Aku baru sahaja menerima panggilan dari Ustaz Fauzi dari Mesir.Katanya, dia hendak ke Yaman esok, mungkin untuk bertemu dengan beberapa gurunya.Ustaz Fauzi bertanyakan tentang perkembangan program musim panas yang telah saya aturkan.Setakat ini, syukur kepada Allah kerana Imam Besar Dublin Mosque, Sheikh Yahya telah pun memberikan keizinan untuk menggunakan salah satu ruang di Dublin Mosque utk program ini.Sidi Abdul Aziz pula telah mengizinkan agar terjemahan 'Risalah Jamiah' yang ditulisnya digunapakai semasa program.(Terima kasih, Anak Alam !!). Saya pun baru mula menyebarkan 'advert' Deen Intensive Dublin.Ada beberapa respon menarik termasuk dari komuniti post grad UK yg mahu program sama diadakan utk mereka di sana.Penyertaan masih kurang sebenarnya, mungkin kerana masih ramai dalam minggu peperiksaan dan ramai pula yang pulang bercuti pada waktu summer.Apa pun, kuantiti pada saya tak penting.Asalkan ada beberapa kerat manusia yang dahagakan ilmu agama dan berminat untuk belajar, itu sudah menjadi kepuasan untuk menganjurkan program sebegini.
Sebelum berangkat, Ustaz Fauzi sempat bertanya, " Nak pesan madu Yaman?Yaman terkenal dengan madunya....". Madu Yaman diakui antara madu yang terbaik di dunia selain madu Nepal dan madu Tualang di Malaysia.Aku ketawa dalam perbualan kami.Baik sungguh hatinya, hendak mengangkut madu tersebut dari Yaman untuk aku!Tak sabar menanti kedatangannya.....

2 comments:
aku pun nak jugak madu yaman tu..mana boleh kau sorang aje!!!
assalamualaikum,
betul tak nak buat kat uk barang seweekend or 2? bukannya apa, post grad memang sibuk, especially bila terikat dengan kerja makmal, apalagi kalau sudah berkeluarga... saya berminat sungguh tapi apakan daya kerja makmal menunggu... apa2 pun semoga program ini diberkati Allah... amiin...
Post a Comment