Setiap pemimpin yang baru diangkat, lazimnya akan mengumumkan slogan-slogan baru yang akan menentukan halatuju dan dasar pemerintahan mereka. Malaysia tidak terkecuali. Mahathir memegang kuasa dengan slogan, 'Bersih, Cekap, Amanah' dan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam'. Tidak sedikit yang terpikat dengan slogan manis Dr M. Abdullah Badawi dengan Islam Hadhari dan yang terkini konsep 'SATU MALAYSIA' oleh Tok Jib.
Ada beberapa perkembangan yang begitu menggusarkan saya dan majoriti umat Islam dengan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh PM baru kita ini. Konsep Satu Malaysia ini masih kabur dari sudut objektif dan perlaksanaan. Oleh itu tidak hairanlah, Menteri Di JPM, Datuk Jamil Khir mengumumkan akan terdapat satu garis panduan dari JAKIM tentang konsep Satu Malaysia ini. Sudah pasti para pemikir,ustaz-ustaz dan pseudo-scholars dari JAKIM akan pening kepala menghuraikan konsep Satu Malaysia sepertimana mereka cuba mempopularkan istilah Islam Hadhari tidak lama dulu.
Persoalan yang harus mereka rungkai, adakah konsep ini menjadikan Islam dan agama-agama lain sebagai setaraf di Malaysia? Adakah bangsa, bahasa dan budaya Melayu masih menjadi teras di Malaysia? Konsep Satu Malaysia ini mungkin bagus jika dinilai dari sudut keadilan dan kesaksamaan untuk semua rakyat Malaysia. Namun beberapa tindakan kabinet selepas Tok Jib mengambil alih kerajaan adalah sangat meragukan. Contohnya;
1) Anak-anak kepada pasangan yang menukar agama mereka harus kekal dalam agama asal dan tidak boleh ditentukan agama mereka oleh ibu bapa yang menukar agama tadi.
2) 'Liberalisasi' dalam beberapa sektor yang menghapuskan kuota penglibatan Bumiputra sebanyak 30%. Sektor perubatan dan kesihatan adalah antara yang terlibat.
3) Penghapusan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi payung kepada MARA dan pelbagai agensi yang membantu usahawan bumiputra terutama usahawan IKS.
4) Pengekalan PPSMI dalam sistem pendidikan nasional. Bahasa Inggeris masih kekal digunakan untu mata pelajaran sains dan matematik. Bahasa Melayu terus melutut di tepi gantang. Tidak layak untuk jadi bahasa sains dan ilmiah.
Selepas pilihan raya umum yang lalu, nampaknya Tok Jib cuba mengambil hati masyarakat bukan Melayu yang telah berubah angin mengundi pembangkang. Namun, dasar-dasar baru ini tampaknya terlalu tergesa-gesa dan sangat merugikan umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. Orang Melayu sebenarnya tidak bijak berpolitik. Politik mereka tidak pernah menguntungkan bangsa sendiri. Keempat-empat dasar yang diberikan contoh di atas adalah bukti kegagalan kerajaan untuk membantu nasib agama Islam dan bangsa Melayu. Najib harus sedar dia mengambil alih sebuah kerajaan yang 'sakit'. Selama ini, orang Melayu merupakan tunjang kepada sokongan terhadap UMNO dan BN. Sedar atau tidak, polisi-polisi sebegini akan mengurangkan lagi kepercayaan dan sokongan orang-orang Melayu kepada BN. Entah mengapa, dalam keadaan 'sakit', UMNO dan BN masih tersasul langkah. Semua dasar dan strategi mereka tidak mengena. Sibuk mengejar sokongan bukan Melayu dan bukan Islam hingga membelakangkan umat Islam sendiri. Tunduk kepada desakan ahli kabinet bukan Islam. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Pilihan raya akan datang, kita hampir pasti melihat BN dikuburkan dengan penuh adat istiadat demokrasi.

(Dalam erti kata lain, kalau mak ayah masuk Islam, anak-anak mesti kekal murtad. Mak Ayah tak ada kuasa untuk menentukan agama mereka)

No comments:
Post a Comment