Sunday, October 31, 2004

Jami' Adab al-Khair



Dalam Matan Arbain Nawawiyya, dipetik hadith Baginda (selawat dan salam ke atasnya) tentang seorang pemuda yang meminta wasiyya atau nasihah daripada Baginda.Lantas Baginda berpesan agar, " Jangan kamu marah!"
Peringatan ini diulang beberapa kali setiap kali Nabi diminta berpesan kepadanya sebagai simbolik kepentingan mengekang bara kemarahan bagi setiap insan.Semestinya hadith ini bukanlah bermakna manusia dilarang langsung untuk marah, kerana saranan sebegini langsung tidak logik dan praktikal.Marah adalah perkara semulajadi yang secara fitrahnya memang pasti wujud dalam diri setiap insan.Lafaz "Jangan kamu marah!" adalah taqdeer ataupun lebih tepat lagi saranan supaya jangan dikuasai oleh kemarahan, jangan gagal mengawal kemarahan dan perkara yang seumpama dengannya, dan bukanlah supaya tidak marah langsung.Dalam kitab Al-Waafi, karya Dr Mustafa Bugho dan Muhyiddin Mistu, hadith ke-16 daripada 42 hadith yang dipetik oleh Imam Nawawi ini dibahas dengan begitu tersusun dan cantik sekali.Penulis menerangkan keagungan hadith ini dengan memetik pendapat Imam al-Jalil, Abu Muhammad 'Abdullah bin Abi Zaid (Imam Mazhab Maliki di Morocco pada zamannya).Imam Abu Muhammad mengatakan, " Sesungguhnya keseluruhan adab yang baik bercabang-cabang daripada 4 hadith.Yakni, hadith Nabi ,


1) " Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata-kata perkara yang baik atau diam sahaja"
2) " Tanda-tanda baiknya Islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara-perkara yang tiada kena-mengena dengan dirinya(bukan urusannya)"
3) "Jangan marah!!!"
4) " Tidak beriman seseorang kamu hinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"


Pendapat Imam Abu Muhammad ini tidak lahir daripada kata-kata kosong, malahan tersangatlah tepat kebenarannya jika ditinjau dengan teliti.Jami' adab al-khair atau himpunan sikap yang baik sebenarnya lahir daripada kemampuan beriman dengan hadith-hadith yang empat ini.Berapa banyak dosa yang dilakukan oleh kita, semata-mata kerana tidak tahu menjaga mulut?Mengumpat,mengeji,berkata dusta dan sumpah bohong.Berapa banyak jenayah yang terjadi semata-mata kerana manusia gagal mengekang kemarahan?Bunuh, mencederakan orang lain semata-mata kerana perkara kecil, maki-hamun, tuduh-menuduh, hantar email layang......semuanya kerana tidak pandai memanipulasikan kemarahan.Berapa ramai manusia yang baik pekertinya dan tinggi reputasinya di kalangan manusia tiba-tiba menjadi rendah pada mata masyarakat kerana gagal mengawal kemarahan? Berapa banyak perilaku hodoh yang mampu dielakkan jika meninggalkan perkara-perkara yang bukan urusan kita?Orang yang tidak peduli tentang perkara yang tidak ada kaitan dengannya tidak akan bercerita pasal orang lain, mengumpat,mengintap keaiban orang, menyebarkan fitnah, membuang masa dengan hal-ehwal lagha dan sebagainya.Orang yang beradab baik, berbudi bahasa, belas terhadap fakir miskin,murah dengan senyuman, cantik mujamalah dengan manusia....semuanya kerana mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Empat perkara ini nampak sedikit dan mudah, beramal dengannya belum pasti lagi :)
Selamat mengundang maghfirah Tuhan pada pertengahan Ramadan ini!!


No comments: