Semalam, Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson menganjurkan sambutan sempena Mawlidur Rasul peringkat daerah.Tetamunya, Ustaz Hassan Mahmud al-Hafiz, mantan Imam Besar Masjid Negara. Terasa nostalgia sedikit mendengar kuliah beliau. Maklumlah, beliau antara pengacara program al-Kulliyyah yang terawal di TV3.
Ustaz Hassan masih dengan stail lama beliau.Ceramahnya santai dan penuh humour.Beliau berkesempatan bercerita tentang kisah hidupnya yang dahulunya pernah dimasukkan ke HUKM dan koma beberapa hari kerana Diabetic Ketoacidosis. Beliau memberitahu, saat itu dalam keadaan koma beliau mampu mendengar apa yang diungkapkan oleh salah seorang doktor yang merawatnya.Malahan, semangatnya untuk sembuh menjadi begitu luar biasa dengan rangsangan tersebut meskipun beliau diramalkan akan mati dalam masa beberapa hari. Sehingga sekarang, beliau sangat yakin dan percaya bahawa seorang pesakit, terutama yang sedang koma boleh mendengar, sensitif dan merasai persekitaran mereka meskipun mereka tidak mampu bertindak balas terhadap faktor luaran tersebut. Ustaz Hassan sempat menasihatkan kami,
"Berilah semangat dan kata-kata pendorong terhadap pesakit-pesakit anda. Kebanyakan pesakit sebenarnya tidak sakit, tetapi mereka cuma tidak mahu sembuh!Kadang-kala keikhlasan yang terpancar melalui kata-kata boleh menyembuhkan!"
"Bisikkanlah pada telinga pesakit-pesakit yang tenat ayat-ayat ini:
Wahai jiwa-jiwa yang tenang! Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya.. maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam syurgaKu.. (Al Fajr 27-30) ".
Terima kasih, Ustaz Hassan kerana mengingatkan!

No comments:
Post a Comment