Sunday, January 02, 2005

Khabar dari Lhoksumawe

" AlhamduliLlah, kami sekeluarga terselamat.Tapi tak terhitung banyaknya teman yang kehilangan saudara,termasuk Duta Indonesia di Mesir ini.Acheh kini hanya tinggal kenangan!! "

Adnan, Keluarga Mahasiswa Acheh di Mesir



Masih adakah lagi esok buat Acheh?

Mayat-mayat terbujur kaku di pinggir jalan

Bahu-membahu menyempurnakan jenazah, yang mungkin tidak diketahui asal-usulnya

Pengebumian yang terpaksa disegerakan...

Semasa menuntut di Mesir musim panas lalu, aku duduk menumpang di rumah sahabat Indonesia yang berasal dari wilayah Acheh.Ustaz Faisal Khalid, Ustaz Ariff dan Muzakkir.Semuanya dilahirkan di wilayah Sumatera Utara itu.Kebetulan kesemuanya bernaung dan aktif di bawah organisasi KMA (Keluarga Mahasiswa Acheh).Aku pula selaku 'tetamu kehormat' sepanjang musim panas selalu sahaja 'menyibukkan diri' dengan aktiviti2 KMA.Ramai sekali kenalan Acheh yang aku temui di Mesir,terutamanya ketika program lawatan ke Dumyat.Sedih sekali mendengar khabar2 dari mereka sekarang.Setiap penuntut Acheh kehilangan paling kurang seorang daripada ahli keluarga mereka.Acheh kini ibarat padang jarak padang tekukur.Bersyukur sungguh negara kita hanya terkena sedikit 'tempias' tsunami tempoh hari.Mudah-mudahan Allah SWT merahmati roh mangsa-mangsa yang terkorban.

No comments: