Friday, December 01, 2006

Mat Saleh 'Alim

Pertama kali bersua muka dengan Sidi Abdal Hakim Murad (SAHM) di luar Walton Theatre, Trinity College, aku terpaksa mendongak sedikit.Tinggi juga orangnya.Wajahnya kelihatan serius.Mungkin kerana kepenatan kerana dibawa (dipaksa) berjalan-jalan sekitar kota Dublin oleh Umar dan kawan-kawan.Namun, dia tersenyum bila aku menghulurkan tangan.Cepat-cepat aku mengucup tangannya.Dia agak tergamam sedikit dan cepat-cepat menarik tangannya kembali.Mungkin dia berasa segan dihormati dengan sedemikian rupa.

Berdasarkan tahap keilmuannya dan jasa-jasanya terhadap perkembangan Islam di dunia Eropah, tidak keterlaluan jika dia dihormati sebegitu.SAHM merupakan antara orang 'alim yang begitu disegani bukan sekadar di UK atau di Eropah, malahan turut dikenali di kalangan para masyaikh di negara-negara Timur Tengah. Di dunia ini, antara universiti yang paling tua dan berprestij ialah al-Azhar, Oxford dan Cambridge. Keistimewaan SAHM ialah beliau pernah menuntut di ketiga-tiga universiti tersebut! Beliau merupakan pengasas dan penggerak IHSAN, satu organisasi yang berperanan mengumpulkan kesemua hadith-hadith dan manuskrip-manuskrip hadith di seluruh dunia.Visi dan misi IHSAN yang diilhamkan bersama oleh SAHM dan beberapa ilmuan hadith lain sebenarnya sangat besar.IHSAN merupakan platform untuk pengumpulan semua hadith yang terdapat pada kitab-kitab hadith di atas muka bumi ini.Hadith-hadith yang dikumpulkan akan disalin dalam versi digital, diindeks dan dicatat secara rapi jalan periwayatan, pengijazahan, status dan sebagainya. Cita-cita SAHM ialah untuk melengkapkan satu ensiklopedia hadith yang boleh dimanfaatkan oleh generasi Islam yang akan datang.Melalui database hadith ini, rujukan terhadap hadith termasuk status dan sumbernya dapat disemak dalam sekelip mata.Khabarnya beberapa kitab-kitab hadith yang muktabar telah siap dalam edisi digital termasuk Sunan Sittah, Sunan Baihaqi, Musnad Ahmad bin Hanbal, Musnad Humaydi, Sunan Daruqutni, Sunan Darimi, Shamail Tirmidzi dan Tuhfah al-Ashraf al-Mizzi. Ratusan ilmuan hadith dari pelbagai institusi pengajian tinggi Islam terlibat secara langsung dengan usaha murni ini.Mudah-mudahan Allah SWT akan memberkati usaha ulama-ulama ini yang sedang berusaha melindungi sumber agama Islam yang kedua terpenting ini daripada pencemaran dan kekaburan.Ameen ya Rabb!!

Pertemuan dengan SAHM kali ini sangat istimewa.Sebelum lecture beliau bermula, beliau mengambil kesempatan untuk bertemu dengan pimpinan dan aktivis Islam di Dublin. Walaupun aku bukanlah pemimpin mana-mana organisasi Islam di Ireland, Bro Umar dari FOSIS bersungguh-sungguh mengundangku ke sesi tersebut.Mungkin sebagai membalas jasa aku yang memberikan tutorial bahasa Arab di rumah Ashraf tempoh hari!


SAHM pada muqaddimahnya menyentuh tentang mentaliti pendakwah-pendakwah Islam sepanjang zaman.Beliau memberikan contoh binaan-binaan masjid yang dibina ketika zaman permulaan dakwah Islam. Masjid-masjid di Jawa, China, Balkan bahkan di Melaka mempunyai identiti yang unik.Mengapa?Kerana semua masjid-masjid berkenaan seperti Masjid Demak dan Masjid Agung Xi'An di China mempunyai identiti tempatan. Masjid Demak misalnya sarat dengan seni binaan Jawa zaman Majapahit.

Di Xi'An pula, masjidnya tidak ubah seperti pagoda!Masjid-masjid yang dibina ini tidak punya kubah-kubah bulat mahupun menara yang tinggi-tinggi seperti di mana-mana negara Arab.Apa yang cuba disampaikan oleh SAHM ialah pendakwah-pendakwah Islam pada zaman dahulu sebenarnya sangat memahami pemikiran, budaya,adat dan identiti penduduk tempatan.Kedatangan mereka bukanlah untuk mengubah identiti masyarakat setempat secara radikal.Di Jawa misalnya, kebudayaan mereka masih tebal dengan animisme dan kepercayaan Hindu.Islah dan dakwah mahupun tajdid bukanlah proses yang radikal ataupun tergesa-gesa.Bahkan pendakwah-pendakwah dahulu seperti Wali Songo di kepulauan Jawa begitu memahami uslub dakwah yang diwarisi daripada Rasulullah SAW yang sensitif dengan kefahaman masyarakat setempat. Di kalangan Wali Songo misalnya, mereka sendiri menggunakan nama baru bila berhadapan dengan masyarakat, meskipun nama asal mereka rata-ratanya dalam bahasa Arab.Sunan Ampel misalnya bernama Raden Rahmat. Penggunaan nama Jawa beliau adalah untuk menunjukkan kebersamaan beliau dengan masyarakat setempat, satu methodologi yang cukup berkesan dalam lapangan dakwah.Masjid Demak yang dibina oleh Wali Songo ini misalnya mempunyai senibina Jawa yang sama dengan senibina tempatan pada zaman tersebut.Secara tidak langsung, method dakwah yang digunakan oleh Wali Songo ini mendekatkan hati penduduk tempatan dengan mereka.Adat-adat mereka yang tidak bercanggah dengan Islam tidak pernah disentuh.Malahan jika ada yang baik ia akan diteruskan tanpa halangan.Contoh terdekat ialah wayang kulit yang asalnya mempunyai boneka-boneka menyerupai manusia.Kisah-kisah yang diceritakan oleh tukang-tukang karut biasanya berkisar tentang epik Ramayana dan Mahabrata Hindu.Wayang kulit meruapakan salah satu sumber hiburan masyarakat ketika itu.Oleh itu, adalah tidak bijak jika Wali Songo mengambil pendekatan untuk membid'ahkan, mensyirikkan ataupun melabelkan budaya sebegini dengan label yang keras-keras sehingga menjauhkan manusia daripada Islam.Sebaliknya, para pendakwah ini mengubah bentuk persembahan wayang kulit.Karektor dalam wayang kulit 'dicacatkan' sedikit supaya tidak menyerupai manusia sempurna dan plot penceritaannya digubah supaya tidak lagi berkiblatkan kandungan kitab-kitab epik Hindu.Ini antara kebijaksaan dakwah yang seharusnya dicontohi.

SAHM turut membandingkan sikap dan approach dakwah sebegini dengan sesetengah pendakwah yang ada sekarang.Menurut beliau, ramai pendakwah terutama di dunia Barat ini kurang memahami aspirasi dan kebudayaan penduduk setempat.Lebih malang lagi terdapat segolongan daripada mereka yang mempunyai kefahaman yang kabur tentang konsep bid'ah dan sebagainya.Hasilnya, mereka terlalu cepat menghukum amalan-amalan tertentu masyarakat yang sebenarnya boleh diterima dalam Islam.Tidak kurang juga golongan yang mendakwa mereka sebagai pendokong Sunnah dan pembawa aspirasi Golongan Salaf-as-Soleh.Tetapi berbahasa Inggeris pun masih gagal meskipun sudah tinggal bertahun-tahun di sini. Apa yang terbentuk ialah satu komuniti yang tidak pernah melakukan reach out terhadap non-Muslim yang berpotensi untuk menerima Islam.Orang Islam yang berhijrah ke UK, kekal dengan kefahaman dan budaya mereka lantas membina tembok besar daripada masyarakat setempat.Tiada usaha dakwah dan tiada kesungguhan untuk menyampaikan mesej Islam.Yang tinggal cumalah pandangan hina dan negatif mereka terhadap non-Muslim di UK atau Ireland.

Perkara sebegini tidak seharusnya berlaku.Komuniti Islam tidak kira samada yang menetap atau bermukim di benua ini untuk bekerja ataupun belajar punya tanggungjawab untuk menyampaikan risalah suci sekadar kemampuan mereka. Mengambil posisi dalam politik bukanlah agenda utama umat Islam di Eropah buat masa sekarang.Umat Islam di sini lebih memerlukan usaha dakwah dan pendidikan yang sistematik dari sumber-sumber yang sahih. Bukan daripada golongan pelampau ataupun liberal.

Dalam masa yang sama SAHM menyatakan kekesalan terhadap reaksi umat Islam yang keterlaluan terhadap sesuatu isu.Contohnya dalam isu karikatur Denmark dan kenyataan Pope mengenai Islam.Tunjuk perasaan atau demonstrasi menurut beliau, bukanlah cara yang paling baik kerana masyarakat bukan Islam di sini tidak begitu ambil pusing tentang mana-mana demonstrasi.Pendidikan dan peningkatan kefahaman Islam adalah satu-satunya cara untuk mengubah persepsi masyarakat bukan Islam terhadap agama kita.

Beberapa jam bersama beliau bagaikan beberapa minit.Aneh sekali, seorang yang dilahirkan Muslim seperti aku kini belajar dengan seorang British yang dahulunya beragama Kristian. Belajar tentang Islam dan dakwah.Yang lebih aneh, belajar tentang kebudayaan dan sejarah Nusantara daripada seorang mat saleh seperti Sidi Abdal Hakim Murad!

7 comments:

Tawel Sensei said...

Shafiq, bagus sungguh artikel yang kau tulis ini. Izinkan aku memetik beberapa idea2 dlm artikel ini untuk tulisan aku yang akan datang berkenaan fenomena 'tajdid' yang sedang melanda dunia Islam hari ini.

Ayman Rosland said...

Mardhiah,

Kertas kerja apa, yea?Rasanya mcm takde je.

Tawel,

Silakan...Bukannya ada apa2 pun artikel aku ni.Just regurgitation from SAHM's lecture

Anonymous said...

aku setuju dengan tawel. artikel ni menarik sungguh.. rasa berterima kasih dan terhutang budi pada para ulama silam yang membawa fenomena 'tajdid' pada umat melayu nusantara dengan penuh hikmah, kelembutan..aku cadangkan ko bawa ustaz mat saleh alim tu ke Malaysia...

Anonymous said...

Yes, indeed a very good one.
Benarlah, ulama'2 kita zaman dahulu bijak dan berhikmah dalam berdakwah. Bila belajar sejarah memang terharu. Kerana dengan kedatangn mereka lah kita mengecap nikmat tersebarnya iman. Ilmu mrk bukan dangkal. Dan faqeh lagi.

oh ya saudara Shafiq. Di mana ya, post2 lama sebelum ni?

Tawel Sensei said...

Kak Mardiah, cuba tanya orang kuat TCD ISOC. Sebab mereka yang jemput SAHM datang.

Anonymous said...

World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
maternity clothes,
wedding dresses,
jewelry store,
wow gold,
world of warcraft power leveling
World Of Warcraft gold,
ffxi gil,
wow account,
world of warcraft power leveling,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow power leveling
world of warcraft gold,
wow gold,
evening gowns,
wedding gowns,
prom gowns,
bridal gowns,
oil purifier,
wedding dresses,
World Of Warcraft gold
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow power level,
wow power level,
wow power level,
wow power level,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow po,
wow or,
wow po,
world of warcraft gold,
cheap world of warcraft gold,
warcraft gold,
world of warcraft gold,
cheap world of warcraft gold,
warcraft gold,buy cheap World Of Warcraft gold
Maple Story mesos,
MapleStory mesos,
ms mesos,
mesos,
SilkRoad Gold,
SRO Gold,
SilkRoad Online Gold,
eq2 plat,
eq2 gold,
eq2 Platinum,
EverQuest 2 Platinum,
EverQuest 2 gold,
EverQuest 2 plat,
lotro gold,
lotr gold,
Lord of the Rings online Gold,
wow powerleveling,
wow powerleveling,
wow powerleveling,
wow powerleveling,world of warcraft power leveling
ffxi gil,ffxi gil,ffxi gil,ffxi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,world of warcraft gold,cheap world of warcraft gold,warcraft gold,world of warcraft gold,cheap world of warcraft gold,warcraft gold,guildwars gold,guildwars gold,guild wars gold,guild wars gold,lotro gold,lotro gold,lotr gold,lotr gold,maplestory mesos,maplestory mesos,maplestory mesos,maplestory mesos, maple story mesos,maple story mesos,maple story mesos,maple story mesos,
n3k6a7ru

Anonymous said...

World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold l3p6j7rf