Sunday, June 29, 2008

O&G in Malaysia

How to improve O&G Department in Malaysia? Aku pun tak tahu apa yang perlu dikatakan. Setelah 4 bulan di bahagian Perbidanan dan Sakit Puan, banyak isu-isu yang aku rasa masih tak selesai dan terungkai di tanahair. Di UM, secara keseluruhan perkhidmatan Ginekologi (Sakit Puan) sangat baik. Cuma bagiku, situasi di Labour Ward (Wad Bersalin) tidak begitu memuaskan. Satu perkara yang jelas ialah masalah facility. Wad ini bukan husband-friendly. Pesakit yang hampir melahirkan terpaksa berkongsi satu cubicle dengan pesakit lain. Jadi, sang suami semuanya terpaksa menunggu dengan penuh keluh kesah di luar wad.

Malang sekali di Malaysia, tidak seperti sesetengah negara-negara Arab, kita tiada kemudahan hospital wanita/rumah bersalin yang diuruskan sepenuhnya oleh staff wanita.Sewajarnya, kita harus cuba menerapkan idea-idea yang selaras dengan fiqh Islami dalam menguruskan pesakit-pesakit terutamanya wanita yang hendak bersalin. Sepatutnya, prioriti harus diberikan agar doktor-doktor wanita yang menguruskan bakal-bakal ibu ini dan bukannya housemen officer lelaki.

Ireland bukanlah negara Islam. Tetapi di Dublin, sepanjang pemerhatian aku di sana, kesemua kes-kes bersalin yang normal dibereskan oleh bidan-bidan yang sangat terlatih dan professional. Dan mereka semuanya perempuan. Situasi ini bagus untuk pesakit. Aurat adalah satu daerah yang sangat sensitif bagi wanita. Ketiadaan midwives atau bidan-bidan terlatih ini menyebabkan mereka terpaksa dibidankan oleh doktor-doktor lelaki seperti aku. Pasti situasi ini akan menyebabkan rasa kurang selesa dan janggal yang amat sangat pada mereka. Aku juga tumpang simpati dengan keadaan mereka. Jika aku menjadi suami sekalipun, aku tidak mahu isteri aku melahirkan anak di sini!

Di belakang wad bersalin UM, tersergam satu bangunan yang separuh siap. Khabarnya, bangunan ini sepatutnya menjadi bangunan khas untuk wad wanita, wad kanak-kanak dan wad bersalin. Sudah 5 tahun projek ini dilancarkan. Malangnya, sehingga sekarang projek ini masih tidak siap-siap. Berita yang aku dengar ialah sudah lebih 3 kontraktor yang dipilih menarik diri dari projek ini. Ini menyebabkan facilty di UM tidak bertambah baik sedangkan bilangan pesakit makin bertambah saban tahun. Masalah besar di Malaysia ialah kebanyakan projek-projek besar dianugerahkan kepada syarikat-syarikat kroni yang ada hubungan rapat dengan ahli-ahli politik tertentu. Kebanyakan kontraktor ini tidak punya kelayakan atau pengalaman. Semua projek ini di'Ali Baba'kan kepada kontraktor lain. Faktor ini yang menyebabkan banyak projek-projek besar terbengkalai. Selagi tiada amalan telus dalam pengagihan projek-projek kerajaan, selagi itulah kita akan melihat banyak lagi bangunan seperti bangunan wad wanita dan kanak-kanak UM yang sehingga sekarang tersadai. Tiang-tiangnya hanya menunggu untuk menyembah bumi.

9 comments:

Anonymous said...

Di satu hospital besar yang lain was Obstetrics dan Gynae combined. Satu tak tahulah tapi di Wales separated. Jadi penumpuan dapat diberikan dan delegation of work among staff members pun better. Nurses normally rotate between themsleves - one week kat O another week kat G, jadi training mereka menjadi senang sbb clear job definition.

Lagipun kesihan makcik2 yang terpaksa menderita mendengar jeritan babi. Tambah pulak kalau mereka ada kes2 sensitive seperti kanser. Kalau pesakit yg sama masalah duduk satu wad yang sama, mereka seanng berinteraksi sebab berasa 'we are in the same boat', tapi kalau campur2 begini masing2 membungkam sebab malu. So they cannot comfort and take or give support to each other.

I hope you will rise up the ranks and revise the situation, insya-Allah.

AA

Syeikh Akram said...

ko bukak klinik jela fiq, jom kita JV adik beradik. lama2 tukaq jadi Spealist Hospital plak..amcam?

p/s: akhirnya aku mula berblog...

Anonymous said...

Jikapun ada hospital yang mempunyai labour room yang husband friendly, sudah pasti bayarannya mahal dan tidak termampu kebanyakan marhaen. Saya mungkin antara yang bertuah kerana boleh berada disisi isteri menggenggam erat tangannya ketika dia melahirkan puteri kami. Tetapi itupun saya bernasib baik juga kerana bil ditanggung sepenuhnya oleh syarikat tempat saya mencari makan. Bagaimanapun, satu pengamatan yang baik Ayman.

Az'

RifQy NaZHaN RyZa said...

Salam,
fiq, maby kau boleh specific sikit apa makna husband freindly tu?
Di HKL, mereka mengisytiharkan diri sebagai husband friendly, atas dasar suami boleh masuk & di galakkan masuk ketika wife hendak bersalin. TETAPI bergantung pada budi bicara nurse & doc. kat situ (so siapa sebenarnya yg friendly ni?)
Bakal2 ibu bersalin diurus oleh doc. / officer lelaki atas dasar apa? Adakah kerana sistem di amalkan di hospital ini yg tidak menitik beratkan idea2 yg selaras dgn fiqh islami atau malaysia ini kekurangan doc/bidan perempuan yg terlatih?
Anyway aku teruja nak komen pasal project terbengkalai tuh. Ko percaya tak kalau aku ckp, walaupun Pakatan Rakyat memerintah satu hari nanti, industri pembinaan kita tetap penuh dgn rasuah korupsi & ketirisan?

-ery-

Anonymous said...

Assalamaualaikum wbt.,
Sorry to intrude, but I need to clear the air about certain misconceptions here in this post. Di kebanyakan hospital kerajaan Malaysia, memang ada bidan2 wanita terlatih (midwives), and are husband friendly i.e. husband can stay in during the delivery, at the discretion of the midwife/doctor. We have rumah bersalin kerajaan (entirely managed by female midwives). You may also try and enquire the roles of jururawat desa from the nurses/ your MO/ specialists as I understand that you may not have had a chance to find out more about rural health being an overseas grad.
Also, as house officers, male or female, all of you must be able to conduct normal deliveries confidently. That is probably the difference between medical training in Ireland than that of Malaysia. Long time ago, the Catholic Irish had an unwritten rule whereby normal deliveries are performed by female midwives and the abnormal (i.e. complicated) ones by male doctors. This led to the birth of Obstetricians.
`Hands on' experience is essential as there is a chance of rural posting on completion of your housemanship, and you need to know the normal before you can handle abnormal deliveries.
You may also wish to take up Obstetrics and Gynaecology as a specialty. There are many female doctors who deep down wanted to do this but due to its ungodly hours decide to stay away and instead do something like radiology or pathology. Those who do take it up are the chosen ones who can manage time between kids, work, and those who have a very supportive hubby.
All the best anyway, and do keep up the good work. Insyallah, hope you'll be able to take up a specialty of your choice in the years to come.
-Once upon a time a HO

mardiah said...

salam. syafiq, ko buat HO kat UM ke? Eh, aku ingat nak apply o&g kat UM gak. senang tak? ko ade kenal sape2 s kat situ. aku tak kisah je kalu kene buat HO dulu pun. tolong eh reply asap. thanx

shafiq.ayman said...

Salam semua!!

Baru lalai beberapa minggu drpd melawat blog sendiri, tetiba aku dapati ada beberapa komen yang baik sekali untuk dikongsi.

Ery,
Aku juga kurang jelas tentang makna husband-friendly. Yang aku faham, suami dapat hadir menemani isteri sepanjang proses kelahiran
dan take part actively in terms of mental support and re-assuring and encouraging the patients. Memang di kebanyakan hospital, suami dibenarkan masuk ke kamar bersalin atas budi bicara doktor atau jururawat. Ini kerana jika patient yang bakal melahirkan anak itu di dalam katogeri high risk patients, tumpuan dan prioriti harus diberikan bagi doktor dan jururawat untuk manage pesakit. dalam hal ini, kehadiran suami ketika berlaku complication atau masalah dalam kelahiran akan mencemaskan keadaan kerana sang suami biasanya akan jauh lebih 'gabra' melihat keadaan isteri. Jadi si suami harus diletakkan jauh-jauh dari sana.

Pasal bangunan terbengkalai tu..Yes, I do agree that corruption will happen and will always happen even if Pakatan Rakyat take over the Federal Govt. Maybe you can enlighten us with your facts. You are inside the industry(as QS), not me.

Mr/Mrs Anynomous,

Whoever are you, I must thank you for the facts that you provided regarding the female midwives or the jururawat desa.Actually, I do know their existence because some of them were in Labour Ward, UM during my posting there.I must say that they are even better than me, in terms of ALMOST EVERYTHING. They know how to conduct normal deliveries, how to suture tears, how to manually remove retained placenta and they are damn good at it.

Although my blog posting touched on O&G in Malaysia, I emphasized too much on the service in UM.I did realize that in other parts of the country we still have lots of these trained midwives. But the question is, are there enough for our population? Most of the city hospitals still depends on housemen officers or MOs to conduct delivery. Yes, I did agree that we must let the guys to conduct delivery for the sake of training.
It is difficult to find a female O&G specialists or MOs. Many unwilling to do O&G because the workload are damn heavy.We are lack of encouragement or incentives from the govt especially for female doctors. We should encourage more and more female docs to take up O&G as their specialty.Their numbers are increasing but compared to the needs,we are still lagging.Like you say, for a female doc to take up O&G, lots of consideration have to be made.Numbers of calls are crazy and the long working overs can 'kill' their families.I really admire my female lecturers and consultants in UM. They are real superwomen.

Whatever it is, thanks again for your input.I appreciate it so much.

Habil,
AKu nak bukak klinik nanti, kena ada modal. Ko jadilah 'bank' aku.Being a GP is a lucrative job in Ireland and in Malaysia. But I'm not sure whether Hannah are willing to join GP, life enclosed inside 4 walls.

P/S: Selamat datang ke dunia blog

shafiq.ayman said...

Anak Alam,

Kat UM pun, wad diasing-asingkan. We have maternity ward, post natal ward, general gynae ward and gynae Onco. So, all of them will be in the same boat.

Tapi from what i know from my friends in Johor, some hospitals just mix everybody inside one big ward.

arep said...

hi dr. syafiq.
be a good doc ok.

btw. anonymous AA typo baby. terkejut i baca..:P