Friday, April 03, 2009

Tok Jib



Hari ini hari yang sangat bermakna. Salah seorang sepupu sebelah ibu aku selamat diijab kabulkan. Pasti event ini tidak sehebat upacara yang berlaku di Putrajaya. Datuk Seri Najib Tun Razak kini secara rasmi dimahkotakan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Sekaligus, ini melakar sejarah sebagai pasangan anak beranak pertama yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.( Najib ialah anak sulung bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak).

Tahniah diucapkan pada Datuk Seri Najib Tun Razak!Sebagai orang nombor satu dalam negara, Najib bakal menggalas tugas yang sangat berat. Ketika Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan, Pak Lah dikenali sebagai 'Mr Clean' kerana tidak pernah dibayangi oleh mana-mana skandal, salah laku atau kes-kes rasuah. Atas faktor ini rakyat Malaysia telah memberikan majoriti terbesar dalam sejarah negara kepada BN hingga menguasai lebih 90% kerusi parlimen.

Najib datang dalam keadaan yang sangat berbeza. Lihat sahaja artikel dalam 'The Economists',
'Enter Najib with Baggage: A New Leader Mired In Accusations'. Personaliti Najib dibayangi dengan begitu banyak tuduhan-tudahan salah laku, rasuah dan juga pembunuhan model Mongolia. Untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap BN adalah satu perkara yang cukup rumit masa kini. Salah seorang sahabat aku yang merupakan ketua cawangan UMNO pernah memberitahu daripada 10 pengundi berusia kurang 40 tahun, mungkin ada seorang sahaja yang masih mahu memangkah BN!

Dengan naiknya Datuk Seri Najib, teori RAHMAN menjadi kenyataan.

Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra
Abdul Razak (Bapa Najib)
Hussein Onn (Bapa Hishamuddin Tun Hussein)
Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah)
Najib Tun Razak

Persoalan sekarang, apakah teori baru selepas teori RAHMAN? Ada sahabat yang mengunjurkan teori AMAN:

A nwar Ibrahim
M ohammad Nizar?Muhyiddin Yassin?
A ????
N ????

Ada sesiapa yang punya idea untuk mengisi kekosongan teori ini?

4 comments:

Laxamana said...

Sudah menjadi lumrah politik, semakin tinggi darjat seseorang itu maka semakin menggununglah tohmahan-tohmahan, akuan-akuan bersumpah, gossip-gossip liar dan "doctored photographs" yang akan dilemparkan kepadanya. Even being the Mr. Clean (now Tun Clean) is no exception to this rule. Apa pun saya bersetuju dengan pendapat saudara; pemulihan imej dan keyakinan rakyat pada BN memang satu tugas berat yang dipikul Najib.

bunga mawar said...

Jadual kunjungan Habib Umar Ke Malaysia



JADUAL KUNJUNGAN AL-ALLAMAH AL-MUHADDIS AL-HABIB UMAR BEN HAFIZ HAFIZAHULLAH



KE MALAYSIA



.






1) ISNIN , 11 MEI , 6PTG - 10 MLM :



JILSAH DI MASJID AL-FALAH USJ 9 ,



SUBANG JAYA , SELANGOR



.






2) SELASA, 12 MEI, 6PTG-10 MLM:



JILSAH DI MASJID SELAT ,



PULAU MELAKA, MELAKA



.
3) RABU , 13 MEI , 6PTG - 10 MLM :
JILSAH DI MASJID WILAYAH,



JALAN DUTA, KL\

http://pondokhabib.wordpress.com

Zacharias said...

eh, huruf M tertinggal

蔡依林Jolin said...

That's actually really cool!!AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色