Wednesday, July 01, 2009

Harry Meets Tok Guru



Hari itu, saya agak marah. Marah bila nampak gambar-gambar lawatan Mentor Minister Singapura, Mr Harry Lee Kuan Yew. Jangan silap faham. Saya bukannya racist. Saya juga bukannya anti Singapura. Saya agak bengang sebab lihat gambar-gambar pemimpin PAS seperti TG Abdul Hadi Awang dan TG Nik Aziz Nik Mat bergambar mesra dan penuh sopan di depan Mr Harry LKY ini.

Saya bukannya ultra Melayu. Kalau nak kata saya ni, ultra Islam mungkin saya setuju. Saya memang tahu apa adab-adabnya bila berdepan dengan tetamu. Cuma saya risau lihat sikap terhegeh-hegeh pimpinan parti Islam di Malaysia bila Mr LKY datang 'menjengah' Malaysia.

Saya agak keliru dengan pandangan dan sikap pemimpin-pemimpin PAS. Wajarkah manusia seperti LKY dilayan seperti 'maharaja'. Beberapa pimpinan PAS datang 'menghadap' Yang Maha Mulia, Maharaja Singapura di hotel beliau di ibu negara. Juga disiarkan kemesraan TG Nik Aziz yang begitu girang menerima tokoh yang digelarnya, 'terkenal bukan sahaja di Asia malah peringkat antarabangsa'. Suara rasmi PAS juga memuji-muji lawatan LKY ini.

Saya bukan racist. Tapi saya kenal siapa yang racist dan mengamal sikap perkauman. Saya sangat tidak gemar dengan tokoh bernama Harry Lee Kuan Yew ini. Bukan kerana dia seorang Cina atau pemimpin Singapura. Saya tak ambil 'pot' langsung. Tetapi saya tidak suka personaliti yang merupakan seorang diktator, pemusnah kebebasan bersuara dan demokrasi serta tokoh perkauman ini dilayan sebegitu mesra oleh pemimpin sebuah parti Islam. Adakah mereka lupa atau memang jahil tentang LKY? Tidakkah mereka tahu bagaimana ratusan seteru-seteru politik LKY dipenjarakan dan disiksa bertahun-tahun seperti Pak Said Zahari, Lim Hock Siew, Lim Chin Siong?(Baca sajalah memoir Pak Said; Meniti Lautan Gelora dan Dalam Ribuan Mimpi Gelisah. Beliau dipenjarakan selama 17 tahun). Tidakkah mereka ingat bagaimana layanan LKY terhadap orang-orang Melayu Muslim di Singapura?

Baru-baru ini, akhbar Singapura melaporkan peristiwa bersejarah perlantikan seorang pegawai tentera berbangsa Melayu kepada jawatan Brigader General. Aneh! Apa yang mahu dihairankan? Jika di Malaysia, kalau ada jawatan tinggi tertentu yang dikhususkan untuk kaum Melayu, kita pasti akan dilabel sebagai negara yang pro-Bumiputera atau Melayu semata-mata. Ini termasuklah jawatan tinggi dalam kerajaan, tentera ataupun kabinet. Tetapi di Singapura, bangsa Melayu ditekan hingga tidak dibenarkan menjadi pemandu pesawat pejuang angkatan tentera Singapura. Adakah orang Melayu Singapura terlalu 'lembik' atau bodoh untuk menjadi seorang pemandu pesawat pejuang? Orang-orang Melayu juga tidak mendapat tempat dalam kabinet Singapura jika dibandingkan dengan masyarakat India yang lebih kecil jumlah mereka di Singapura.

Dari sudut hubungan diplomatik, kita sentiasa gagal menemukan titik persefahaman dengan negara 'kiasu' ini. Masalah EPF, tanah KTMB, isu jambatan bengkok dan Tambak Johor, bekalan air mentah, penggunaan ruang angkasa dan banyak lagi tidak pernah dapat diselesaikan dalam keadaan win-win situation. Singapura sentiasa menang. Sebab pemimpin mereka memang pandai!

" He is too clever by half!" Tunku Abdul Rahman Putra alHaj

Fakta-fakta ini hanya secebis daripada gambaran sikap pemimpin 'agung' Singapura seperti LKY ini. Saya rasa begitu janggal bila mengingatkan peristiwa penyokong-penyokong PAS yang berdemonstrasi membantah kedatangan pasukan kriket Israel ke Malaysia beberapa tahun dahulu. Saya rasa aneh kerana mereka tidak pula membantah kedatangan LKY ataupun membantah pertemuan pemimpin parti mereka dengan tokoh ini. Bukankah selepas 'dimerdekakan' dari Malaysia, LKY dengan segera memulakan hubungan diplomatik dengan negara haram Israel? Perlukah saya bertanyakan soalan, negara manakah yang merupakan rakan strategik pertahanan no. 1 Israel di Asia Tenggara dan Asia Jauh? Negara manakah yang memborong kelengkapan canggih buatan Israel seperti kereta kebal 'Leopard' yang boleh bertindak di daratan dan kawasan perairan?

Melihat foto-foto di atas saya memang merasa darah saya sedang mendidih!


4 comments:

Anonymous said...

setuju!melayu mmg mudah lupa.sedih

Hiz said...

Tok Guru dah lupa sejarah dulu.

Sekarang Tok Guru nak naik bersama 'racist' yang akan menghakis kuasa Tok Guru sendiri, tunggu dan lihat.

'Racist' ni hanya menunggu peluang sikit sahaja lagi untuk memegang tampuk pemerintahan negara seterusnya menjahanamkan umat Islam dan bangsa Melayu yang jelas kian dimamah usia kepupusan.

Moga langkah proaktif diambil oleh masyarakat Islam dan bangsa Melayu bagi menghalang kepupusan kuasa dan bangsa Melayu.

Sekian.

Abu Muhammad said...

Shohih, apa perlunya dimuliakan sangat Lee tu. Jangan-jangan kedatangannya pun ada udang sebalik mee.

saya said...

cet, nk ambil gmbr mestila senyum. selidik dulu apakah niat TG disebalik layanan yg baik itu.