Sunday, December 31, 2006

Eid Mubarak!!

Three Final Year Lads with Without-A-Year Chap

Friends Along South Circular Road After Prayer in Dublin Mosque


Tahun ni, saya bersolat sunat 'Idul Adha di Dublin Mosque.Di kalangan masyarakat Melayu, sambutan Raya Haji sangat kurang meriah jika dibandingkan dengan 'Idhul Fitr.Di Dublin juga, sambutan Raya Haji baik di kalangan masyarakat Melayu atau Muslim bukan Melayu tidaklah semeriah Raya Puasa.Guru BM saya di Kolej MARA Banting pernah memberikan alasan,

" 'Idhul Fitr lagi seronok untuk disambut, sebab gembira posa dah habis!!"

Walau bagaimanapun, hakikat sebenar adalah jauh berbeza.Tingkatan sambutan Raya Haji sebenarnya lebih tinggi jika dinilai dari neraca syara'.Pada Hari Raya Puasa kita cuma disunnahkan untuk memperbanyakkan takbir, tahlil dan tahmid selama sehari sahaja.Namun, untuk perayaan Raya Haji kita disunnahkan untuk melakukannya selama 4 hari termasuk pada hari-hari Tasyri'.Di tanahair, sambutan Raya Haji lebih meriah di negeri-negeri Pantai Timur tetapi dianggap sedikit enteng di negeri-negeri Pantai Barat.

Senario berbeza dapat disaksikan di negara-negara Arab, mungkin kerana lokasinya agak hampir dengan Makkah dan Madinah.Aura kemeriahan suasana haji mempengaruhi gelombang sambutan di sana.Suasana sambutan Raya Haji jauh lebih meriah.Pada saat-saat begini tiba-tiba saya teringatkan kenangan manis menziarahi dua Tanah Suci pada musim panas yang lepas. Terasa sedikit kehilangan dan terkilan kerana tidak dapat menghabiskan lebih banyak masa di sana.Ditambah pula dengan beberapa kenangan pahit melihat nasib beberapa tempat bersejarah yang telah dimusnahkan secara sistematik dan beransur-ansur oleh Dinasti Saudi.Mungkin itulah sebab saya masih belum pernah memperkatakan tentang pengalaman saya di sana.

Apapun, marilah kita mengubah budaya kita dalam menghayati falsafah haji dan prinsip pengorbanan yang tersembunyi dalam kisah Nabi Ibrahim dan anakandanya Ismail.Antara huraian mengenai falsafah haji yang paling saya minati ialah buku karangan pemikir Islam terkemuka dari Iran, Dr Ali Shariati.Anda boleh menghadam tulisan-tulisan beliau di sini.