Friday, January 05, 2007

Wajah-Wajah

Bersama Dr Muhyettin (baca:Muhyiddin) dan Emre, minum-minum di pucak Pierrelotti dekat Golden Horn.Setelah lebih 2 tahun tidak berjumpa, sudah ramai sahabat-sahabat saya yang bergelar doktor.Gembira rasanya bertemu setelah berpisah sekian lama
Halic atau Golden Horn dari puncak Pierrelotti.Kawasan di mana bersemadinya Abu Ayyub al-Ansari tidak jauh dari kaki bukit ini.
Gambar ini diambil semasa saya bersiar-siar di tepi Selat Bosphorus bersama Emre.Emre Celic ialah sahabat saya yang menumpangkan saya di rumahnya sepanjang saya berada di Istanbul.Emre sangat peramah dan selalu membantu saya menterjemahkan perkataan-perkataan dalam bahasa Turki ke dalam bahasa Arab atau Inggeris. Biliknya penuh dengan kita-kitab agama dan buku-buku tulisan pujangga Turki yang terkenal Recip Fezil.Nama Emre sering mengingatkan saya kepada penyair sufi Anatolia yang masyhur bernama Yunus Emre.Yunus Emre hidup sezaman dengan Mawlana Rumi.Puisi-puisi beliau menonjolkan idea-idea humanis yang cukup tajam dengan sindiran terhadap korupsi dan penyelewengan pemerintah pada zamannya.
Sahabat-sahabat baik saya di Istanbul, Celaleddin Turgut(baca:Jalaluddin) dan Ahmet Ozdinc.Antara ramai-ramai kenalan, saya paling rapat dengan Celaleddin.Mungkin kerana bahasa Inggeris beliau paling fasih di kalangan mereka.Celaleddin pernah tinggal di United States untuk beberapa bulan.Ahmet pula, anak seorang Hoca (baca:Hodja) yang terkenal di Izmir.Bapa Ahmet merupakan seorang pakar tafsir yang pernah menuntut di Al-Azhar (Kaherah) dan di Iskandariah, Mesir.Ibu Ahmet ialah seorang doktor kanak-kanak (paediatrician) berbangsa Arab Mesir.Ahmet sebenarnya dilahirkan di Mesir dan tidak hairanlah dia sangat fasih berbahasa Arab selain bahasa Turki.Walau bagaimanapun, bapanya gagal mendapatkan pekerjaan sekembalinya ke Turki kerana kekangan kerajaan sekularis terhadap graduan-graduan bidang agama.Bapa Ahmet kini mengajar secara sambilan, mengadakan kuliah-kuliah tafsir di kampung halaman mereka di Izmir.
Bergambar kenangan bersama Emre di depan Sultan Ahmet Camii (Blue Mosque).Shaykh Abdul Aziz Hudayi, pemuka terkenal tariqat Jelwatiyya di Turki merupakan khatib pertama di masjid ini.Shaykh Abdul Aziz Hudayi juga merupakan murshid kepada Sultan Ahmed I dan penasihat kepada Sultan.Kebanyakan guru-guru tariqat di Turki pada zaman Uthmaniyyah tidak pasif dan mengasingkan diri daripada pemerintahan.Malahan, mereka banyak sekali turun menasihati Sultan dan memberikan pandangan-pandangan konstruktif terhadap dasar-dasar kerajaan dan pemerintahan.Hampir kesemua Sultan dan Khalifah Turki mempunyai hubungkait dengan tariqat-tariqat di Turki.

1 comment:

abuzuhri said...

Sdr Shafiq, hamba ada terjumpa satu teks surat Sultan Abdal Hamid Khan II khalifah terakhir Othmaniyya dituju kepada guru mursyidnya bertariqat Darqawi. Beliau sedih dan hiba kerana kaum modenis dan musuh-musuh mahu menjatuhkan Islam. Yahudi mahu bertapak di Palestin pada 1920an. Beliau mohon restu, petunjuk dan kekuatan dari Allah agar dapat mengatasi ujian ini serta nasihat gurunya sebelum terlewat. Kunjungilah blog http://abuzuhri.blogspot.com.