Monday, February 22, 2010
Monday, February 08, 2010
Dunia Tanpa 'Common Sense'
Bila kita menyebut perkataan 'common sense', commonsense, common-sense, atau commonsensical, biasanya kita akan merujuk kepada sesuatu yang dipersetujui secara umum oleh masyarakat mengikut kefahaman natural. Maksudnya sesuatu yang difahami secara automatik meskipun tanpa kebijaksanaan yang tinggi atau sumber luaran termasuk ilmu wahyu.
Berhadapan dengan pesakit setiap hari, kita sebenarnya boleh menyukat sejauh mana masyarakat Malaysia mempunyai 'common sense'. Agak menyedihkan masyarakat kita (mungkin kerana sistem pendidikan yang hanya mementingkan hafalan semata-mata) telah kehilangan 'common sense' mereka, terutamanya di kalangan generasi muda. Kenapa saya membangkitkan perkara sebegini? Ada beberapa misal yang boleh dikemukakan. Contoh-contoh kes yang datang ke hospital atau Jabatan Kecemasan mempamerkan 'common sense' yang cukup teruk di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda.
1) Seorang pesakit datang pada pukul 2 pagi kerana sakit lutut yang sudah dialami lebih 2 tahun.
Bila ditanya, kenapa datang ke Jabatan Kecemasan pagi-pagi buta, jawapan yang diberikan ialah kerana waktu itu adalah waktu yang paling lengang. Meskipun berpelajaran tinggi, masyarakat kita gamaknya masih tidak tahu menggunakan akal. Tidakkah nama unit itu sendiri Unit Kecemasan dan Trauma? Apakah yang mencemaskan jika sakit-sakit atau sengal-sengal lutut sudah dirasai lebih dua tahun?Tidak bolehkah menunggu untuk ke klinik pada waktu pejabat?
2) Seorang gadis berusia belasan tahun yang menerima sms pada pukul 2 pagi dari teman lelakinya yang memintanya datang kerana kononnya kereta teman lelaki terbabit terlibat dalam kemalangan. Dengan rela, dia pergi ke tempat kejadian tetapi dibawa ke tempat lain lalu 'dikerjakan' bergilir-gilir oleh beberapa lelaki. Tidakkah si gadis ini faham yang dia sebenarnya menempa malang sendiri?Bukankah sesuatu yang sangat janggal jika seorang gadis keluar berseorangan selepas tengah malam?
3) Seorang lelaki yang mempunyai masalah jantung dan darah tinggi tiba-tiba mengalami sesak nafas dan sakit dada. Beliau tidak segera ke Jabatan Kecemasan sebaliknya ke klinik biasa yang tidak punya apa-apa mesin bantuan pernafasan ataupun balang oksigen. Akhirnya beliau rebah apabila sampai di hospital.
Masalah paling besar di Malaysia ialah sikap dan pengetahuan umum masyarakat yang sangat rendah terhadap kesihatan mereka dan sistem kesihatan negara. Ramai yang tidak tahu, bahawa sakit-sakit pening, demam, batuk atau selsema biasa tidak memerlukan rawatan di Jabatan Kecemasan. Kes-kes sebegini boleh dirawat di klinik-klinik kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia. Sebaliknya, kes-kes seperti contoh 3 sepatutnya dibawa segera ke Jabatan Kecemasan kerana 'urgency' yang ada.
Setelah lebih 50 tahun merdeka, pengetahuan asas masyarakat terhadap tahap kesihatan masih belum dibanggakan. Dibandingkan dengan negara-negara maju, mereka lebih prihatin dengan masalah kesihatan sendiri. Di Canada misalnya, lebih 90% penduduk lebih gemar dan akan ke doktor panel mereka sendiri (GP) jika sakit bukannya terus ke Jabatan Kesihatan.Sikap rakyat Malaysia memburukkan lagi kesesakan yang ada di hospital-hospital kerajaan.
Pendidikan tentang kesihatan yang dilakukan kementerian juga caca-marba dan tiada objektif jelas. Bahkan iklan tentang H1N1 dan denggi sangat menakutkan dan boleh menyebabkab panik di kalangan masyarakat. Semasa kemuncak H1N1, Pak Menteri misalnya memberi saranan,"Jika ada tanda-tanda batuk, demam, selsema, segeralah dapatkan rawatan ke hospital atau klinik berhampiran." Pak Menteri yang tidak berapa cerdik ini tidak pula memperincikan ke manakah sebenarnya rakyat harus pergi?Adakah terus ke Jabatan Kecemasan atau ke klinik kesihatan dahulu? Statement tidak berotak ini menyebabkan Jabatan Kecemasan di semua hospital di seluruh negara menjadi sesak secara melampau. Di Selayang misalnya, lebih 1000 pesakit menunggu untuk rawatan dalam masa 7-8 jam dan kebanyakan mereka bukanlah kes-kes berat yang memerlukan perhatian serius.
Ahh...Penat sekali berkhidmat untuk rakyat Malaysia!

Subscribe to:
Posts (Atom)