Semasa di London, aku mengambil kesempatan untuk meninjau-ninjau beberapa 'maktabah' atau kedai-kedai buku yang menjual buku-buku berkaitan Islam. Tidak susah mencari kedai-kedai sebegitu kerana populasi umat Islam di sana sangat ramai. Sahabat di London menyarankan agar aku melawat kedai buku yang terletak di Central Mosque, London. Ada dua kedai buku yang terletak tidak jauh dari station Tube Baker St. Yang pertama agak hampir dengan Central Mosque dan yang kedua, kedai buku yang bernama 'Dar Taqwa' yang terletak tidak jauh dari station Tube Baker St. Aku tidak begitu kagum dengan kedai buku yang pertama.Boleh jadi kerana pilihan buku-bukunya tidak begitu banyak. Malahan hanya buku-buku beraliran 'Arab Saudi' sahaja yang memenuhi rak-rak di sana. Berbanding dengan kedai tersebut, Dar Taqwa jauh lebih baik. Aku memborong beberapa kitab terutama yang diterbitkan Fons Vitae dan Islamic Text Society Cambridge.
Entah bagaimana, aku ternampak satu kitab yang baru diterbitkan oleh Dar Fikr, Damascus. Kitab tersebut, "The Jurispundence of Prophetic Biography' adalah kitab terjemahan 'Fiqh Sirah' yang dikarang oleh ulama tersohor Syria, Dr Muhammad Said Ramadan al-Bouti. Harganya cuma GBP15. Buku yang diterjemah oleh Nancy Roberts ini merupakan satu-satunya terjemahan kitab 'Fiqh Sirah' yang diperakui sendiri oleh Dr Said Ramadan sebagai 'accurate' dan menepati maksud asal kitab original yang dalam bahasa Arab. Meskipun aku sudah mempunyai edisi Fiqh Sirah dalam bahasa Arab dan juga bahasa Melayu, aku tidak ketinggalan menambah koleksi yang ada kerana karya Said Ramadan ini tersangat penting. Tambahan pula, pencapaianku dalam bahasa Arab masih belum memuaskan. Secara jujurnya, aku masih merangkak-rangkak dalam pembacaan kitab versi bahasa Arab.
Berbalik kepada karya Said Ramadan, aku masih merasakan bahawa beliau merupakan antara ulama yang paling utama pada zaman ini. Shaykh Said Ramadan merupakan seorang penulis yang produktif. Sudah lebih 40 kitab yang beliau karang dan masing-masing merupakan karya yang bernilai dalam lapangan yang berbeza, merangkumi falsafah, kerohanian, sejarah, fiqh, usul fiqh, sastera dan sebagainya. Namun, tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Fiqh Sirah ini adalah karyanya yang paling 'ngetop'. Sambutan terhadap Fiqh Sirah sangat luar biasa dan dalam sekelip mata banyak ahli-ahli gerakan Islam seluruh dunia yang menggunakan Fiqh Sirah sebagai teks pengajian dalam usrah mahupun pengajian di surau-surau dan masjid-masjid.
Jika dibelek-belek buku ini, kita akan menemukan jawapan terhadap formula 'ngetop' Said Ramadan.Ini tidak lain kerana usahanya untuk memperbetul dan meluruskan methodologi penulisan sirah yang dibayangi oleh penulis-penulis 'reformis' agama abad yang lampau.

Pada kurun yang lepas, pada saat-saat keruntuhan khilafah Uthamaniyyah, muncul sekelompok cendiakawan/intelektual muda di Mesir yang berhati mulia dan bercita-cita tinggi. Aspirasi mereka ialah untuk membebaskan umat Islam yang mundur dari segala segi termasuk cengkaman penjajahan dan belenggu masalah sosioekonomi. Lantas, mereka memandang kemajuan yang wujud pada negara-negara Eropah seumpama Perancis dan pandangan yang cukup takjub dan kehormatan. Seolah-olah melihat cahaya yang terang setelah berkurung di dalam bilik tanpa cahaya berkurun-kurun. Malangnya dalam diri mereka akhirnya tercetus idea yang sangat janggal. Mereka mula menganggap beberapa aspek yang terbina kukuh dalam tradisi keilmuan Islam sebagai 'kekangan', 'kekolotan' dan kejumudan yang menghambat kemajuan. Antara aspek yang sering diserang ialah aspek penceritaan sirah Baginda RasuluLlah SAW yang memperlihatkan mukjizat-mukjizat yang sukar dicapai oleh fakulti imaginasi manusia.
Penulis-penulis yang mendepani genre penulisan sebegini termasuklah Husayn Haikal dan Muhammad Farid Wajdi. Husayn Haikal, misalnya menulis sebuah buku sirah yang menonjolkan 'method saintifik' dengan meminggirkan riwayat-riwayat mutawatir tentang mukjizat baginda RasuLlah SAW. Shaykh Al-Azhar zaman tersebut, Shaykh Mustafa Maraghi memberikan pujian terhadap hasil penulisan 'ilmiah' beliau. Selain Shaykh Mustafa Maraghi, Shaykh Muhammad Abduh turut menyokong kuat gaya penulisan sebegini. Tidak hairan, jika dalam penulisan-penulisan beliau, beliau dikatakan sering 'menutup' kisah-kisah yang bersangkut paut dengan mukjizat Nabi Muhammad SAW. Ini termasuklah kisah dada Nabi Muhammad yang dibedah dan hati baginda dikeluarkan dan disucikan dengan air zamzam, kisah air yang mengalir keluar dari celah-celah jari-jemari baginda dan kisah Isra' Mikraj sendiri.
Barangkali kesilapan terbesar golongan 'pembaharuan' agama ini ialah mereka cenderung meletakkan kejayaan-kejayaan baginda RasuLlullah sebagai kejayaan seorang tokoh yang genius dan berkarisma serta berkebolehan tinggi. Memang benar, Rasullulah seorang yang bijak dan sifat 'fatanah' ialah sifat yang wajib bagi seorang rasul. Namun, kehebatan yang terpancar dalam kisah-kisah sirah ini bukanlah semata-mata kerana keupayaan baginda sebagai seorang strategis, tapi kerana sifat 'nubuwwah' yang ada pada RasuLlullah SAW. Muhammad memang seorang manusia, tapi bukan manusia biasa. Dan hakikat ini yang sering dilupakan oleh generasi sekarang.