Tan Sri Isa Samad, mantan MB Negeri Sembilan hari ini diumumkan sebagai calon PRK Bagan Pinang meskipun pilihan ini dilihat sebagai bertentangan dengan pendapat Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri. Isa yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon menepati ramalan banyak pihak yang berpendapat bahawa beliau berpeluang cerah untuk memenangi kerusi tersebut. Isa yang terpalit dengan isu rasuh dan pernah digantung kerana isu politik wang semasa pemilihan UMNO beberapa tahun lalu menekankan bahawa beliau berhak dan bebas untuk dicalokan dan bertanding.
" Saya bukan penjenayah", ujar Isa.
Menurut beliau, bekas banduan pun boleh bertanding mewakili Pakatan Rakyat (secara halus merujuk kepada pemimpin de facto PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim). Bagan Pinang yang berada dalam kawasan Parlimen Teluk Kemang merupakan kubu kuat UMNO. Kerusi ini dilihat agak sukar ditembusi oleh Pakatan Rakyat kerana undi pos anggota-anggota tentera dari empat kem tentera yang berada di DUN terbabit.
Pakatan Rakyat akan menghadapi cabaran getir menentang BN kerana Isa, meskipun dilabel sebagai perasuah masih popular di kalangan grass-root UMNO dan penduduk tempatan di kawasan Teluk Kemang.Pilihan Isa sebagai calon ini menunjukkan pimpinan UMNO agak gentar menentang arus hingga membelakangkan pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Tun Dr Mahathir sebelum ini menggesa agar Isa Samad tidak dicalonkan sebagai candidate PRK Bagan Pinang.

No comments:
Post a Comment