Tuesday, October 19, 2004

Ramadan Yang Memilukan.....


Ustaz Zaki Ayub(27), Isterinya,Nur Hayati(27) dan tertuduh (warga Indonesia)

Balik sahaja dari Sambutan Pelajar Baru anjuran PPIMI, aku menerima satu email dari seorang teman di Mesir.Email yang sungguh-sungguh mengejutkan aku, tentang pembunuhan seorang teman yang aku kenali waktu di Mesir dahulu.Ustaz Zaki Ayub, atau lebih suka aku panggil Ustaz Zaki tabligh, dibunuh di kediamannya di Hayyu Asyir.Yang lebih memilukan, isteri dan 2 orang anaknya turut dibunuh dan dibakar oleh penyerang yang tidak berhati perut itu.Motif pembunuhan, yang dilakukan oleh lelaki Indonesia itu ialah kerana wang dan dendam.Perkara yang lebih mengelirukan aku adalah identiti pembunuh yang turut aku kenali!!Dia adalah tuan punya restoran Indonesia, RM Asia di Hayyu Asyir.Sepanjang tempoh aku berada di sana, aku sering juga ke kedai makannya.Ustaz Zaki pula, pemilik 2 kedai makan dan satu kafe cyber.Restoran Asbat kepunyaannya sangat terkenal di kalangan pelajar-pelajar kita di Kaherah.
Menyorot pertemuan antara aku dan Allahyarham Ustaz Zaki, kami bertemu buat pertama kali di Pelabuhan Nuwaiba, Sinai.Waktu itu, aku sedang dalam rehlah ke Jordan,Syria dan Lubnan.Disebabkan kelewatan feri yang aku naiki, aku bimbang tentang sahabat-sahabat aku yang telahpun menunggu di Amman.Saat itulah, aku terjumpa dengan Ustaz Zaki dan kawan-kawannya.Mereka rupanya hendak bermusafir 40 hari bagi berdakwah di Jordan!Ustaz Zaki segera menawarkan telefon bimbitnya pada aku untuk menghubungi Bayam (nama betul Ibrahim, pelajar JUST di Irbid).Semasa menunggu feri kami, kami sempat berbual-bual.Dia sempat bercerita tentang keluarga dan anak-anaknya serta pengalamannya ke UK.Kalau ada rezeki, katanya dia akan menziarahi aku di Ireland.Pilu sungguh rasanya bila mengenangkan kebaikan Allahyarham.Hati dan akal aku yang waras langsung tidak boleh menggambarkan betapa kejamnya pembunuh itu…..Khabarnya si pembunuh mempunyai hutang yang banyak dan mengetahui tentang kejayaan perniagaan Allahyarham.Menurut sahabat2 aku di Mesir, dia berpura-pura hendak menukar matawang asing(Ustaz Zaki juga seorang pengurup wang kecil-kecilan) pada hari kejadian.Kesempatan itu digunakan untuk menikam Ustaz Zaki sebelum menyeret dan membunuh isterinya.Kedua-dua anak mereka, yang masing-masing berumur 11 bulan dan 4 tahun dibakar hidup-hidup bersama ibu mereka!!Allah……………..
Kadangkala aku tertanya-tanya , semurah itukah harga 4 nyawa?Cuma beberapa ribu US Dollar……..


P/S: Semoga Allah SWT mengurniakan syahadah kepada Ustaz Zaki, Ustazah Nur Hayati, Muazz dan Maryam.Pertemuan singkat kita akan kukenang ke akhir hayatku.Mudah-mudahan Jannah yang menanti kalian semua.................

No comments: