Selamat Hari Raya Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin.
Pertama:
Kedua:
Ketiga:
Mandi sunat dengan niat kerana kedatangan Aidulfitri dan bukannya mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.
Keempat:
Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana hari tersebut merupakan hari untuk berhias-hias dan berelok-elok.Bagi wanita, janganlah memakai pakaian-pakaian yang mencolok mata terutama bila hendak bersolat di masjid dan ketika hendak menziarahi kaum keluarga.
Kelima:
Sunat memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya.
Keenam:
Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya, bahkan ia adalah perkara yang paling penting dan utama dalam kita menyambut Hari Raya daripada perkara-perkara sunat yang lain.Solat sunat ini merupakan antara solat sunat yang paling dituntut dan yang paling besar ganjarannya.
Ketujuh:
Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain seperti mengucapkan yang maksudnya, "Semoga Allah menerima daripada kita dan menerimanya daripada awak."
Maksud daripada kalimah tahniah yang berbentuk doa yang diucapkan itu membawa makna semoga diterima puasa dan amal kebajikan yang dibuat di bulan Ramadhan.Di Malaysia, ucapan sebegini jarang-jarang dituturkan.
Kelapan :
Puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal. Sebaik-baiknya dikerjakan mulai hari kedua dalam bulan Syawal. Namun, tidak menjadi kesalahan jika dilakukan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal.
1 comment:
SELAMAT HARI RAYA SHAFIQ.. JANGAN MAKAN BANYAK2 TAU.. HEHEHE
Post a Comment