Monday, September 21, 2009

Kongsi Suami





Pagi raya semalam, saya terbaca satu artikel yang sangat menarik dalam akhbar News Straits Time yang berjudul,'Sisterhood of Wives.' Artikel ini menyentuh tentang sebuah pertubuhan sosial Islam yang dinamakan 'Kelab Poligami Ikhwan'. Bagi wanita, nama kelab ini sudah cukup menggerunkan, meskipun poligami adalah sesuatu perkara halal di sisi Allah SWT. Kelab ini ditubuhkan oleh bekas pengikut Al-Arqam yang telah diharamkan pada tahun 1994. Antara fungsi kelab ini ialah menyediakan platform bagi golongan yang mengamalkan atau ingin mengamalkan poligami mendapatkan khidmat nasihat, kaunseling dan sebagainya.

Artikel ini memuatkan temuramah dengan jurucakap kelab tersebut, Puan Hatijah yang juga merupakan isteri kedua Abuya Asha'ari, bekas pemimpin dan pengasas kumpulan Al-Arqam. Poligami adalah satu perkara yang sering dipandang silap dan serong oleh ramai manusia, terutamanya yang beragama Islam. Malahan, keharusan mengamalkan poligami sering dijadikan senjata untuk menyerang Islam sendiri oleh kumpulan-kumpulan sekularis, liberalis dan lain-lain. Contoh kumpulan sesat seperti ini yang sangat aktif di Malaysia ialah Sister in Islam.

Dalam temuramah NST ini Puan Hatijah memberikan input-input jujur seorang wanita yang dimadukan. Saya mendapati beberapa pandangannya agak menarik meskipun agak sukar diterima oleh ramai wanita moden zaman sekarang.

"When women are upset, they make a lot of noise, but men don't. The emotional nature of women makes them broadcast their problems. They rant and rave.

"Because this is their character, God allowed polygamy to challenge women to control their desires," said Hatijah, the second wife of Ashaari Muhammad, the founder of the controversial and now-defunct Al-Arqam movement.

"When the husband hurts them by taking another wife, their nafsu are challenged and curbed, and this makes them better people.

"A woman when left to her desires becomes very dangerous like a tiger. In fact, even fiercer than that. If the world is left to women, we will be open to continuous war."

Hatijah turut mempersoalkan sikap wanita yang memandang negatif isu poligami ini.

"Why see only the negative in polygamous marriages? We can share a life as sisters. It is the nafsu that do not allow us to share and that is why men are there to suppress it.


"A polygamous marriage is actually beneficial.

"We can help each other with many chores including looking after the husband and children. The other wives come into our life to complement it."

Meskipun, kumpulan AL-Arqam pernah terpalit dengan kontroversi lantas diharamkan pada 1994, saya memandang pertubuhan ini sebagai saya usaha yang cukup positif bagi menyedarkan masyarakat Islam tentang hikmah dan keharusan mengamalkan poligami. Saya bukanlah menggalakkan poligami atau berkempen untuk para suami berkahwin satu lagi, tetapi saya meminta agar kita semua berlapang dada dengan pasangan-pasangan yang mengamalkan poligami ini. Masyarakat selalu dimomokkan dengan cerita-cerita negatif tentang suami yang bermain kayu tiga atau kisah Datuk-Datuk yang 'menyimpan' perempuan untuk memuaskan hawa nafsu tetapi tiada alternatif bagi membendung gejala-gejala sebegini. Poligami yang dibenarkan oleh Islam harus dipandang dari sudut praktikaliti bukan dari sudut emosi dan prejudis. Abuya Asha'ari misalnya, mempunyai 38 anak dan 23 daripada mereka mengamalkan poligami. Ini bermakna tidak benar jika dikatakan majoriti suami yang mengamalkan poligami mempunyai masalah dalam mengekalkan keharmonian rumahtangga.

Malangnya hari ini telah terbit satu berita dalam akhbar yang sama, Ketua Pengarah JAKIM menuduh kelab poligami ini merupakan frontline bagi membina semula kumpulan Al-Arqam yang sesat. Lebih mendukacitakan apabila akhbar ini mendapatkan pandangan dari ahli kumpulan sesat yang jauh lebih sesat daripada kumpulan Arqam iaitu Sister in Islam.

“He is re-branding his organisation. The club is the public relations front for the organisation to pursue their activities,” said its polygamy research project head Norani Othman, adding that Ashaari was simply reviving the cult community by using a different strategy.

Norani, who is also a sociology of religion professor and principal research fellow with Universiti Kebangsaan Malaysia, said they government is now put in a difficult position.

“How can the government now oppose a family-based global network, based on an institution of marriage that is accepted by Islamic authorities,” she said.

Pertembungan ideologi kedua kumpulan ini pastinya sangat menarik. Belumpun kelab poligami ini mengadakan dialog dengan pihak-pihak berkenaan, mereka telah pun difitnah sebagai pembina semula empayar Al-Arqam. Komen-komen sebegini sangat menjengkelkan. Tidak seharusnya kita memandang usaha baik sebegini sebagai muslihat untuk membangunkan semula Al-Arqam. Poligami bukanlah seruan Arqam atau tuntutan mereka bahkan merupakan amalan yang diizinkan oleh Islam. Kewujudan kelab ini bakal mengisi vakum yang ada dalam masyarakat untuk mendapatkan perspektif berbeza tentang poligami yang selama ini difitnah dasyhat oleh musuh-musuh Islam.


1 comment:

Syeikh Akram said...

Agreed! but then apa kata ko kahwin dulu cpt2 fiq..then baru kita diskusi lanjut pasal ni...huhu