Friday, October 27, 2006

Masa iftar dan majlis tadarrus Quran anjuran PPIMI lepas, aku sempat berbual dengan seorang 'tetamu kehormat' majlis itu.Namanya Father Kieran yang tinggal di Leeson Park berdekatan Malaysia Hall. Memandangkan budak-budak Dublin lain sedang sibuk menghadap nasi tandoori Pakcik Yusof, aku cuba sedaya upaya untuk melayan pertanyaan-pertanyaan Father Kieran. Kami sama-sama mempunyai minat mendalam terhadap voluntary work ataupun relief work terutamanya di kawasan pedalaman. Rupa-rupanya Father Kieran sudah lama berkelana untuk missionary work beliau di Afrika.Bila ditanya;

"How long have you been in Africa for missionary work there?"

"Ahh... not that long. Just couple of years to help the needy in Nigeria.There's plenty of Muslims out there.They are all nice."

"I see.So, how long have you been there?I guess 2, 3 years probably?"

"Hmmm...about 10 years"

"Ten years????"

SENYAP

Nak dihantar berkhidmat ke kawasan pedalaman di Malaysia oleh Kementerian Kesihatan pun, ramai antara kita yang merungut.Inikan pula kerja-kerja dakwah.Padanlah agama Kristian berkembang pesat di Afrika. Subur kerana penganut-penganutnya yang jujur dan komited terhadap seruan agama mereka.Tiada secalit pun sikap materialistik.Alangkah baiknya kalau sikap altruism begini tertanam pada jiwa anak-anak muda dan para daie kita.

No comments: