Wednesday, February 22, 2006

Language of Paradise I

Bahasa Arab dianggap bahasa yang tertua di dunia.Bahasa Arab diklasifikasikan sebagai bahasa 'Sematic' atau Sematic language kerana kata akar bahasa ini kebanyakannya terbina daripada 3 konsonan atau triliteral (3 huruf).Bahasa Sematic yang masih tinggal tidak banyak dan kebanyakannya tidak lagi dipertuturkan oleh mana-mana kaum di atas muka bumi ini.Yang masih wujud dan utuh mungkin bahasa moden Hebrew (itupun perkembangannya hanya selepas pembinaan negara haram Zionis), Amharic (yang merupakan dialek kaum-kaum peribumi di Ethiopia dan Iraq) serta bahasa Malta.Antara bahasa Sematic yang kaku perkembangannya termasuklah bahasa klasik Hebrew (Biblical Hebrew), Akkadian, Syriac dan bahasa asal Ethiopia.

Sejak zaman Jahiliyyah lagi, bahasa Arab telah mencapai kelas tersendiri dan sangat dibanggakan oleh bangsa Arab.Individu yang paling fasih pertuturan dan bahasanya biasanya akan diangkat menjadi 'Sayyid' atau ketua kabilah.Golongan 'Syu'araa' atau penyair menempah kasta tersendiri dalam tangga sosial bangsa Arab.Bahkan syair-syair terbaik digantung di dinding Ka'abah sehingga terbitlah gelaran 'mu'allaqat' atau 'The Hanging Ode'.Antara yang menjuarai kesusasteraan Arab ketika itu termasuklah Zuhair, Labid, 'Antara dan Al-Harith.

Antara syair Jahiliyyah yang saya minati ialah syair-syair Zuhair ibn Abi Sulma yang dianggap sebagai 'moralist' di ketengahan zaman kegelapan insan. Beliau pernah mengarang syair yang meraikan perdamaian antara suku 'Abs dan Dhubyan yang berperang dan menumpahkan darah lebih dari 40 tahun kerana pertelagahan yang berkisar tentang perlumbaaan unta!(Tolol sungguh!Kalau nak berperang pasal wanita pun, itu lebih berbaloi!). Antara kata-kata Zuhair,

"Lisaanul fata nisfun, wa nisfun fawaaiduhu
Wa lam yabqi suuratul lahmi wa dam!"

"Sesungguhnya separuh daripada seorang pemuda itu ialah lisannya,
Dan separuh lagi ialah akalnya,
Dan tidak berbaki pada tubuh pemuda itu lagi,
Selain darah dan dagingnya sahaja!"

Bahasa Arab sangat istimewa, bukan kerana sebutannya yang indah seperti yang selalu dibanggakan oleh orang Perancis terhadap bahasa mereka.Bahkan bahasa ini gemilang dan tersohor kerana bahasa ini diangkat untuk menjadi bahasa KalamuLlah, yakni bahasa al-Qur'an.Bahkan sebenarnya tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa al-Qur'anlah yang meniupkan ruh kepada bahasa ini sehinggakan bahasa ini berevolusi menjadi pengantar dan wacana keilmuan sejagat sejak beberapa kurun lagi.Inilah bahasa ahli Jannah.Bahasa Nubuwwah dan lingua franca umat ini.

Saya mula berkenalan dengan bahasa Arab semasa sekolah menengah.Waktu itu, bahasa Arab ditawarkan di MCKK sebagai bahasa ketiga.Malang sekali, mungkin kerana ustaz-ustaz di MCKK tidak begitu berkaliber dalam mengajar bahasa ini, saya terus hilang minat dan akhirnya beralih kepada bahasa Mandarin.(Saya rasa minat saya terhadap komik-komik yang berasal dari Hong Kong mungkin memainkan peranan penting dalam 'pelarian' saya kepada bahasa Mandarin.Saya masih ingat pengaruh komik-komik seperti 'Alam Perwira', 'Dendam Kesumat' dan 'Raja Rimba'). Bagaimanapun, saya bersyukur kerana Allah SWT membuka pintu hati saya untuk meminati bidang agama.Zaman muda saya di MCKK selalu dihabiskan dengan membaca buku-buku agama di rak-rak buku di perpustakaan Tuanku Abdul Rahman di MCKK.Sehinggalah pada satu tahap saya merasakan tiada lagi kelazatan dalam menelaah buku-buku agama dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris. Secara tiba-tiba, saya sedar bahawa keilmuan Islam tidak mungkin dicapai dengan hanya membaca buku-buku dalam bahasa Melayu sahaja.Islam bersumberkan Quran dan Sunnah yang sememangnya dalam bahasa Arab.Maka, tidak boleh tidak, bahasa ini harus dipelajari.

Semasa di Kolej Mara Banting, keinginan untuk mempelajari bahasa Arab terus membuak-buak.Malang sekali, saya tidak pernah berpeluang mendalami bahasa ini.Sehinggalah pada akhir tahun pengajian IB, saya berkenalan dengan Ustaz Halim yang kebetulan pernah berceramah di Banting.Dia mengesyorkan saya agar ke INTISAR, sebuah maahad yang diuruskan oleh rakan baiknya.Menurutnya, rakannya di sana boleh membantu.INTISAR mempunyai program twinning dengan Al-Azhar.3 tahun belajar di Muar dan bakinya dihabiskan di Mesir.Di INTISAR, ada seorang guru bahasa Arab yang berbangsa Arab.

"Anda pasti boleh beroleh manfaat sedikit sebanyak daripada mereka di INTISAR", kata Ustaz Halim.

Tamatnya program IB pada 2002, saya mempunyai cuti yang sangat panjang sebelum ke Ireland.Waktu itu, keputusan telah saya ambil untuk menghabiskan seluruh cuti bagi mendalami bahasa ini.Saya membungkus kain baju dan bersegera menaiki bas ke Parit Sakai Darat, Muar. Sampai di INTISAR, saya diperkenalkan dengan guru bahasa Arab yang berbangsa Arab itu.Beliau berasal dari Mansurah, Mesir.Orangnya lembut dan fasih berbahasa Melayu kerana beliau menyambung pengajian dalam Masters di UKM.Malah, thesisnya juga ditulis dalam bahasa Melayu!Saya masih ingat ketika mula berkenalan, dia bertutur dalam bahasa Arab,

"Kaifa Haluk?Maa Ismuka?"

Saya hanya tergamam.Meskipun ayat di atas adalah ayat dalam bahasa Arab yang paling basic, saya terlalu jahil untuk memahaminya.Saya langsung tidak pernah belajar walaupun sepatah perkataan dalam bahasa Arab.(Waktu itu, saya sudah berumur 20 tahun).Sambil tersengih-sengih, saya meminta maaf kepada guru tersebut sambil mengatakan saya tidak memahami perkataannya.Dia tersenyum.

"Tidak mengapa", katanya.
"Apa bekalanmu datang ke sini?Adakah kamu sudah mempunyai asas dalam bahasa Arab?"

Saya cuma menggeleng.Malu sekali kerana begitu jahil dalam bahasa Arab.Guruku cuma ketawa.

"Tidak mengapa, ya Shafiq! Hadirnya kau ke sini membuktikan niat baikmu dan kesungguhanmu untuk menuntut ilmu.Asalkan semangat dan kesungguhan menjadi bekalanmu, satu hari nanti kau pasti akan berjaya."

Lantas dia mengungkapkan satu bait syair dalam bahasa Arab yang sehingga kini terpahat dalam ingatan saya.

Ta'allam! # Laysa mar'u Yuladu 'Aaliman
Laysa akhu 'ilmin # Ka man huwa Jaahil
.....................................................................
.....................................................................

Meskipun dia tidak melagukan sepenuhnya syair tersebut, setelah beberapa tahun, saya menjumpai semula keseluruhan bait syair yang beliau lagukan.Rupa-rupanya, itu adalah syair khalifah Bani Umayyah, Umar bin Abd Aziz yang memuji kecerdikan seorang budak yang fasih bertutur mewakili kaumnya.Bahkan dalam usia 10 tahun, budak tersebut menjadi jurucakap kaumnya dalam menyampaikan masalah-masalah yang mereka hadapi.Maksud syair tersebut ialah;

"Belajarlah! Sesungguhnya tidaklah seseorang itu dilahirkan terus menjadi 'alim!
Tidaklah ahli ilmu itu sepertimana manusia jahil,
Sesungguhnya seorang ketua kaum,
Kan menjadi kecil,
kiranya berhimpun di kalangan para alim!"

Di INTISAR, saya mula mengatur langkah untuk mendalami bahasa ini.Saya bertuah kerana berkenalan dengan ramai pelajar-pelajar jurusan Syariah dan kebanyakannya berasal dari Acheh, Indonesia.Mereka mempunyai cara yang baik untuk mudah memahami kaedah pembelajaran bahasa Arab.Antara subjek terawal yang saya pelajari ialah 'saraf', ilmu asas untuk mengetahui perubahan-perubahan kalimah Arab dari satu keadaan kepada keadaan lain.Buku yang saya gunakan ialah 'buku hijau' yang ditulis oleh Ustaz Hasan Ahmad.Setakat ini, buku hijau inilah buku saraf yang saya rasakan terbaik untuk disungguhi sebagai pintu dalam pembelajaran bahasa Arab.Bagaimanapun, buku ini bukanlah buku teks di INTISAR. Buku ini hanyalah buku tambahan yang saya pelajari daripada kawan-kawan Acheh saya di sana setiap malam.

Di kelas, buku-buku yang saya gunakan ialah 'Lughah Arabiyyah bi Naathiqina Ghairi Ha' ataupun buku 'Arabic Language for Non-Arabic Speaking Students'. Buku-buku ini diterbitkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi pelajar-pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi di sana seperti di University Umm Qurra di Mekah dan Imam Muhammad Saud University.Sistem yang direncana oleh pakar lughah Arab Saudi ini sangat mantap. Setakat ini, saya merasakan inilah sukatan pelajaran yang terbaik untuk mengusai bahasa Arab.Buku ini mempunyai empat mustaawa atau peringkat. Bagi setiap peringkat, ada beberapa pecahan subjek dan buku seperti nahu, saraf, ta'bir, durus minal Quran al-Karim, khat, balaghah, adab(sastera), hadith, fiqh, tarikh Islami dan sebagainya.Jika dihabiskan hingga peringkat mustaawa salis atau peringkat ketiga sahaja, seorang pelajar itu sudah boleh membaca, menulis dan bertutur dalam bahasa Arab dengan baik!Malahan, sahabat-sahabat saya di INTISAR kebanyakannya lulus cemerlang di Al-Azhar dan bahasa Arab mereka lebih kemas hasil asuhan sistem ini.Malang sekali, saya hanya sempat di INTISAR hanya sebulan.Lantas, saya cuma sempat menghabiskan hingga mustaawa saani atau peringkat kedua.Ini semua gara-gara pengetua KMB, Matias Francisco yang mahukan pelajar-pelajar Ireland menghadiri kursus bahasa Inggeris selama sebulan di Banting.

Bagaimanapun, saya tetap gembira kerana dapat mengetahui serba sedikit ilmu bahasa Arab ini sepanjang sebulan saya di INTISAR.Paling penting, ukhuwwah yang terjalin dengan pelajar-pelajar INTISAR. Malahan, sebelum berangkat pulang, saya berjanji untuk datang menziarahi kawan-kawan INTISAR saya di Mesir nanti.Saya juga membawa semua buku-buku yang digunakan di INTISAR ke Ireland, dengan harapan untuk menyambung semula pengajian di Mesir waktu musim panas.Hajat ini akhirnya dimakbulkan oleh Allah SWt apabila saya menziarahi Mesir semasa musim panas tahun kedua di Dublin.

To be continued................

13 comments:

sufaat said...

ni yang semangat nak mencari permata yang hilang! jazakallah!

Anonymous said...

Wah Wah! Naik bulu roma! Terasa mendidih-didih darah mudaku.

Anonymous said...

Ismi tawel..haha, itu aje la yang aku tahu. Btw, kau jgn lupa plak sambung cerita ni.. kau kata nak pinjam CD..mana kau tak datang2 pun??

Anonymous said...

Apa khabar Saudara,

Menjadi seorang muslim sejati tiada kena mengena dgn bahasa arab, budaya arab, tulisan jawi, seni khat, etc. Itu macam nak masuk jadi pak arab! Allah SWT does not grant the lights under His great religion exclusively for bangsa2 padang pasir tu/camel riders. Learn to separate the different issues altogether, ok. Taksub nak jadi arab camni pasal tu yg boleh jadi mcm dr azahari, etc. etc. tu. Maaf jika tersinggung, just a kind pesanan.Fiat Sapientia Virtus!

Ayman Rosland said...

Khabar baik.....

Memahami dan pakar dlm bahasa Arab bukanlah salah satu tanda kesempurnaan Iman atau Islam seseorang.Belajar bahasa Arab bukanlah bererti nak jadi Arab.Saya pun tak ingin nak jadi Arab sebab saya bangga berbangsa Melayu.Tapi tidak dpt dinafikan untuk jadi Muslim yg baik,kita harus memahami al-Quran,hukum-hakam,hadith,athar dsb.Sedangkan semua bidang ini menggunakan istilah/medium bahasa Arab.Tidak boleh tidak, haruslah mempelajarinya.Bagaimana nak jadi baik,kalau perintah dlm Quran yg kita baca hari2 pun tak faham?Mcm burung kakaktua tiru percakapan orang.Itu sebab ada diriwayatkan yg Imam Syafi'i mengatakan,"telah menjadi kebiasaan,malah kewajipan utk anak2 Islam mempelajari bahasa Arab".Sebab ini bahasa AGAMA, bukan bahasa BANGSA.Kalau kita nak belajar jadi jurutera atau doktor atau akauntan, berhempas pulas pulun English sebab buku2 dlm bidang ini banyak dlm English.Lantas kemahiran berbahasa Ingeris dianggap menjamin masa depan (di dunia).Apatah lagi bahasa Arab yg menjadi jambatan utk memahami agama yg dapat menyelamatkan kita kat akhirat.
Plus...jangan lupa bahawa ramai ulama2 kita yg bukan pun berbangsa Arab, tapi mencapai ketinggian ilmu dgn memahami dan menguasai bahasa tersebut.Lihat sahaja Imam2 hadith yg enam(Sunan Sittah).Imam Bukhari,Muslim,Abu Daud,Tirmizi,Ibn Majah,Nasa'i.Boleh kata semuanya dari Asia Tengah dan tiada asal usul keturunan Arab pun....

Zacharias said...

lama tak ziarah. apa khabar syafiq.. ana late developer. dah tua2, baru nak belajar.. sudi-sudilah tunjukkan jalan, agar tidak ku akhiri hayatku sebagai seorang wahabi.. huhu..

Ayman Rosland said...

Khabar baik!Zaki, ko apa cerita?
Alah...ko bukan late developer.Aku lagi lambat baru nak mula.Hehehe.

DID II insya Allah jalan...mula akhir Mei sampai pertengahan Julai.Kalau tak dpt pergi sepenuh masa, dlm seminggu pun ok.Ustaz Fauzi akan syarah kitab Tarbiatus Shibyan, ala-ala mcm Taryatul Awlad.Sesuai utk org yg ada plan nak bina keluarga mcm ko.Datang ler.Nanti akan aku fwd details bila budak2 ni dah confirm everything.
Anyway, pasal Wahabi...relaks aa.Kita berlapang dada sahaja.Aku pun takdelah nak attack sgt.yg penting kita faham dan bagi penjelasan sekadar yg termampu.Kebenaran akan sentiasa dipelihara Allah SWT hingga akhir zaman.

Zacharias said...

saje je. anyway, insyaAllah, aku try, tak tau abes exam bile. ok gak, graduation aku mid july. pehtu, boleh la plan utk belajar arab elsewhere..

p/s: aku lambat lagi nak kawen.. masih mencari cinta layla..

Anonymous said...

Mencari cinta Layla? Kata Hamzah al-Fansuri: Aku mencari Allah di Ka'bah, akhirnya jumpa di dalam rumah.

AA

puteri nad said...

cepat ler sambung...

Anonymous said...

assalamualaikum
di mana boleh saya dapatkan buku2 arab rujukan yang INTISAR gunakan? INsyaAllah...

Ayman Rosland said...

Waa'alaikumsalam,

Buku2 itu digunakan dlm pengajian peringkat maahad sebelum ke universiti di Arab Saudi seperti di Umm Qura, King Abdul Aziz University etc.Tp di Msia kemungkinan boleh anda dapatkan di perpustakaan UIA.Saya tidak pasti tentang perkara ini tapi khabarnya buku2 ini tidak digunakan dlm pemgajian..Cuma sebagai koleksi dan rujukan di UIA.Mungkin anda boleh ke INTISAR di Parit Sakai Darat, Muar.....

Anonymous said...

Salam Ziarah. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin ... dari Ustaz Halim INIJALANKU www.inijalanku.wordpress.com