Tuesday, November 16, 2004

Syawal di Dublin

Masuk tahun ini sudah 3 kali beraya di perantauan.Tahun pertama sungguh membosankan.Malahan kerana 'perangai' teman serumah, aku terlewat dan terlepas menunaikan solat sunat Eid.Tahun kedua lebih meriah berbanding tahun pertama.Lepas solat di Malaysia Hall, kami beramai-ramai mengadakan sesi fotografi.Masing-masing macam tak pernah jumpa kamera.Waktu ini,barulah hendak ketemu sahabat-sahabat se'Dublin' yang tak pernah dilihat batang hidung semasa solat terawikh di masjid!
Tahun ketiga kurasakan lebih meriah.Mungkin kerana bilangan pelajar dan kelompok pasangan yang sudah berkahwin dan bekerja di sini meningkat sekali.Banyak rumah terbuka dan majlis-majlis meraikan Eid di sekitar Dublin.Bagi pelajar-pelajar yang baru sampai seperti Adinda Fahd Razy, abang-abang senior seperti kamilah yang membawa mereka ke hulu ke hilir untuk ke rumah-rumah terbuka di Dublin.Selamat beraya di perantauan!


Program Raya Tahun ini
1) Sabtu, 14 Nov(Raya Pertama):
Solat Sunat Eid di Clonskeagh Mosque(nak solat kat Msia Hall,tapi takut dah penuh)
Majlis jamuan raya kat Malaysia Hall
Rumah terbuka Haji Fauzi(tiap2 tahun jamu kami dengan nasi kerabunya)
Rumah terbuka Dr Azlisham (neurologist di Dublin)
Rumah terbuka Abg Mail (hehehe)
Rumah terbuka Abang Man (di Lucan, jauh sikit tapi nasi dagang punya pasal,kami sanggup jer naik bas)
Ahad, 15 Nov Raya Kedua:
Rumah terbuka Kedutaan Malaysia dekat Stillorgan
3) Sabtu, 21 Nov
Rumah terbuka Dr Oteh(naqib usrah, cardiologist di Jamses Hospital)
4) Ahad, 28 Nov
Rumah Terbuka Abg Jamil(lecturer FMI yang buat PhD di sini)
Rumah terbuka 322 South Circular Rd(nak join tidak?nak join tidak??)

1 comment:

Tawel Sensei said...

Eh, kamu lagi syafiq. tadi cepat betul kamu lari. lepas sembahyang, terus hilang. rupanya kamu dah kat sini. "Kata-kata seorang attache pendidikan kepada syafiq pada 1 syawal. kata2 ini mungkin tidak akan dilupakan sepanjang hidupnya"