Saturday, August 02, 2008

Untung Debat



15 Julai lalu, semasa di masjid, seorang ustaz cepat-cepat menghabiskan kuliah sebelum solat Isyak. Hari ini, katanya jika berceramah panjang-panjang sekalipun, tidak ramai yang mahu mendengarnya. Ada event yang jauh lagi mengujakan. Debat antara Pemimpin De Facto Keadilan, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik.

Debat ini satu peristiwa yang sangat bersejarah.Sebabnya negara kita yang tercinta ini masih mengekalkan sistem demokrasi 'ala-BN' selama 50 tahun kemerdekaan. Demokrasi ini setaraf dengan demokrasi yang diamalkan oleh beberapa sahabat baik Malaysia seperti Zimbabwe , Cuba, Bostwana dan beberapa negara Sub Saharan Afrika. Dalam konteks demokrasi sebegini, hanya kerajaan sahaja yang boleh mengelurkan statement dan hanya alasan-alasan kerajaan sahaja yang boleh disiarkan dalam media-media utama negara. Majoriti saluran-saluran sebegini dikuasai sepenuhnya oleh sang penguasa. Pemimpin pembangkan boleh muncul sekali-sekali dalam tv. Itupun setelah statement mereka dikerat-kerat dan diedit sepenuhnya.


Lantas debat ala calon Presiden Amerika ini sangat mengujakan. Anwar sebagai seorang orator yang terkenal dan pemimpin gerakan mahasiswa tahun 70an memang layak dipanggil untuk mewakili Pakatan Rakyat. Sewajarnya Pak Lah sendiri yang dipanggil untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan menaikkan harga minya sejajar dengan 'fenomena global'. Malangnya umum mengetahui Pak Lah bukanlah orator yang mampu menguasai khalayak. Anwar mungkin tidak sehebat Hitler, Mussolini atau Gamal Abdul Nasser (dari sudut kemampuan menguasai khalayak dengan skill penghujahan), namun Pak Lah memang agak jauh ketinggalan. Masakan tidak, beliau dikatakan sering tertidur semasa persidangan. Malahan ketika lawatan ke Venezuela, dia boleh tersengguk-sengguk mendengar pidato berapi-rapi Presiden Huga Chavez!


Secara keseluruhannya, debat ini sangat menguntungkan. Pertama, debat ini menguntungkan Pakatan Rakyat. Rakyat secara logikal boleh menerima hujah-hujah Anwar yang mahu menurukan harga minyak 50s en sebaik sahaja mengusaai kerajaan pusat. Shabery kadang kala menjolok. Tapi method Shabery lebih kepada mengungkit kisah-kisah silam Anwar yang meskipun releven tetapi tidak bermanfaat kepada acara debat tersebut. Shabery juga gagal menjawab soalan Zulkifli Sulong mengenai wang subsidi yang dijimatkan oleh kerajaan sepanjang pemotongan subsidi. Hanya RM800 juta telah digunakan untuk menaik taraf pengangkutan awam tetapi wang selebihnya dibelanja entah ke mana. Shabery langsung tidak menjawab soalan ini. Teknik putar alam beliau mungkin menghiburkan.Ya, dia memang seperti badut pada malam itu. Mulutnya berbuih-buih mengatakan "ini adalah fenomena global...ini fenomena global"
Yang paling badut ialah TV3 yang menyiarkan berita pada pagi esoknya.

"Menteri Penerangan Berjaya Patahkan Hujah Anwar Dengan Mudah'. Hahahaha...


Hari ini berita menyiarkan kerajaan memperkenalkan mekanisme baru bagi harga minyak. Setelah DSAI mengumumkan akan bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, langkah kerajaan tampak begitu gelabah. Ada khabar angin mengatakan harga minyak akan diturunkan menjelang pilihanraya kecil nanti. Benar atau tidak, implikasi debat ini sangat positif. Kerajaan juga menjamin harga petrol tidak akan naik lagi tahun ini. Bagaimanapun, seorang teman memberitahu yang 'janji' daripada Pak Lah adalah sesuatu yang sangat 'menakutkan'. Banyak kali beliau menjamin itu dan ini tetapi akhirnya dimungkiri. Pertarungan di Permatang Pauh akan menjadi kayu ukur sejauh mana kepercayaan rakyat terhadap BN. Kekalahan di Permatang Pauh akan lebih melumpuhkan kerajaan pusat. Anwar hanya tinggal setapak dari Putrajaya.

1 comment:

Zouk said...

Hola!
Kebetulan aku jenguk blog ni, dah update.

Anyway, mmg funny la masa debat antara Anwar Ibrahim & Shabery Chik tempoh hari.

Sesetengah berpendapat, debat tersebut tak wajar dan DSAI sendiri sepatutnya tidak melayan cabaran Shabery berdebat dengannya. Ini kerana lawan yg sepatutnya ialah PM or TPM.(statement Tuan Guru AD)

But for me, debat itu menguntungkan Pakatan Rakyat dari segi melonjak 'populariti' DSAI dan sekaligus mengumum kesediaannya untuk bertanding kepada seluruh rakyat Malaysia.

Cuma pelik cara penyampaian berita sekarang ni, masih bersifat tolol! Kadang2 aku menyampah gila tengok berita sekarang ni, betul2 bodoh & tidak masuk akal seolah-olah kita ni semua org yg cetek fikirannya. But still tetap ada segolongan org percaya berita2 yg di sampaikan, kenapa ya??

p/s: akhirnya aku pon berblog jugak..huhuhu.