Wednesday, June 08, 2005

Ustaz Fauzi mungkin akan tiba lewat di Dublin kerana masalah 'terkandas' di Yaman.Program D.I.D mungkin terpaksa ditangguhkan barang sehari dua.Dugaan.......dugaan.....Mudah-mudahan urusan program ini akan bergerak lancar.Pada awalnya Ustaz Fauzi bercadang untuk berangkat ke Dublin pada 15 Jun dan pengajian akan bermula pada 17 Jun.Tamat program di Dublin, kami akan berangkat ke Glasgow, Scotland untuk 'weekend programme' pada 23 dan 24 Julai atas jemputan komuniti Malaysia terutamanya post-graduate di sana.Kakak Farahidah Mohammed yang menjadi 'organizer' untuk program ini.Kemungkinan besar tajuk pengisian yang telah dipilih ialah 'Aqidah dan Tuntutannya'. Sekarang, saya sendiri agak gusar bilakah tarikh Ustaz Fauzi akan ke mari.Jika terlalu lewat, kemungkinan akan 'terkorban' program di UK.Kami turut merancang untuk menziarahi Sidi Abdul Aziz Ahmed di Scotland sambil mengucapkan penghargaan kerana membenarkan kami menggunakan terjemahan Risalah Jamiahnya.

3 comments:

Anonymous said...

Assalamu alaikum,

Visited your blog by chance. Alhamdulillah I am happy that you have an ustaz from the famous Dar Mustaffa. Reliabel Ilmu today comes from the madrasas in Yemen and not anywhere else. Pure ilmu from the teachings of the habaibs. I wish I am among you to savour the knowledge that are being poured unto you and may Allah SWT shower His barakah on the Majelis that you are having there.

Anonymous said...

Thank you, Brother!Who are you anyway?At least put your initial so that i can guess your identity.Abg PG ke?

I have headache now.Don't know when the Ustaz will come.Please make some du'a for our programme.Hope will be no trouble or problem.I already got a proper venue and permission to use it for the whole month.

Shafiq Ayman

Anak Alam said...

Put our trust in Allah, insya-Allah.