Thursday, April 08, 2010

Cambridge New Mosque and Travelling Light Series


Tempoh hari aku 'memaksa diri' untuk hadir ke fundraising dinner anjuran ABIM bersempena kehadiran Sidi Abdal Hakim Murad ke Malaysia. Sekalung tahniah kepada ABIM Islamic Outreach yang menganjurkan makan malam ini. Selain makan malam, majlis ini dianjurkan bagi mengutip dana bagi pembinaan masjid baru di Cambridge, UK.

Sidi Abdal Hakim melancarkan DVD siri 'Travelling Light' yang menghimpunkan kuliah-kuliah huraian kitab 'Ihya Ulumuddin' karangan Hujjatul Islam Imam Ghazali. Kitab ini mempunyai 40 bahagian dan bagi setiap siri memuatkan syarahan 4 bahagian dari kitab ini. Apa yang menarik, setiap siri ini dirakamkan di tempat-tempat yang berbeza, yakni tempat-tempat yang mempunyai kaitan erat dengan Islam dan ajarannya. Contohnya di masjid-masjid bersejarah, 'tekke', khanqah dan sebagainya.


Bagi siri pertama, rakaman dilakukan di Sinanova Tekke, pusat kegiatan Tariqat Qadiri di daerah Vrbanjusa, Sarajevo. Tekke ini dibangunkan pada tahun 1640 dan ketika peperangan Bosnia 1992-1995, pengikut-pengikut tariqat Qadiri di tekke ini ialah golongan terawal mengangkat senjata menentang tentera Serbia. DVD siri pertama ini menghuraikan kitab 'Tawbah', 'Sabr wa Syukr', 'Khawf wal Raja', dan 'Faqr wa Zuhd'. Setiap topik ini diselang-selikan dengan nasyid-nasyid atau 'Ilahi' dalam bahasa Bosnia oleh kumpulan Nesidu-l-Huda.Dengan harga RM100, kesemua wang ini akan mengalir ke dalam dana masjid baru Cambridge.

Berbalik kepada acara anjuran ABIM ini, aku agak tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh oleh Sidi Abdal Hakim Murad. Antara lain dalam ceramahnya beliau menyebutkan beberapa sebab kenapa bulan (atau anak bulan) dianggap sebagai simbol Islam. Ini kerana Nabi Muhammad SAW sering digambar sebagai manusia membawa cahaya kepada ketamadunan manusia. Nabi sebagai pembawa cahaya seumpama bulan. Namun cahaya bulan bukanlah cahaya pada zat bulan sendiri. Bulan memancarkan sinar yang dipantulkan dari matahari yang akhirnya memandu manusia dalam kegelapan malam. Ini adalah hakikat kenabian sendiri. Nabi membawa cahaya risalah bukan dari dirinya. Sebaliknya dari Allah SWT. Dan sifat-sifat Nabi adalah manifestasi atau refleksi sifat-sifat ketuhanan yang terpancar dari jasad manusia.

Sidi Abdal Hakim turut menceritakan pengalaman merakamkan siri 'Travelling Light' ini. Di Bosnia, mereka berkesempatan menatap beberapa manuskrip lama di Perpustakaan Gazi Husrev-Beg. Antara yang paling mencuri tumpuan ialah kitab 'Ihya Ulumuddin 'tulisan tangan bertarikh 1105/1106, lebih kurang enam tahun sebelum kematian Imam Ghazali. Ini menjadikan naskah kuno ini sebagai manuskrip 'Ihya Ulumuddin' yang paling tua di dunia.

Di Granada, Sepanyol semasa rakaman siri kedua, beliau menceritakan pula beberapa perkembangan umat Islam di Andalusia. Dikhabarkan pihak berkuasa tempatan baru-baru ini menemui beberapa khazanah yang ditanam di kawasan sekitar Granada semasa projek pembinaan padang golf di sana. Khazanah-khazanah ini berupa manuskrip atau kitab-kitab Arab lama yang ditanam oleh umat Islam Andalusia ketika cuba menyelamatkan kitab-kitab ini dari dibakar oleh tentera Kristian.(Umat Islam dihapuskan secara sistematik dengan diharamkan buku-buku, tulisan dan kebudayaan Arab dalam projek 'Inquisition' mulai tahun 1478. Mereka dipaksa memeluk agama Kristian dan melakukan pelbagai perkara yang bertentangan dengan Islam seperti meminum arak dan memakan daging babi)

Rakaman siri ketiga dilakukan di Cape Town, Afrika Selatan. DVD siri ketiga akan diterbitkan tidak lama lagi dan Sidi Abdal Hakim juga berharap salah satu siri dapat dirakam di tempat-tempat bersejarah di Nusantara.Mungkin di Malaysia atau di Indonesia. Aku mengharapkan projek ini akan berjaya disempurnakan (sebanyak sepuluh siri) dan sememangnya projek ini akan menjadi warisan keilmuan Imam Ghazali dalam bentuk kontemporari yang sangat-sangat bermakna untuk generasi kini.Syabas kepada Sidi Abdal Hakim Murad dan sahabat-sahabat dari Cambridge, UK!

10 comments:

abadi said...

Aku baru menonton kitab 31, 2 hari lepas. Masih tak habis, sebab best.

Ayman Rosland said...

memang best la.hopefully, they'll shoot in Malaysia next series.Masjid Kg Hulu, Melaka will be an ideal place.Kalau kat Indonesia, Masjid Agung Demak pun ok.

I think the last dvd (bab faqr wa'l zuhd) agak menarik.Sidi Abdal Hakim byk bagi examples from Ottoman history regarding their scholars and Caliphs.Worth-mentioning story about Shaykh Mahmud Hudayi.His tekke and maqam is in Uskudar, Istanbul. Agak menyesal sebab tak singgah masa visit Turki haritu

柏辰 said...

很棒的分享~留言支持! ........................................

0.0 said...

在台灣有許多的家庭無法一次負擔汽車和房子的金額,或是基於錢在身邊比較安心的準則,往往會向銀行或是企業申請貸款,房屋貸款年限通常是十年或二十年,前幾年可以申請只付利息的優惠,車貸則是依據貸款的金額來決定年數,但通常都是三到五年,汽車貸款相較於房屋貸款有彈性的多,因此許多有名的企業也會和銀行合作提供汽車貸款的服務。

boyachilles30 said...

cool...blog ni best.....jadila follower saya http://kakimotong.blogspot.com/

WilburC_Custis said...

^^ 謝謝你的分享,祝你生活永遠多彩多姿!........................................

BennieS雅嘉玲筑 said...

我是天山,等待一輪明月。......................................................

north face factory outlet said...

Buy best wedding dresses at best price from world leading online dresses supplier.Enjoy custom made prom dresses,discount wedding dresses,lace wedding dresses,cheap wedding gowns,cheap evening dresses,discount wedding gowns,discount prom dresses,cheap prom dresses at http://www.dressesol.com

Stephany9991 said...

nice to know you, and glad to find such a good artical!........................................

Affan Ruslan said...

Salam. Mana nak beli CD ni?