Tuesday, October 20, 2009



"Adik, adik ni asal dari mana?"

Aku bertanya pada gadis belasan tahun yang terbaring kelesuan dalam 'Resuscitation Room' di A&E. Baju merah jambu yang berlambang daging di bahagian dadanya habis lencun kerana peluh yang tak putus-putus memercik. Gadis ini dibawa oleh ambulan kerana pengsan semasa berkempen pada hari pengundian di Bagan Pinang.

"Saya bukan dari sini,bang!Saya dari Kuala Pilah," ujarnya lemah.

"Berapa umur kamu,dik?".

"18 tahun,doktor."

Aku cuma mengangguk. Entah sudah berapa banyak gadis-gadis sebayanya yang datang mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan semasa tempoh kempen PRK Bagan Pinang. Masing-masing dari tempat yang pelbagai pelusuk dan ceruk. Datang untuk berkhidmat demi parti mereka yang dicintai.

"Kamu ni belum pun boleh mengundi. Baru 18. Sanggup pula datang ke mari nak berkempen. Setia sungguh pada parti?". Aku tersenyum sambil mengusik.

"Kami dapat duit,doktor. Setiap hari dapat 30-50 ringgit. Itu belum lagi apa yang Datuk ***** bagi," jawabnya dengan jujur.

Aku ketawa. Itulah nilai muda-mudi yang tidak ada pegangan agama. Diberi 30 ringgit sehari sudah boleh dibeli. Berkempen ke sana ke mari, terpekik terlolong meneriak slogan-slogan provokasi dan isyarat-isyarat lucah hanya dengan harga 30 ringgit sehari. Syabas, tuan puteri!

No comments: