya ialah thesis-thesis sarjana dan PhD yang diterbitkan untuk tatapan umum. Aku lihat karya Ustaz Nik Roskiman pun turut dijual. Yang lain termasuklah buku 'Path to Virtue: The Ethical Philosophy of al-Raghib Isfahani' oleh Yasien Mohamed, ' Early Muslim Scholarship in Religionswissenschaft: The Works and Contributions of Abu Rayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni' oleh Kamar Oniah, 'Mulla Sadra's Doctrine of the Primacy of Existence (Asalat al-Wujud)' oleh Megawati Moris dan banyak lagi yang tak mampu disebutkan di sini.

Aku tak mahu memborong kesemuanya kerana aku tahu aku tak mungkin dapat menghabiskan buku-buku tersebut sepanjang tahun housemanship di Malaysia. Hakikatnya, housemanship terlalu sibuk! Jadi, aku cuma merembat 2 buku Syed Naguib dan satu lagi karya monumental Dr Osman Bakar, "Classification of Knowledge in Islam'. Aku memang pernah membaca buku ini di Dublin. Malangnya buku tersebut adalah terjemahan dari bahasa Inggeris ke bahasa Indonesia. Edisi di ISTAC ialah edisi baru yang original dan kandungannya tidak ditokok-tambah atau diedit.

Entah bagaimana ketika aku hendak pulang, aku melalui tingkat yang menempatkan bilik-bilik profesor dan pensyarah ISTAC. Tiba-tiba aku terlihat bilik Dr Osman Bakar dan dia juga berada di situ setelah selesai menyampaikan kuliah.
Aku menunggu sebentar di luar kerana kebetulan dia sedang melayan seorang tetamu. Usai berbicara dengan tetamu tersebut, aku dengan pantas masuk dan berjabat tangan dengan profesor besar ini. Sempat juga aku meminta beliau menandatangi autograf dalam buku beliau yang baru aku beli. Antara soalan pertama yang Prof Osman tanyakan padaku ialah;

" How much did they charge you for the book?"

Aku cuma tersengih. Nampak gayanya beliau tidak suka jika mana-mana pelajar dibebankan dengan harga mahal bagi membeli karya-karya beliau. Kami sempat berbual ringkas. Menurutnya, satu lagi buku beliau edisi baru akan muncul dalam pertengahan bulan Februari ini. Judul bukunya 'Tauhid and Science'. Buku ini bukanlah buku baru. Sudah lama buku tersebut diterbitkan oleh ITS tetapi judulnya berbeza, ' The History and Philosophy of Islamic Science'. Sebenarnya menurut Prof OSman, beliau kurang setuju dengan judul yang dipilih oleh ITS untuk bukunya itu. Lantas untuk edisi terbaru, buku ini akan diberikan judul 'Tauhid and Science'.

Bagi yang mengenali Osman Bakar, namanya bukanlah asing dalam dunia akademik. Beliau adalah anak didik Syed Hossein Nasr semasa menuntut di US dahulu. Thesis PhD beliau membicarakan tentang klasifikasi ilmu menurut 3 figure utama dalam gelanggang falsafah Islam. Masing-masing mewakili mazhab-mazhab tersendiri. Antaranya al-Farabi, failasuf-saintis pendiri mazhab Mashsha'i atau Peripatetik, Al-Ghazali jagoan kebanggaan mazhab aqidah Asha'ariyya dan seorang Sufi, serta Qutb al-Din Syirazi pendokong mazhab Isyraqi.

Awas! Buku beliau ini bukan mudah untuk dihadam! Silap-silap haribulan, pembaca yang tiada asas boleh sahaja mengalami 'intellectual diarrhoea'.

Apapun, aku sangat-sangat mencadangkan kepada semua pecinta ilmu Islam supaya membaca karya-karya Prof Osman Bakar. Iqra!