Tuesday, December 26, 2006


"Encik, berapa harga buku ini?"
Aku bertanya kepada pegawai di IRCICA yang asalnya dahulu Yildiz Sarayi, pusat pentadbiran dan istana khalifah Uthamniyyah yang terakhir, Sultan Abdul Hamid II.

"Ohh, buku ini ada 2 jilid, satu jilid berharga 60 USD"

Aku mengerut-ngerutkan dahi.Kalau dua jilid,harganya sudah lebih 120 USD iaitu hampir 240 juta lira.Poket aku sebenarnya sudah kering sejak kembali dari berkelana di Konya dan Urfa.

Pegawai di IRCICA itu hanya tersenyum.Mungkin dia memahami situasi aku.Buku yang disunting oleh bekas Pengarah IRCICA, Prof Ekmeleddin Ihsanoglu itu sangat bernilai.Buku itu adalah himpunan ulasan-ulasan sejarah Turki Uthmaniyyah yang ditulis sendiri oleh sejarawan Turki.Selama ini, kebanyakan sumber sejarah yang aku tatapi hanyalah dari kaca mata orientalis.Sejarah yang ditulis oleh peribumi Turki pula hampir kesemuanya dalam bahasa Turki moden.Oleh itu, aku bertekad untuk membeli juga buku tersebut.

"Adakah awak seorang pelajar?Di mana awak menuntut?" tanya pegawai itu lagi.

"Saya menuntut di Ireland, tapi datang ke sini untuk menziarahi sahabat-sahabat di CerrahPasa Medical Faculty, Istanbul University.Saya agak berminat untuk mendalami sejarah Daulah Uthmaniyyah.Saya rasa pusat ini mempunyai sumber yang baik tentang sejarah Uthmaniyyah."

Pegawai itu tersenyum lagi.

"Baiklah, harga asal untuk satu jilid sahaja sudah 60USD.Tetapi tidak mengapa, awak bayarlah 20USD.Dan ambillah kedua-dua jilid yang ada.Asalkan awak memanfaatkan buku ini, itu sudah menjadi modal yang berbaloi untuk pusat ini."

Aku bersyukur.Impian untuk memiliki buku yang bernilai ini akhirnya tercapai.Moga Allah membalas kebaikan pegawai-pegawai IRCICA yang cukup dedikasi dalam memelihara pengetahuan dan warisan sejarah Bani Uthman.

7 comments:

JUst Me said...

menarik bukunye..20usd kire good deal ahh!

Anonymous said...

salam. akhina.. mu pegi konya, huh seronoknya, pasni bleh cerita kat saya pengalaman ke sana, mcm mana sambutan ihtifal maulana rumi, tp ia hanya sekadar perayaan kan, takrikatnya dah x wujud lagi.

Ayman Rosland said...

Salam,

Akhi Ibn Faridh,

Tariqatnya masih wujud tp dah byk penyelewengan.Masih ada yg bagus tp byk aspek yg sudah dikormesilkan.macam ritual 'Semaa' yg dijadikan show utk pelancong.Di Turki ada byk lg tariqat yg bagus2 dan berjasa dlm meluruskan peribadi umat Islam.Anta patut ke sana juga satu hari nanti

Ayman Rosland said...

Hani,

Byk buku yg aku beli.Hampir semua dpt heavy discount.Ko kena buat muka kesian dan manja serta serabai2 sket.Mesti orang2 Turki akan rasa belas lantas memberi byk diskaun!

Tawel Sensei said...

LEpas ni aku kena belajar dari kau untuk buat muka kesian dan manja serta serabai sket2 :p

Satu jilid tu berapa muka surat? Dalamnya ada teks dan gambar2 sekali ke?

Ayman Rosland said...

Aku beli 2 jilid dgn harga cuma 20USD.Berkat teknik yg telah diterangkan.Satu jilid lebih kurang 800muka surat, kulit tebal siap dengan gambar2 dan peta2 yg relevan dgn subtopik yg dibentangkan.Memang puas hati beli buku ni.Pasni aku akan post few intesting topics yg ada dlm 2 jilid buku ni.Contohnya, pasal peranan2 tariqat dan hubungkait 'Tekke Islam' a.k.a Tasawwuf dengan emapayar Uthmaniyyah

Anonymous said...

Tawel-nda, satu cara lagi ialah dgn kenyit2 mata. Pernah dicuba di Istanbul dan terus dapat free, teehee. Tapi buku Syafiq ni lagi best. Sangatlah cemburunya...