Semalam seorang rakan sekuliah aku bertanya,
" You tak pergi ke, majlis kat Malaysia Hall malam ni?"
Aku tanya kembali sambil terkebil-kebil "Majlis apa?Makan free ke?"
"Budak-budak PMCSA(Penang Medical College Student Association) buat iftar and also Deepavali celebration"
Aku tersengih.
PMCSA memang satu student body yang gemar menganjurkan aktiviti-aktiviti 'bersosial' dan 'bersuka-ria'.Rakan karib PMCSA termasuklah
KUI(Kelab UMNO Ireland) dan
MSA(Malaysian Student Association).Antara trademark mereka saban tahun, sudah pasti
'Cultural Night',
'Malaysia Night' dan program-program sewaktu dengannya.
Menjamu orang yang berpuasa semestinya satu bentuk sedekah yang cukup dimuliakan oleh Islam.Sememangnya sedekah paling afdhal ialah pada bulan agung ini.Malahan, orang yang menjamu mereka yang berpuasa akan diberi ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa tadi.
Masalah dengan majlis iftar PMCSA ini timbul apabila majlis ini diadakan serentak bersempena sambutan
Deepavali atau
Diwali.Mungkin bagi ramai pelajar,sambutan 'kongsi' perayaan ini satu simbol integrasi dan toleransi kaum di Malaysia.Secara umumnya, pelajar-pelajar kurang jelas tentang hukum merayakan perayaan bukan Islam i.e agama lain.
Diwali bukanlah perayaan kaum India.Diwali adalah perayaan agama Hindu yang diraikan mengikut kalendar Kartik.Asal usul perayaan Diwali berbeza mengikut lokasi dan wilayah di benua kecil India.Di Uttar Pradesh, Punjab, Haryana, Bihar dan kawasan sekitarnya, Deepavali atau Diwali disambut bagi memperingati pertabalan
Raja Rama di Ayodhya selepas kejayaan 'cemerlang,gemilang dan terbilang' menewaskan kuasa kejahatan yang diwakili oleh
Ravana, watak jahat atau syaitan Sri Lanka dalam epic kuno agama Hindu(aneh sekali, Ravana dianggap sebagai simbol kebaikan di Sri Lanka!!).Kejayaan Rama menumpaskan kuasa kejahatan Ravana seterusnya merampas kembali permaisurinya,
Sita setelah kempen ketenteraan yang cukup mistik selama 12 tahun diraikan oleh penduduk Ayodhya.Rakyat jelata menyalakan lampu bagi menyambut kepulangan Raja Rama dan Permaisuri Sita, lantas perayaan ini juga dikenal sebagai
perayaan cahaya atau festival
'rows of lamps'
Terlanjur bercerita mengenai
Diwali, maka apakah hukumnya sama-sama meraikan perayaan ini?(di samping enak menjamu juadah berbuka puasa di Malaysia Hall).Saya sangatlah tertarik dengan
artikel oleh
Dr Abdul Hayei bin Abdul Syukor dari Akademi Pengajian Islam UM yang menulis tentang perkara ini.Beliau yang selalu memberi kuliah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail(tempat saya menginap di Malaysia), mengemukakan perbandingan fatwa antara tokoh 'ulama Arab Saudi,
Sheikh Salleh Munajjid dan 'ulama Mesir kontemporari yang tersohor,
Dr Yusuf Qardhawi.Sheikh Salleh Munajjid pernah mengeluarkan fatwa
HARAM sama sekali mengucapkan tahniah kepada penganut agama lain seperti Hindu,Yahudi,Kristian dan sebagainya.Apatah lagi, meraikan perayaan mereka bersama-sama atas dasar 'integrasi nasional' dan sebagainya!!Sheikh Salleh Munajjid, yang juga merupakan ahli majlis fatwa Arab Saudi mengambil dalil-dalil yang cukup konkrit,
1.
"Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka" - (riwayat
Abu Dawud bilangan 4031.
Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).
2. Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak sekeras-kerasnya sikap itu.
3. Umat Islam dikehendaki bersikap benci terhadap kaum bukan Islam. Mereka wajib mencintai hanya kepada orang mukmin. Sikap ini disebutkan dalam salah satu judul
Sahih al-Bukhari iaitu
al-Hub fi'llah wa al-bughd fi'llah min al-iman (antara ciri iman ialah cinta dan benci kepada Allah). Inilah
juga sikap yang wajib diteladani pada nabi Muhammad s.a.w., iaitu berkeras dengan bukan Islam dan berkasih sayang sesama mukmin (surah al-Fatah: ayat 29).
Walau bagaimanapun, pendapat ini dianggap 'sehala' dan bagi Dr Abdul Hayei agak keterlaluan.Ini kerana Sheikh Salleh Munajjid tidak membezakan jenis kafir, samada yang terang permusuhannya dengan Islam atau yang taat dan patuh kepada pemerintah Islam (
Dhimmi dan Harbi).
Dr Yusuf Qardhawi pula, sebagai seorang ilmuan yang dikatakan mempunyai pandangan yang sederhana mengemukakan pendapat yang 'ringan' sedikit berbanding Sheikh Salleh Munajjid.Al-Qardhawi memberi pandangan, antaranya:
Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.
Maka sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qardhawi berpendapat
HARUS bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Harus diingat, ini hanya terbatas pada pengucapan tahniah dan selamat sahaja,
bukan turut meraikan perayaan mereka!!!
Sebenarnya, pandangan Dr Yusuf Qardhawi ini boleh dikatakan agak keterlaluan kerana terlalu 'sederhana'.Dr Abdul Hayei berhujah, ucapan selamat ini turut merupakan doa bagi membenarkan kepercayaan mereka yang memang telah jelas bertentangan dengan aqidah kita.
Konklusinya, meskipun ulama berbeda pandangan tentang ucapan tahniah bagi perayaan agama lain, namun mereka masih sepakat tentang hukum meraikan perayaan agama lain.Atas dasar toleransi kaum, perkara sebegini masih tidak dapat diterima.Lain kali, sekiranya ada teman sekuliah menjemput aku untuk iftar dan dalam masa sama meraikan Diwali....terima kasih sahaja.Aku ucapkan,