For those who will be joining PUISI (Perhimpunan Ukhuwwah Insaniah Seluruh Ireland), I can't wait to meet all of you,Insya Allah.I'm in charge of pre-registration process.There's about 150 places in Glendalough but Masya Allah.....there seems to be more people interested in joining PUISI.Alhamdulillah.May Allah SWT reward us for this blessful meeting.Meet you there!!!
Saturday, December 18, 2004
Five down, one more to go......
For those who will be joining PUISI (Perhimpunan Ukhuwwah Insaniah Seluruh Ireland), I can't wait to meet all of you,Insya Allah.I'm in charge of pre-registration process.There's about 150 places in Glendalough but Masya Allah.....there seems to be more people interested in joining PUISI.Alhamdulillah.May Allah SWT reward us for this blessful meeting.Meet you there!!!
Friday, November 26, 2004
Reliance of the Traveller
Plan cuti musim dingin
1) Habiskan kitab 'Umdat Salik
2) Cuba selesaikan bacaan kitab al-Waafi, Usul Da'wah(Dr Abdul Karim Zaidan)
3) Kemas bilik
3) Baca cerpen2 Ghafirah Idris, Fahd Razy dan Huda Soid(heheh)
4) Kemas bilik!!!
5) Balas kad raya keluarga di Msia dan sahabat2 di Mesir dan Jordan (hari tu tak sempat nak beli kad raya, dah habis)
Baca!baca!baca!
Monday, November 22, 2004
Musim Exam
9th Dec: Foetus and Childhood Disease Module
10th Dec: MCQ Foetus,Childhood,Haematology and Immunology Disease
15th Dec: Haematology and Immunology Disease Module
16th Dec: CNS,Locomotor and Skin Disease Module
18th Dec: Endocrine Disease Module
20th Dec: GI and Hepatobiliary Disease Module
*Practical exam somewhere between above schedule.
Tuesday, November 16, 2004
Syawal di Dublin
Tahun ketiga kurasakan lebih meriah.Mungkin kerana bilangan pelajar dan kelompok pasangan yang sudah berkahwin dan bekerja di sini meningkat sekali.Banyak rumah terbuka dan majlis-majlis meraikan Eid di sekitar Dublin.Bagi pelajar-pelajar yang baru sampai seperti Adinda Fahd Razy, abang-abang senior seperti kamilah yang membawa mereka ke hulu ke hilir untuk ke rumah-rumah terbuka di Dublin.Selamat beraya di perantauan!
Program Raya Tahun ini
Solat Sunat Eid di Clonskeagh Mosque(nak solat kat Msia Hall,tapi takut dah penuh)
Majlis jamuan raya kat Malaysia Hall
Rumah terbuka Haji Fauzi(tiap2 tahun jamu kami dengan nasi kerabunya)
Rumah terbuka Dr Azlisham (neurologist di Dublin)
Rumah terbuka Abg Mail (hehehe)
Rumah terbuka Abang Man (di Lucan, jauh sikit tapi nasi dagang punya pasal,kami sanggup jer naik bas)
Ahad, 15 Nov Raya Kedua:
Rumah terbuka Kedutaan Malaysia dekat Stillorgan
3) Sabtu, 21 Nov
Rumah terbuka Dr Oteh(naqib usrah, cardiologist di Jamses Hospital)
4) Ahad, 28 Nov
Rumah Terbuka Abg Jamil(lecturer FMI yang buat PhD di sini)
Rumah terbuka 322 South Circular Rd(nak join tidak?nak join tidak??)
Friday, November 12, 2004
Ramadan vs Diwali
DIWALI VAZHTUKAL!!(Bahasa Tamil)
Selamat Hari Deepavali!!(Bahasa Melayu)
Semalam seorang rakan sekuliah aku bertanya,
" You tak pergi ke, majlis kat Malaysia Hall malam ni?"
Aku tanya kembali sambil terkebil-kebil "Majlis apa?Makan free ke?"
"Budak-budak PMCSA(Penang Medical College Student Association) buat iftar and also Deepavali celebration"
Aku tersengih.PMCSA memang satu student body yang gemar menganjurkan aktiviti-aktiviti 'bersosial' dan 'bersuka-ria'.Rakan karib PMCSA termasuklah KUI(Kelab UMNO Ireland) dan MSA(Malaysian Student Association).Antara trademark mereka saban tahun, sudah pasti 'Cultural Night', 'Malaysia Night' dan program-program sewaktu dengannya.
Menjamu orang yang berpuasa semestinya satu bentuk sedekah yang cukup dimuliakan oleh Islam.Sememangnya sedekah paling afdhal ialah pada bulan agung ini.Malahan, orang yang menjamu mereka yang berpuasa akan diberi ganjaran yang sama dengan orang yang berpuasa tadi.
Masalah dengan majlis iftar PMCSA ini timbul apabila majlis ini diadakan serentak bersempena sambutan Deepavali atau Diwali.Mungkin bagi ramai pelajar,sambutan 'kongsi' perayaan ini satu simbol integrasi dan toleransi kaum di Malaysia.Secara umumnya, pelajar-pelajar kurang jelas tentang hukum merayakan perayaan bukan Islam i.e agama lain.
Diwali bukanlah perayaan kaum India.Diwali adalah perayaan agama Hindu yang diraikan mengikut kalendar Kartik.Asal usul perayaan Diwali berbeza mengikut lokasi dan wilayah di benua kecil India.Di Uttar Pradesh, Punjab, Haryana, Bihar dan kawasan sekitarnya, Deepavali atau Diwali disambut bagi memperingati pertabalan Raja Rama di Ayodhya selepas kejayaan 'cemerlang,gemilang dan terbilang' menewaskan kuasa kejahatan yang diwakili oleh Ravana, watak jahat atau syaitan Sri Lanka dalam epic kuno agama Hindu(aneh sekali, Ravana dianggap sebagai simbol kebaikan di Sri Lanka!!).Kejayaan Rama menumpaskan kuasa kejahatan Ravana seterusnya merampas kembali permaisurinya, Sita setelah kempen ketenteraan yang cukup mistik selama 12 tahun diraikan oleh penduduk Ayodhya.Rakyat jelata menyalakan lampu bagi menyambut kepulangan Raja Rama dan Permaisuri Sita, lantas perayaan ini juga dikenal sebagai perayaan cahaya atau festival 'rows of lamps'
Terlanjur bercerita mengenai Diwali, maka apakah hukumnya sama-sama meraikan perayaan ini?(di samping enak menjamu juadah berbuka puasa di Malaysia Hall).Saya sangatlah tertarik dengan artikel oleh Dr Abdul Hayei bin Abdul Syukor dari Akademi Pengajian Islam UM yang menulis tentang perkara ini.Beliau yang selalu memberi kuliah di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail(tempat saya menginap di Malaysia), mengemukakan perbandingan fatwa antara tokoh 'ulama Arab Saudi, Sheikh Salleh Munajjid dan 'ulama Mesir kontemporari yang tersohor, Dr Yusuf Qardhawi.Sheikh Salleh Munajjid pernah mengeluarkan fatwa HARAM sama sekali mengucapkan tahniah kepada penganut agama lain seperti Hindu,Yahudi,Kristian dan sebagainya.Apatah lagi, meraikan perayaan mereka bersama-sama atas dasar 'integrasi nasional' dan sebagainya!!Sheikh Salleh Munajjid, yang juga merupakan ahli majlis fatwa Arab Saudi mengambil dalil-dalil yang cukup konkrit,
1. "Barang siapa meniru syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka ia daripada golongan mereka" - (riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan 5093).
2. Dalam suatu kaedah, ulama Islam telah mengambil ketetapan iaitu merelai kekufuran adalah kufur. Ikut serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati terhadap kekufuran seseorang. Islam menolak sekeras-kerasnya sikap itu.
3. Umat Islam dikehendaki bersikap benci terhadap kaum bukan Islam. Mereka wajib mencintai hanya kepada orang mukmin. Sikap ini disebutkan dalam salah satu judul Sahih al-Bukhari iaitu al-Hub fi'llah wa al-bughd fi'llah min al-iman (antara ciri iman ialah cinta dan benci kepada Allah). Inilah
juga sikap yang wajib diteladani pada nabi Muhammad s.a.w., iaitu berkeras dengan bukan Islam dan berkasih sayang sesama mukmin (surah al-Fatah: ayat 29).
Walau bagaimanapun, pendapat ini dianggap 'sehala' dan bagi Dr Abdul Hayei agak keterlaluan.Ini kerana Sheikh Salleh Munajjid tidak membezakan jenis kafir, samada yang terang permusuhannya dengan Islam atau yang taat dan patuh kepada pemerintah Islam (Dhimmi dan Harbi).
Dr Yusuf Qardhawi pula, sebagai seorang ilmuan yang dikatakan mempunyai pandangan yang sederhana mengemukakan pendapat yang 'ringan' sedikit berbanding Sheikh Salleh Munajjid.Al-Qardhawi memberi pandangan, antaranya: Islam tidak melarang kita berbuat baik terhadap ahli kitab yang tidak bermusuh dengan kita. Kita harus berbuat baik kepada mereka, sebagaimana mereka berbuat baik kepada kita. Ayat 8 dalam surah al-Mumtahanah yang dikemukakan terdahulu dijadikan hujah.
Maka sebagai kesimpulan, Dr. Yusuf al-Qardhawi berpendapat HARUS bagi kita mengucapkan tahniah dan selamat Hari Raya seperti hari Krismas kepada kaum bukan Islam pada hari-hari kebesaran mereka, kerana Islam tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan kepercayaan ini. Harus diingat, ini hanya terbatas pada pengucapan tahniah dan selamat sahaja, bukan turut meraikan perayaan mereka!!!
Sebenarnya, pandangan Dr Yusuf Qardhawi ini boleh dikatakan agak keterlaluan kerana terlalu 'sederhana'.Dr Abdul Hayei berhujah, ucapan selamat ini turut merupakan doa bagi membenarkan kepercayaan mereka yang memang telah jelas bertentangan dengan aqidah kita.
Konklusinya, meskipun ulama berbeda pandangan tentang ucapan tahniah bagi perayaan agama lain, namun mereka masih sepakat tentang hukum meraikan perayaan agama lain.Atas dasar toleransi kaum, perkara sebegini masih tidak dapat diterima.Lain kali, sekiranya ada teman sekuliah menjemput aku untuk iftar dan dalam masa sama meraikan Diwali....terima kasih sahaja.Aku ucapkan,
NOMBE OR RAMADAN VAZHTUKAL!!
NOMBE PERNAL VAZHTUKAL!!
Selamat Berpuasa Ramadan!!
Selamat Hari Raya!!
P/S: Ungkapan bahasa Tamil, kredit untuk rakan sekuliah, Nazeera Fatimah :)
Tuesday, November 09, 2004
Seribu Satu Malam
Found a nice 'cerpen' from Amiza Khusyairi's blog.Inspired from 1001 Nights Tale.Don't have idea for posting.I guess I'll just post other's entries....
Selamat membaca........
Cerpen Oleh S.M ZAKIR (Mingguan Malaysia)
Setiap pulau mempunyai legendanya yang tersendiri. Tetapi pulau ini tidak. Pulau ini tidak mempunyai apa-apa legenda. Ia cuma sebuah pulau dengan pasirnya yang putih, pantainya yang cantik dan laut dengan karang-karang yang indah. Gambaran biasa tentang sebuah pulau. Semua pulau begitu.
Namanya pula ialah Shariar. Bapanya memberi namanya sama seperti nama raja di dalam Hikayat Seribu Satu Malam. Seorang raja kerana kecewa dengan kecurangan wanita terhadap lelaki mencipta rutin mengahwini seorang gadis pada sebelah malam dan membunuhnya pada sebelah pagi sebelum wanita itu sempat berbuat curang. Bapanya seorang lelaki yang dikecewakan wanita. Dia tidak pernah mengenal ibunya. Dia anak lelaki tunggal yang dibawa bapanya berhijrah di pulau ini ketika masih kecil.
Kata orang yang didengarnya, ibunya lari meninggalkan mereka kerana kemiskinan bapanya. Bapanya seorang nelayan. Memang miskin. Tetapi bapanya mahir bergurindam dan menghafal banyak cerita. Saban malam ketika mereka berdua dimamah sunyi dan rindu, bapanya akan bergurindam dan bercerita. Dia akan ralit diulit cerita dan suara bapanya yang merdu. Kemudian dia tertidur. Tetapi banyak ketika, dia terbangun, dia melihat bapanya teresak di tangga rumah sendirian. Kadang-kadang dia bangun, memeluk tubuh kurus bapanya. Ketika itu bapa akan memeluknya erat. Cahaya bulan yang menyuluh muka bapanya akan menjadikan titik-titik air mata bapanya emas-emas yang berkilauan.
Kini bapanya sudah tidak ada. Pusaranya ada tercacak di atas bukit berhampiran rumahnya. Sehingga ke akhir hayat bapanya, dia tidak sempat untuk bertanya tentang ibunya. Dia tidak mampu mengeluarkan kata untuk bertanya kerana tidak mahu mengusik hati bapanya yang baik dan penyedih itu. Maka ketika bapanya meninggal dunia, dia membuat sebuah lagi pusara bersebelahan pusara bapanya. Itu pusara kosong ibunya yang tidak pernah dia kenal.
Pulau yang sunyi ini setelah lama kemudian dibangunkan sebagai pusat pelancongan. Kemudian ia berkembang lagi. Menjadi pusat kewangan luar pesisir. Dia tidak mewarisi kerja bapanya sebagai seorang nelayan sebaliknya menjadi seorang eksekutif kewangan. Ceritanya, dia disekolahkan dengan susah payah bapanya menangkap ikan. Akhirnya dia berjaya dalam pelajaran dan menamatkan dunia mahasiswanya di sebuah universiti terkemuka.
Dia bekerja di beberapa buah institusi kewangan di ibu kota sebelum pulang ke pulau ini semula memegang jawatan di sebuah institusi kewangan di pulau ini. Sayangnya bapanya tidak lama merasa saraannya. Dua tahun dia bekerja, bapanya jatuh sakit dan meninggal dunia. Namun dia puas, sekurang-kurangnya dia melihat cahaya bahagia di dalam mata bapanya yang kabur berkaca - melihat kejayaannya - walau jauh di dalam hati bapanya, dia tahu, adalah kesengsaraan yang tidak pernah luput.
Entah kerana sumpahan apa, dia seperti menyambung takdir bapanya. Dia tidak pernah berjaya di dalam hubungan cinta. Di sekolah, di universiti, di tempat kerjanya - semua hubungan cinta yang terjalin berakhir dengan kegagalan. Maka hari ini, jika ada orang bertanya kepadanya tentang apa itu kekasih. Dia akan menjawab, kekasih adalah orang yang datang memberikan kita kekecewaan. Mungkin orang yang mendengarnya akan ketawa berdekah-dekah - menganggapnya manusia melankolia atau lelaki traumatik yang malang. Tetapi anehnya dia tidak pernah menganggap dirinya manusia malang. Kerana baginya dunia sememangnya tidak pernah ada kebahagiaan.
Pertama kali dia mengenal perasaan cinta ketika tubuhnya menggeletar apabila cinta bersambut. Kedua kali dia mengenal cinta ketika tubuhnya menggeletar apabila cemburunya membuta. Ketiga kali dia mengenal cinta ketika tubuhnya menggeletar apabila dia ditinggalkan seperti sampah yang dicampak ke longkang.
Dia sebenarnya adalah manusia yang bingung tentang cinta. Dia pernah tidak dapat tidur beberapa lama kerana kecewa dengan cinta. Berjalan menyusur pantai hingga ke pagi. Dia bingung memikirkan bagaimana dia boleh hidup tanpa tidur begitu lama. Bahaya kesengsaraan cinta itu tentu boleh membunuh seorang manusia. Setelah itu dia mengambil keputusan untuk terus melupakan tentang wanita dan cinta.
Maka itu, apabila melihat pulaunya menjadi pusat kewangan luar pesisir, dia segera memohon kerja di situ. Dia ingin kembali ke pulaunya. Bersendirian seperti bapanya. Sesekali dia boleh turun menangkap ikan mencium angin malam di laut lepas. Sesekali dia boleh bergurindam di tangga rumah tempat bapanya bergurindam sambil melihat bulan yang menukarkan airmata menjadi emas. Dan sesekali dia juga boleh memanjat bukit melihat laut di bawah pusara bapanya menghempas pantai seperti derita yang menghempas hati bapanya.
Tetapi dia tidak boleh melakukan satu perkara yang selalu dilakukan oleh bapanya. Memeluk anaknya ketika bulan menukarkan air matanya menjadi emas.
Suatu hari, seorang gadis hadir di dalam hidupnya. Gadis ini amat rupawan sekali. Namun apa yang menjadi perhatian tentang gadis ini ialah dia adalah anak kepada seorang pejuang yang hebat menentang ketidakadilan kekuasaan yang menguasai mereka selama ini. Bapanya, pejuang itu sekarang sedang meringkuk di dalam penjara bersama pendukung-pendukung gerakan penentangan itu. Dan segala gerakan yang diketuai oleh bapanya si pejuang itu sekarang sedang dibersihkan habis-habisan oleh pihak berkuasa. Tentunya gadis itu sangat menjadi perhatian - bukan sahaja kepada orang yang bersimpati tetapi juga orang-orang yang berkuasa itu.
Pertemuannya dengan gadis itu entah bagaimana boleh melekatkan hati kedua-dua mereka berlaku secara kebetulan sahaja. Gadis itu secara senyap-senyap dimasukkan bekerja di institusi kewangan tempatnya bekerja, oleh rakan bapanya si pejuang itu yang bersimpati barangkalinya. Kebetulan di unit yang sama dengannya. Melihat gadis yang sebatang kara, sedih dan ada kalanya kelihatan ketakutan membuatkan hatinya perlahan-lahan rasa bersimpati. Gadis yang bingung dan memerlukan sesuatu untuk memaut semangatnya segera menjadi amat intim dengannya.
Menggantungkan segala ketakutan dan kesedihan di belakang seorang lelaki yang dipercayainya. Pada mulanya dia cuba menjauhi kerana baginya tidak ada sebab untuknya menyusahkan diri menambahkan senarai orang yang akan dicurigai oleh orang-orang yang berkuasa itu. Lagipun apa perlunya menderita kerana wanita lagi. Namun hati manusianya tidak dapat menolak kedatangan seorang gadis yang memerlukan bahu seorang lelaki untuk melindungi kebingungan dan ketakutannya. Walaupun dia merasakan dia membuat keputusan yang paling dungu tetapi entah kuasa apa sebaliknya memberi keberanian yang paling bodoh untuknya mempertahankan keputusan itu.
Maka berlangsunglah kisahnya yang dramatik itu. Gadis itu entah kebetulan apa pula bernama Sharazad, puteri yang menangguhkan kebiasaan Raja Shahriar membunuh setiap isterinya selepas pagi menjelang dalam Hikayat Seribu Satu Malam yang masyhur itu. Namanya Shariar dan nama gadis malang itu pula Sharazad. Tentunya dia bukan raja yang akan memancung setiap orang isterinya - walau ada kalanya dia ingin mempunyai keinginan itu - tetapi Sharazad sebenarnya adalah puteri yang bijaksana itu. Setiap ketika terluang mereka menyusuri pantai sambil Sharazad akan bercerita kepadanya.
Kata Sharazad; kesaksamaan dan keadilan untuk manusia tidak akan wujud jika sebahagian manusia terus bekerja mencurinya untuk mereka. Dia melihat ombak laut bergulung di celah kegawung senja yang semakin larut.
Kata Sharazad; dunia sekarang menjadi abdi kepada sistem yang dicipta oleh dan untuk segelintir manusia menjadi tuan yang maha agung. Sistem ini memberi sejenis nilai yang diwakilkan kepada sehelai kertas. Nilai ini kemudiannya menjadi pusat kepada segala kegiatan ekonomi manusia. Anehnya nilai ini kemudian mempunyai kuasa syaitan yang berkembang untuk mengikat manusia di dalam lingkaran apinya yang ganas sehingga semua manusia tenggelam di dalamnya. Dia melihat pasir-pasir putih menjadi kapas yang melayang ke langit.
Kata Sharazad; golongan pemodal kini bukan lagi menjadi raja tetapi menjadi dewa-dewa Olympus yang menentukan bagaimana dunia ini harus diterbalikkan. Mereka mencipta perang, kebencian antara umat manusia, kehuruharaan, kebuluran dan kemiskinan yang semua ini akan menentukan mereka dapat hidup terus sebagai dewa-dewa yang mencatur kehidupan manusia di bumi. Dia melihat camar-camar laut bertukar menjadi malaikat-malaikat yang melemparkan batu-batu api ke atas manusia-manusia yang ingin menjadi dewa.
Kata Sharazad; sistem terkutuk ini menjadi sempurna apabila setiap daerah dunia mula memaksikan pegangan bahawa Tuhan dan kehidupan manusia adalah dua perkara yang berbeza. Kehidupan manusia adalah unsur di dalam sistem dan Tuhan adalah unsur di luar sistem. Sistem pula adalah pusat evolusi dan revolusi kehidupan manusia. Tuhan pula tidak ada kena-mengena dengan apa yang terdapat di dalam sistem itu. Ia cuma sebuah konsep di dalam kepala manusia. Dia melihat langit putih yang berwajah mulus itu membesar dan bertukar menjadi hitam.
Kata Sharazad; orang-orang yang berkuasa di seluruh dunia hari ini adalah manusia-manusia yang percaya bahawa sistem yang terkutuk itu adalah agama dan nilai dagang itu adalah Tuhan. Kerana itu mereka mencipta diri mereka menjadi Firaun-Firaun baru yang mahu diberhalakan oleh rakyat. Pembohongan dan penipuan diprojeksikan secara besar-besar melalui media bagi mewujudkan imej palsu yang menjadi senjata sakti mencapai kekuasaan dan pengaruh ke atas manusia. Dia melihat buih-buih ombak menggelembung dan pecah melahirkan wajah-wajah pelangi yang tidak tercapai.
Kata Sharazad; orang-orang berkuasa kini menjadi raja dan rakyat menjadi abdi. Pedagang memeras rakyat dan bahagian dagang tertentu diperuntukkan kepada orang-orang berkuasa untuk menjamin kekayaan mereka; orang berkuasa dan pedagang. Rakyat adalah padang ternak yang diabdikan untuk memperoleh hasil sebanyak-banyaknya. Dunia kembali kepada zaman feudal yang mencipta raja sebagai bayangan Tuhan dan pedagang-pedagang adalah bayangan syaitan yang memakai wajah malaikat. Dia melihat bayang awan yang berpusar di laut mengeluarkan taring dan mencengkam urat-urat laut sehingga ombak menjadi mati.
Kata Sharazad; sistem kuasa majoriti melalui pengundian dan perwakilan rakyat mewujudkan banyak penipuan dan ketidakadilan apabila hak minoriti dinafikan dari segala segi. Yang menang akan mengambil semuanya termasuk menindas dan menutup runag kepada yang kalah. Yang kalah bukan sahaja menjadi warga kelas dua bahkan ada kalanya diwajahkan seiras penjenayah. Yang menang akan menjadi orang-orang berkuasa yang mencipta imej-imej palsu untuk ditayangkan kepada rakyat. Dan dunia akan berlangsung seperti biasa; satu golongan penternak yang akan menghirup segala hasil dan satu golongan abdi yang diternak untuk diperas segala hasil. Dia melihat lembah pulau yang jauh bergelung oleh rumput hijau berkilauan menjadi kering dan gersang.
Dia mula menyedari mengapa dunia sememangnya tidak pernah ada kebahagiaan. Kerana seperti kata pujangga yang disebut Sharazad, ``Apa-apa yang menjadi milik Tuhan tidak malu-malu kau kangkangi menjadi milikmu.'' Dia juga menyedari bahawa dia hanya abdi di padang ternak - menjadi sumber keluaran yang menjana keuntungan kepada pemodal dan penguasa. Di sini. Pusat kewangan luar pesisir yang dicipta untuk menggerakkan modal tanpa batas sempadan. Di sini jugalah kuasa dan wang dilahirkan menjadi syaitan yang menerakai bumi.
Semakin hari mereka semakin mesra. Ada kekaguman yang tumbuh di hatinya terhadap gadis rupawan yang berjiwa pejuang ini. Juga ada rasa percaya yang tinggi oleh gadis rupawan itu terhadap dirinya. Kekaguman dan rasa percaya ini telah menumbuhkan rasa cinta yang dalam. Rasa cinta yang menyatu mereka berdua untuk hidup dalam dunia keberanian para pejuang. Tidak lama kemudian dia dan Sharizad melaksanakan akad nikah dan berlangsunglah ikatan sah mereka sebagai suami isteri.
Namun hidupnya mula diganggu ketidakselesaan. Ada tangan-tangan hitam yang tersembunyi berusaha menekan hidup mereka. Tetapi Sharazad adalah puteri yang tabah. Setitik air matanya pun tidak pernah mengalir oleh kepayahan ini. Dan dia, lelaki yang tidak mempunyai apa-apa di dunia ini lantas terus hidup tanpa peduli kepada sejuta tangan yang menerobos kebahagiaan cinta mereka. Kebahagiaan Sharazad hanya kepada Shariar dan kebahagiaan Shariar hanya kepada Sharazad. Kebahagiaan dalam payah ini akhirnya melahirkan cahaya mata yang cukup menyerikan hidup mereka. Seorang bayi lelaki yang comel dengan kedua-dua belah matanya tajam menembus jantung langit. Ini mata pejuang!
``Anak kita harus dibesarkan untuk menjadi pejuang.'' Itu kata Sharazad dengan kilau matanya terpacak lekat ke jantung hatinya.
Suatu hari yang malang, bot yang dinaiki Sharazad karam di laut ketika isterinya itu pergi ke tanah besar kerana dipanggil untuk suatu hal yang mustahak. Semua penumpang tenggelam lenyap ke dasar laut termasuk isteri kesayangannya. Laut ketika itu memang bergelombang besar. Langit selalu hitam dan hujan sentiasa bergelora. Berhari-hari dia dan pasukan penyelamat menggeledah perut laut namun tiada apa-apa yang ditemui.
Setelah pulih dari derita sedihnya yang dalam, dia datang termangu di bibir laut mengenangkan isterinya yang hilang tanpa kesan itu. Seperti berita yang tersebar, dia juga percaya kemalangan itu adalah rancangan orang-orang yang berkuasa. Sehingga hari ini dia tidak tahu sama ada isterinya masih hidup atau telah mati. Ada juga berita yang tersebar, isterinya lari menyembunyikan diri. Ada juga cerita yang mengatakan isterinya lari bersama kekasih lamanya ke luar negara. Setiap hari ada cerita-cerita terbaru yang tidak merubah apa-apa keadaan untuk menjadi baik. Dia hanya mendengar dan lama-kelamaan telinganya menjadi kebas dan tebal.
Maka itu dia kembali mengulang pekerjaan bapanya yang baik dan penyedih dahulu. Ketika malam menjelang selepas usai mengaji Quran, dia akan duduk di muka pintu di bawah cahaya bulan yang indah, bergurindam menghibur anak lelakinya. Seperti bapanya sesekali dia akan turun ke laut membawa anak lelakinya mengenal urat-urat ombak dan suara ikan. Seperti bapanya setiap malam bulan purnama benderang dia akan duduk teresak di muka pintu. Dia hidup bersendirian kembali seperti dulu.
Dia tidak tahu sumpahan apa yang mendampratnya hingga dia tidak pernah bahagia dengan cinta. Sehingga hari ini dia masih keliru dengan cinta. Maka itu dia masih mengatakan, kekasih adalah orang yang datang memberikan kita kekecewaan. Seperti bapanya, dia menghadapi derita yang dalam.
Dia kini bersendirian seperti bapanya. Sesekali dia turun menangkap ikan mencium angin malam di laut lepas. Sesekali dia bergurindam di tangga rumah tempat bapanya bergurindam sambil melihat bulan menukarkan air matanya menjadi emas. Dan sesekali dia memanjat bukit melihat laut di bawah pusara bapanya menghempas pantai seperti derita yang menghempas hatinya.
Tetapi dia kini boleh melakukan satu perkara yang tidak boleh dilakukannya dahulu. Memeluk anaknya ketika bulan menukarkan air matanya menjadi emas. Anaknya membesar dengan mata yang tajam menikam jantung langit. Dia tidak mewarisi kerja bapanya menjadi nelayan dan anaknya pun tidak akan mewarisi hidupnya menjadi abdi di padang ternak. Seperti ibunya, Puteri Sharazad anak pejuang itu, anaknya harus besar menjadi pejuang yang harus hidup di bawah nama Tuhan.
Maka dia sering mengajarkan kepada anaknya, kesaksamaan dan keadilan untuk manusia tidak akan wujud jika sebahagian manusia terus bekerja mencurinya untuk mereka. Anaknya mendengar dan dia akan bergurindam menyampaikan cerita-cerita isterinya dahulu. Cerita-cerita itu membuat mata anaknya jadi bersinar sehingga ada kalanya bulan menjadi seperti terpadam.
Dan pada malam-malam tertentu, ketika dia sendirian teresak di tangga rumah anaknya perlahan-lahan terbangun, memeluk tubuh kurusnya. Dia membalas dan memeluk anaknya erat. Wajah isterinya muncul di mata. Cahaya bulan yang menyuluh mukanya menjadikan titik-titik air matanya emas-emas yang berkilauan.
``Kau akan besar menjadi lelaki pejuang.''
Dan dia menyatakan kepada anaknya lagi, ``Jika dewasa, apabila hatimu harus membuka pintu untuk seorang kekasih, percayalah bahawa kekasih ialah orang yang datang memberikan kita jiwa untuk berjuang.''
Sejak hari itu dia mula mengajarkan kepada anaknya dan juga semua anak-anak di pulau itu untuk besar menjadi singa dan bukan lagi domba di padang ternak.
Pulau yang tidak mempunyai legenda itu kini mempunyai legendanya. Legendanya ialah seorang lelaki yang ingin membunuh semua cintanya sehingga dia menyedari bahawa cinta tidak pernah dapat dibunuh.
Seperti hikayat lama itu, dia tidak lagi membunuh cintanya.....
Wednesday, November 03, 2004
Spiritual Retreat
Like lion in daylight.......
Like 'abid during night
Taken from Reliance of the Traveller by Ibn Naqib al-Misri
It is sunnah at any time to make spiritual retreat (i'tikaf) in the mosque.Spiritual retreat is especially recommended in Ramadan, particularly in the last ten days of it, seeking Laylat al-Qadar (the Night of Divine Decree) which is, Allah Most High says "better than thousand months".This implies that spiritual works therein are better than works of a thousand months lacking Laylat al-Qadar.Indicating its excellence, the Prohet(Allah bless him and give him peace) said,
"He who prays on Laylat al-Qadar in faith and expectation of its reward will be forgiven his previous sins"
Laylat al-Qadar can be on any night of Ramadan(or on any other month of the year according to some, with referance to Sheikh al-Akbar, Muhyiddin Ibnu 'Arabi in his Futuhat al-Makkiyya). It probably occurs within the last ten nights, more likely on the odd-numbered ones.Twenty-first and twenty-third of which are the likeliest,though most scholars hold it to be on twenty-seventh (Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifa Ma'ani alfaz al-Minhaj by Khatib Sharbini).On Laylat al-Qadar it is recommended to frequently repeat,
At minimum, spiritual retreat(i'tikaf) consists of;
(a) Staying,with the intention of spiritual retreat, for more than the least amount of time that can be considered repose(i.e a moment)
(b) Being a Muslim, sane, conscious and free of major ritual impurity(i.e of menstruation, postnatal bleeding, and major impurity(janaba) )
(c) In a mosque even when this stay is no more than entering the periphery and then leaving by the same enterance(taraddud), though to merely pass through is insufficient.
Optimally,the spiritual retreat should be accompanied by fasting,take place in the Friday congregational mosque, (because of the size of the group prayer therein, and so as not to have to leave to attend the Friday prayer) and be no less than a day.
In Fiqh Sirah Nabawiyya written by Dr Said Ramadan al-Bouti, he explains that the spiritual retreat (i'tikaf) by the Prophet(Allah bless him and give him peace) in Cave of Hira' is a proof that all human, in one phase of his life should undergo spiritual retreat.This is the time when we can reflect ourselves, correcting our deeds and trying to leave behind worldly matters.And there is no period better than the last ten nights of this Holy Ramadan.
Sunday, October 31, 2004
Jami' Adab al-Khair
Dalam Matan Arbain Nawawiyya, dipetik hadith Baginda (selawat dan salam ke atasnya) tentang seorang pemuda yang meminta wasiyya atau nasihah daripada Baginda.Lantas Baginda berpesan agar, " Jangan kamu marah!"
Peringatan ini diulang beberapa kali setiap kali Nabi diminta berpesan kepadanya sebagai simbolik kepentingan mengekang bara kemarahan bagi setiap insan.Semestinya hadith ini bukanlah bermakna manusia dilarang langsung untuk marah, kerana saranan sebegini langsung tidak logik dan praktikal.Marah adalah perkara semulajadi yang secara fitrahnya memang pasti wujud dalam diri setiap insan.Lafaz "Jangan kamu marah!" adalah taqdeer ataupun lebih tepat lagi saranan supaya jangan dikuasai oleh kemarahan, jangan gagal mengawal kemarahan dan perkara yang seumpama dengannya, dan bukanlah supaya tidak marah langsung.Dalam kitab Al-Waafi, karya Dr Mustafa Bugho dan Muhyiddin Mistu, hadith ke-16 daripada 42 hadith yang dipetik oleh Imam Nawawi ini dibahas dengan begitu tersusun dan cantik sekali.Penulis menerangkan keagungan hadith ini dengan memetik pendapat Imam al-Jalil, Abu Muhammad 'Abdullah bin Abi Zaid (Imam Mazhab Maliki di Morocco pada zamannya).Imam Abu Muhammad mengatakan, " Sesungguhnya keseluruhan adab yang baik bercabang-cabang daripada 4 hadith.Yakni, hadith Nabi ,
1) " Barangsiapa yang beriman pada Allah dan hari akhirat hendaklah berkata-kata perkara yang baik atau diam sahaja"
2) " Tanda-tanda baiknya Islam seseorang itu ialah meninggalkan perkara-perkara yang tiada kena-mengena dengan dirinya(bukan urusannya)"
3) "Jangan marah!!!"
4) " Tidak beriman seseorang kamu hinggalah dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri"
Pendapat Imam Abu Muhammad ini tidak lahir daripada kata-kata kosong, malahan tersangatlah tepat kebenarannya jika ditinjau dengan teliti.Jami' adab al-khair atau himpunan sikap yang baik sebenarnya lahir daripada kemampuan beriman dengan hadith-hadith yang empat ini.Berapa banyak dosa yang dilakukan oleh kita, semata-mata kerana tidak tahu menjaga mulut?Mengumpat,mengeji,berkata dusta dan sumpah bohong.Berapa banyak jenayah yang terjadi semata-mata kerana manusia gagal mengekang kemarahan?Bunuh, mencederakan orang lain semata-mata kerana perkara kecil, maki-hamun, tuduh-menuduh, hantar email layang......semuanya kerana tidak pandai memanipulasikan kemarahan.Berapa ramai manusia yang baik pekertinya dan tinggi reputasinya di kalangan manusia tiba-tiba menjadi rendah pada mata masyarakat kerana gagal mengawal kemarahan? Berapa banyak perilaku hodoh yang mampu dielakkan jika meninggalkan perkara-perkara yang bukan urusan kita?Orang yang tidak peduli tentang perkara yang tidak ada kaitan dengannya tidak akan bercerita pasal orang lain, mengumpat,mengintap keaiban orang, menyebarkan fitnah, membuang masa dengan hal-ehwal lagha dan sebagainya.Orang yang beradab baik, berbudi bahasa, belas terhadap fakir miskin,murah dengan senyuman, cantik mujamalah dengan manusia....semuanya kerana mengasihi orang lain sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.
Empat perkara ini nampak sedikit dan mudah, beramal dengannya belum pasti lagi :)
Selamat mengundang maghfirah Tuhan pada pertengahan Ramadan ini!!
Saturday, October 30, 2004
Selatan Siam Milik Kita
Darah yang tumpah di bumi Patani, siapa mahu membela???
Tak Bai Tragedy 25 Oct 2004
Bodies killed by gun found on the ground: 6 persons
Killed in the evening during the transportation to the military camp in Pattani: 78 persons
Died in the hospital: 1 person
Pushed into the river and killed: c:a 35 persons
Bodies found in the river 29 oct 2004: 18 persons
Under Thai military custody: 1,298 persons
Injured: 730 persons
Missing: 255 persons
Ihsan: Patani United Liberation Organisation
Masalah dengan wilayah selatan Siam bukanlah masalah baru dalam kerajaan Thailand. Sepertimana wilayah Mindanao bagi Filipina, wilayah selatan Siam bagaikan 'kudis' yang bernanah.Bangkok sering menegaskan bahawa wilayah-wilayah selatan yang didominasi oleh penganut Islam seperti Yala, Songkhla, Patani, Narathiwat adalah milik mutlak mereka.Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pernah berhujah, bumi selatan Siam tidak akan diserahkan walaupun barang seinci kepada puak-puak pemisah atau pengganas.Puak pemisah?Wujudkah puak pemisah di sana atau mereka sebenarnya adalah pejuang kebebasan?
Perlu difahami bahawa sebelum berdirinya kerajaan Thailand sekarang, bumi Patani sudah berdiri sebagai satu entiti yang gagah.Sejarah mencatatkan kerajaan Melayu Patani sudah bertapak ketika zaman kerajaan Sukhotai pada kurun ke 13 lagi.Sesetengah ahli sejarah berpendapat Patani sudah berada di bawah naungan kerajaan Songkhla sewaktu pemerintahan Raja Ramkhamhaeng.Namun, ramai sarjana Siam sendiri menolak teori tersebut. Lewat kurun ke 14, kerajaan Sukhotai mulai melalui zaman gerhana dan diganti oleh kerajaan baru yang berpusat di Ayuthia.Hikayat Patani meriwayatkan bahawa Sultan Mudzafar Shah, pemerintah Patani mempunyai hubungan diplomatik yang baik dengan kerajaan Ayuthia di utara Thailand.Maka, terbukti kerajaan Patani telah lama wujud sebagai negara berdaulat yang setara dengan kerajaan Sukhotai mahupun Ayuthia.
Perubahan-perubahan kerajaan di Siam turut mencorakkan suasana politik di Patani mahupun di wilayah-wilayah selatan Siam.Wilayah-wilayah ini semasa kemerosotannya menerima naungan Siam dan membayar ufti dalam bentuk bunga emas kepada Siam.Penghantaran ufti bunga emas ini turut dilakukan oleh negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia seperti Kedah dan Kelantan.Namun, penghantaran ufti ini tidak lebih daripada simbol penghormatan bukannya menandakan negeri-negeri ini sebagai tanah jajahan Siam.(baca Sejarah Patani)
Tindakan Siam yang dilihat memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua menaikkan kemarahan British.Dalam usaha 'memujuk' British, Siam bersetuju menyerahkan negeri-negeri utara Semenanjung dan dalam masa yang sama 'menyimpan' beberapa wilayah yang majoriti penduduknya Islam.Salah satu daripadanya ialah Patani.
Patani hakikatnya bukanlah milik Thailand.Wilayah ini hanyalah wilayah malang yang jatuh ke tangan Siam atas perancangan licik penjajah.Perjanjian berat sebelah yang termetrai antara British dan Siam telah memisahkan saudara-saudara kita di utara sana dengan kita di Malaysia.Wilayah-wilayah Islam di sana ditadbir oleh pemerintah Siam yang tidak berhemah dan tidak memahami aspirasi marhaen.Wilayah-wilayah ini hanyalah 'dumping ground' bagi pentadbir-pentadbir korup Siam.Tidak hairan, wilayah-wilayah ini begitu diabaikan dan dianak-tirikan.Masalah pengangguran yang tinggi, jenayah yang berleluasa dan industri 'menjual tubuh' (baca: pelacuran) menjadi isu yang cukup mengecewakan pribumi Patani.Mujur golongan ulama begitu ramai dan berpengaruh di Patani sejak berzaman lagi.Golongan tradisional ini yang memastikan umat Islam di Thailand tidak hanyut binasa oleh proses asimilasi paksaan Thailand yang cuba diimplementasi sejak dulu lagi.Pondok-pondok di Patani terkenal malahan disinggahi oleh pelajar-pelajar Malaysia sendiri untuk meneguk ilmu-ilmu agama.Sejarah turut menyaksikan bahawa Tuan-Tuan Guru yang berijazah pondok ini memimpin gerakan rakyat dalam usaha memerdekakan tanah tumpah darah mereka daripada dicemari idealisme musyrik.
Peristiwa berdarah di Patani tidak lebih daripada manifestasi kegagalan Thailand menguasai jiwa raga dan aqidah umat Muhammad di Thailand.'Kudis' pada tubuh Thailand ini, kini sudah bernanah, membengkak dan menjalar.'Kudis' ini hanya menunggu masa untuk mencacatkan tubuh Thailand.Samada kudis ini akan membunuh Thailand, kita tonton sahaja komplikasinya.............
Sunday, October 24, 2004
Tandoori Dublin Mosque
Satu kelebihan Dublin Mosque berbanding tempat lain ialah juadah berbuka puasanya.Pernah seorang Arab berkata pada aku, "Tandoori Dublin Mosque ialah hidangan paling sedap pernah saya makan kat atas muka bumi..." Exaggerate betul!!Tapi berdasarkan pengalaman peribadi makan tandoori Pakcik Yusof sepanjang 2 tahun ini, memang kenyataan tadi tidak menghairankan ;) Entah perasa apa yang dibubuh hingga resepinya begitu addictive.Nasinya enak dan aromanya cukup sukar utk digambarkan.Ditambah dengan ayam tandoori dan kuah kari kambing, memang makanan ini sesuai untuk 'memanaskan' badan pada waktu musim dingin sebegini.Setiap penghuni berbangsa Melayu yang sering (sebenarnya tiap-tiap hari) berbuka puasa di sini memang tidak pernah muak dengan tandoori Dublin Mosque.Setiap hari pada bulan ini, muka-muka yang sama mengunjungi masjid ini utk berbuka puasa.Muka-muka tersebut termasuklah penulis blog ini.Heheh.....bukan apa, bak kata SiLent SuNLigHt, "...tak mahu ler bazirkan makanan kat mosque, kan kan??"
Tuesday, October 19, 2004
Ramadan Yang Memilukan.....
Ustaz Zaki Ayub(27), Isterinya,Nur Hayati(27) dan tertuduh (warga Indonesia)
Balik sahaja dari Sambutan Pelajar Baru anjuran PPIMI, aku menerima satu email dari seorang teman di Mesir.Email yang sungguh-sungguh mengejutkan aku, tentang pembunuhan seorang teman yang aku kenali waktu di Mesir dahulu.Ustaz Zaki Ayub, atau lebih suka aku panggil Ustaz Zaki tabligh, dibunuh di kediamannya di Hayyu Asyir.Yang lebih memilukan, isteri dan 2 orang anaknya turut dibunuh dan dibakar oleh penyerang yang tidak berhati perut itu.Motif pembunuhan, yang dilakukan oleh lelaki Indonesia itu ialah kerana wang dan dendam.Perkara yang lebih mengelirukan aku adalah identiti pembunuh yang turut aku kenali!!Dia adalah tuan punya restoran Indonesia, RM Asia di Hayyu Asyir.Sepanjang tempoh aku berada di sana, aku sering juga ke kedai makannya.Ustaz Zaki pula, pemilik 2 kedai makan dan satu kafe cyber.Restoran Asbat kepunyaannya sangat terkenal di kalangan pelajar-pelajar kita di Kaherah.
Menyorot pertemuan antara aku dan Allahyarham Ustaz Zaki, kami bertemu buat pertama kali di Pelabuhan Nuwaiba, Sinai.Waktu itu, aku sedang dalam rehlah ke Jordan,Syria dan Lubnan.Disebabkan kelewatan feri yang aku naiki, aku bimbang tentang sahabat-sahabat aku yang telahpun menunggu di Amman.Saat itulah, aku terjumpa dengan Ustaz Zaki dan kawan-kawannya.Mereka rupanya hendak bermusafir 40 hari bagi berdakwah di Jordan!Ustaz Zaki segera menawarkan telefon bimbitnya pada aku untuk menghubungi Bayam (nama betul Ibrahim, pelajar JUST di Irbid).Semasa menunggu feri kami, kami sempat berbual-bual.Dia sempat bercerita tentang keluarga dan anak-anaknya serta pengalamannya ke UK.Kalau ada rezeki, katanya dia akan menziarahi aku di Ireland.Pilu sungguh rasanya bila mengenangkan kebaikan Allahyarham.Hati dan akal aku yang waras langsung tidak boleh menggambarkan betapa kejamnya pembunuh itu…..Khabarnya si pembunuh mempunyai hutang yang banyak dan mengetahui tentang kejayaan perniagaan Allahyarham.Menurut sahabat2 aku di Mesir, dia berpura-pura hendak menukar matawang asing(Ustaz Zaki juga seorang pengurup wang kecil-kecilan) pada hari kejadian.Kesempatan itu digunakan untuk menikam Ustaz Zaki sebelum menyeret dan membunuh isterinya.Kedua-dua anak mereka, yang masing-masing berumur 11 bulan dan 4 tahun dibakar hidup-hidup bersama ibu mereka!!Allah……………..
Kadangkala aku tertanya-tanya , semurah itukah harga 4 nyawa?Cuma beberapa ribu US Dollar……..
P/S: Semoga Allah SWT mengurniakan syahadah kepada Ustaz Zaki, Ustazah Nur Hayati, Muazz dan Maryam.Pertemuan singkat kita akan kukenang ke akhir hayatku.Mudah-mudahan Jannah yang menanti kalian semua.................
Saturday, October 16, 2004
The Arrival of Ramadan
Ramadan Mubarak!!
(Tomorrow will be held Sambutan Pelajar Baru, organized by Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland.I don't know why the PPIMI guys pick me up as MC.I'm just thinking of being absent when they told me about the event.Well....well.....just do it :) )
"O believers!!Fasting is prescribed for you as it was prescribed for those before you, that you may attain taqwa(self-restraint,piety and God-consciousness)"
Al-Baqarah 183
"Fasting is a shield from the hell-fire like one of your shields shielding you while fighting"
Recorded by Nasaai,Ahmad and others.According to Albaani, it is sahih (Albaani, Saheeh al-Jaami' )
"Whoever fasts the month of Ramadan with faith and hoping for its reward shall have all of his previous sins forgiven for him"
Recorded by al-Bukhari and Muslim
Ibnu Qayyim (may Allah bless his soul!) once wrote,
"The purpose of fasting is that the spirit of man was released from the clutches of desires and moderation prevailed in his carnal self,and, through it,he realized the goal of purification and everlasting felicity.It is aimed at curtailing the intensity of desire and lust by means of hunger and thirst, at inducing man to realize how many were there in the world like him who had to go even without small quantity of food, at making it difficult for the Devil to deceive him, and at restraining his organs from turning towards things in which there was the loss of both worlds.Fasting,thus, is the bridle of God-fearing,the shield of the crusaders and the discipline of the virtuous!..."
Allahumma taqabbal minna solatana wa qiyaamana wa ta'abbudana wa siyaamana fi hazihi syahril 'azeem!!
Thursday, October 07, 2004
Pearl of Nawa
Imam Nawawi's maqbarah in Nawa village.There's a gigantic tree over his grave which eventually keep expanding from day to day.Like his knowledge that expanding and benifiting the Muslims until now, I guess...
The inscription of Nawawi's life, works and contributions on the wall of the maqbarah
Yahya ibn Sharaf ibn Murri ibn Hassan, Abu Zakariyya Muhyi al-Din al-Nawawi was born in the village of Nawa on the Horan Plain of southern Syria in 631H/1233AD.He was the Imam of the later Syfi'i school, scholar of his time in knowledge,piety and abstinence, a hadith master(hafiz),biographer,lexicologist and Sufi.When he first came to Damascus in 649H, he memorized the text of Abu Ishaq Syirazi's al-Tanbih in four and half months, then a quarter of Syirazi's al-Muhadhdhab (The rarefaction), after which he companied his father on hajj, then visited Madinah and returned to Damascus, where he assidously devoted himself to mastering Islamic sciences.He took Syafi'i Law,hadith,tenets of faith,fundamentals of jurispundence,Arabic and other subjects from more than 22 scholars of the time.They include Abu Ibrahim Ishaq al-Maghribi, Abd Rahman ibn Qudama al-Maqdisi and others, at a period of his life which, as Imam Dhahabi notes,"his dedication to learning, day and night,become proverbial." Spending all his time in either worship or gaining Sacred Knowledge, he took some 12 lessons per day!!!He only dozed off in the night at the moments when sleep overcome him, and drilled himself on lessons he learned by heart while walking along the streets.
Fastidious in detail and deep in understanding of the subjects he mastered,he authored many great works in Syafi'i jurispundence,hadith,history and legal opinion.Among best known are Minhaj Talibin (The seeker's road), which become the main referance in Syafi'i school, Riyadhus Salihin (The garden of the righteous) and Kitab al-Adzkar (The book of rememberance of Allah) and his 18-volume Sharh Sahih Muslim.He lived simply and it is related that his wardrobe consisted of a turban and an ankle-length shirt(thawb)with a single button at the collar.
After residence in Damascus for 27 years, he returned the books he had borrowed from charitable endowments,bade his friends farewell,visited the graves of his sheikhs that had died and departed, going first to Jerusalem and then to his native in Nawa, where he become ill at his father's home.He died after that at the age of 44 years.Young in years but great in benifit to Islam and the Muslims
(Excerpt from the bibliography of Reliance of the Traveller by Sheikh Nuh Ha Mim Keller)
Thursday, September 30, 2004
Qala'at al-Hosn
Perhati panorama dari atas kubu.
Pemandangan kawasan sekitar Crac de Chaveliers
Besar tak tempat ni??
Wednesday, September 29, 2004
Diwan Imam Syafi'i
" Aku bertanya kepada gurunya, Waqi' tentang kelemahan hafalanku,
Lalu dia mengkhabarkan kepadaku agar meninggalkan maksiat,
Kerana sesungguhnya ilmu Allah adalah cahaya,
Dan cahaya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada si 'Asi "
'Asi=pelaku dosa
Saturday, September 25, 2004
Mesir dalam bayangan.....
Thursday, September 02, 2004
Anwar is a free man!!!
News from Malaysiakini
Court frees Anwar!
Sep 2, 04 9:01am
In a 2-1 decision, the country’s highest court today set former deputy prime minister Anwar Ibrahim free after quashing his sodomy conviction. Also freed was his adopted brother Sukma Darmawan Sasmitaat Madja who had been convicted of the same offence.
A three-man Federal Court bench - consisting of Abdul Hamid Mohamad, Rahmah Hussein and Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud - delivered the stunning decision at Putrajaya’s spanking new Palace of Justice.
Justice Abdul Hamid said that the High Court had misdirected itself in convicting and sentencing Anwar. He also said that the evidence of the prosecution's main witness Azizan Abu Bakar was uncorroborated.
“We’re not saying Azizan is an outright liar but he certainly is not the kind of witness the lower court said him to be,” said Abdul Hamid.
“He cannot be credible as he had given three different dates involving three different years (on when the alleged act of sodomy took place).
He added that Azizan was an accomplice to the alleged act because there was no evidence of protest.
Tengku Baharudin was also in favour of Anwar, while Rahmah dissented.
No deal
Anwar, upon hearing the judgment, gave his family and reporters a tired smile.
Later, he thanked Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi for not interfering in the judiciary, unlike his predecessor Dr Mahathir Mohamad.
Anwar also brushed aside rumours of a secret deal with Abdullah which resulted in today’s decision
Meanwhile, outside the court, Anwar’s supporters were seen hugging and shouting in jubilation.
They had been waiting outside the court building since early this morning, and reacted with joy and jubilation. A small number of police personnel kept a watchful eye on the crowd.
The 57-year-old ex-politician had arrived at 8.45am and was taken into the courtroom in a wheelchair. He came in an ambulance from Hospital Kuala Lumpur where he had been warded since July 12 due to a chronic back ailment which had worsen in recent weeks.
Fly to Munich
He is expected to fly to Munich, Germany tomorrow for an urgent operation to treat a long standing spinal disc injury, which he said was aggravated by a police beating after his arrest in 1998.
Anwar’s appeal on both conviction and sentencing was made on the grounds that the conduct of the High Court trial four years ago was deeply flawed.
The High Court on Aug 8, 2000 had found Anwar and Sukma guilty of sodomising Anwar’s former family driver Azizan.
Their application to the Court of Appeal was rejected on April 18 last year.
Anwar has already completed more than one year of his nine-year jail sentence for sodomy, as well as an earlier six-year sentence for corruption.
Meanwhile, Sukma who had been serving his six-year sentence since last year, will be released from Kajang prison
Saturday, August 28, 2004
Mosque of Ibn Tulun
General view of the mosque
(Excerpt from the article of Ibrahim Abaza)
The Ibn Tulun Mosque was completed in 879 AD on Mount Yashkur in a settlement named al-Qata'i by the founder of Egypt's Tulunid Dynasty (868-905 AD), Ahmad ibn Tulun. Al-Qata'i was about two kilometers from the old community of Fustat. He was born in Baghdad, the son of a Turkish slave of Mongol origin owned by the Caliph, al-Ma'mun. He would later rise to became governor of Egypt after his stepfather, who died in 870, was awarded that position.
The mosque that he had built over a period of three years of mudbrick became the focal point of the Tulunid capital that lasted only 26 years. It was the third congregational mosque to be built in what is now greater Cairo, and at approximately 26,318 square meters in size, is the third largest mosque in the world. It is the oldest mosque in Egypt that has survived in a fairly original form. An ancient calligraphy in 9th century Kufic script provides:
"The Amir... has ordered the construction of this blessed and happy mosque, using the revenues from a pure and legitimate source that God has granted him...".
The mosque's original decorations, presenting in both stucco and wood the most valuable and best preserved examples of the Samarra style, are of considerable importance from the standpoint of Islamic art/history. The stucco decorations are found both inside and outside the mosque, and the soffits of the arches were decorated with bands of stucco ornamentation, although they have been extensively restored. However, a number of them have survived in their original state, revealing a geometric band with floral filling.
The minaret of Ibn Tulun Mosque, resembles the characteristic of Samarra's minaret
The minaret, with its only remaining original element being the square base, communicates with the mosque by way of a passage. Its second story is cylindrical which is in tern surmounted by later Mumluk restorations in stone. The original minaret was built of brick. This is Cairo's only minaret with a spiraling external staircase and the overall structure is unique in Egypt.
Artist's depiction of prayer hall of Ibn Tulun Mosque during its golden age
Aerial view of Ibn Tulun Mosque's courtyard
Tuesday, August 24, 2004
Cairo: Umm Dunya, The Mother of Civilization
In front of Pyramid of Giza near Ahram.The Sphinx(Abu Hol ) is not as big as I expected
Under the shadow of Abu al-Hol(Sphinx)
Camel-riding near Ahram,with the Giza's Pyramids as the background.Maybe this was the site of the battle between Napeoleon's army and the Egypt's Mamalik.
Nile river flows during sunset.....I wonder where is the site where Prophet Moses's mother drifted him away,fearing the slaughter of Bani Israel's sons during the reign of Pharoah Ramses.....
The Mosque of Sayyidina Amru al-'Ash, the Fatih of Egypt.This is the site where he ordered Muslim army to raise their fusthath (tents).Until now the area is called al-Fusthath.........
The Al-Azhar Mosque, the foundation of the oldest university in the world,Al Azhar University.The Faculty of Syari'ah,Lughah and Usul located near the Grand Azhar Mosque
Sunday, August 22, 2004
Friends in Jordan
Faez a.k.a Hata.One of the first JPA-medic batch in JUST.My companion during my visit.A good driver and loves CT Nurhaliza(don't talk about CT's foolishness,he'll get angry!)Tak sabar nak tunggu Sahibus Samahah Mufti mengharamkan konsert CT pula lepas ni!!Hahah.....
Ibrahim a.k.a Bayam driving on our way to Wadi Rum.He's my honourable host during my stay in Irbid.Short,dark but handsome.Humourous as well......Foto of his housemates, Akmal and Abe not available yet.Thanks guys!!
Faez's housemates, Syafi, Piji, and Firdaus.Syafi nampak pendiam tapi sebenarnya kelakar.And the guy besides him is an excellent chef.Fird on other hand, speaks exactly like an Arab.I'm so envy of him!Foto of Anhar(yang hensem ) unavailable.Maybe i'll upload from Syazwan France :)
Che Mie and Abg Man.I always look upon Che Mie as a 'big' Sheikh in Irbid with his religous appearance(with the jambang and so on).He and Bayam waited for me hours in Amman.Sorrylah......that was Arab management.Thanks for your patience
Wednesday, August 11, 2004
Bumi Busra.......
The location of Busra on Syrian map
The ruins of Busra city.Maybe this was the site where the our beloved Prophet did his trade with Abu Talib
The Mosque of Mabrak Naqah,where the steps of the Prophet's camel that bring the Prophet to Busra can still be seen.
Buhaira's Kanisah(Cathedral) where the priest warned Abu Talib that, " Muhammad is destined to be the Last Messenger.Bring him back immediately.If the Jews know about him,they'll kill him...."
The biggest and most famous Roman Ampitheatre in Syria that can accomodate 15000 people
Me and Farhan, my new friend in Syria
Menurut catatan dalam Sirah Ibn Hisyam(salah satu sumber authoriti dalam tarikh Islam), Nabi Muhammad SAW telah mulai berjinak-jinak dengan perniagaan sewaktu masih dalam usia belasan tahun.Kaum Quraisy merupakan kaum dagang.Allah SWT mengurniakan nikmat terhadap kaum ini dengan kehormatan dan kelebihan mereka dalam menjaga BaituLlah dan berpeluang menyertai rehlah ke wilayah Sham pada musim panas dan Yaman pada musim sejuk untuk tujuan perdagangan.
Dikatakan kali pertama Nabi SAW dibawa ke bumi Sham ialah pada usia baginda 11 tahun dan kali kedua ketika baginda berusia 25 tahun.Fakta ini tidak dapat aku putuskan sebagai sahih ataupun tidak.Kali kedua berdagang di Sham, baginda membawa barang dagangan Khadijah Khuwailid yang kemudiannya dikahwini oleh baginda SAW.Yang pasti paman baginda,Abu Talib membawa baginda bersamanya dalam perdagangannya di Sham ketika baginda masih muda.
Persoalannya, di manakah bandar tempat Nabi SAW berdagang dahulu?Soalan ini sentiasa berlegar dalam kepalaku setiap kali membaca kitab-kitab sirah sejak dahulu lagi.Daripada kitab-kitab sirah kanak-kanak hinggalah karya-karya sirah yang lebih bermutu seperti Fiqh Sirah(Said Ramadan al-Buti) dan Raheeq al-Makhtum (Mubarakpuri) langsung tidak disebutkan tentang kota tempat Nabi berniaga.
Semasa sampai di Syria bulan lepas, aku dikhabarkan tentang kewujudan satu kota yang bersejarah di selatan Syria.Kota yang bernama Busra ini terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Damsyik.Menurut sahabat aku di Syria,tiada yang menarik tentang Busra kecuali 2 perkara.Pertama, di sini terdapat Roman Ampitheatre yang paling besar di Syria (atau mungkin di Timur Tengah).Dan kedua, kota Busra inilah tempat yang dikatakan dilawati oleh baginda SAW dan paman baginda Abu Talib untuk berniaga ketika Nabi SAW masih setahun jagung.Mendengar sebab yang kedua tadi terus membakar semangat aku untuk ke Busra.Bersama-sama 10 orang rakan dari Syria yang baru kukenal,aku menyewa van yang khas untuk membawa kami ke Busra.
Pemandangan ketika ke Busra sangat berbeza dengan pemandangan umum di Jordan.Syria kelihatan lebih subur berbanding Jordan.Di kiri kanan jalan terbentang ladang tembikai,tomato,timun,anggur dan sebagainya.Keberkatan pada bumi ini cukup menakjubkan.Jarang sekali turun hujan di bumi Sham ini,tidak seperti Malaysia.Namun, tumbuh-tumbuhan terutamanya buah-buahan begitu subur di wilayah bertuah ini.Ladang-ladang khiyar(timun), 'inaab(anggur),khukh(peach),mishmish(apricot) bertaburan di serata wilayah ini.
Busra pada pandangan aku cumalah sebuah kota yang hampir mati.Kalau bukan kerana kehadiran ladang-ladang ini dan tinggalan kota Rom yang masyhur di kalangan pelancong asing,kota ini pasti tidak berpenghuni.Ketika pemerintahan Rom pada tahun 100 Masihi,penguasa Rom bernama Trajan menjadikan Busra sebagai pusat atau ibukota bagi wilayah jajahan Arab yang tunduk kepada kekuasaan Rom.Busra bercambah menjadi kota metropolitan yang sibuk.Pemerintah Rom mendirikan istana-istana yang besar lagi gagah dan tiang-tiang istana ini masih kukuh berdiri sehingga sekarang.Pasar-pasar,gelanggang-gelanggang dan teater dibina bagi kemudahan masyarakat di sini.Busra akhirnya menjadi pusat perniagaan dan dagangan yang terkemuka di Sham.Atas sebab ini kabilah-kabilah Arab bertandang untuk berdagang di sini termasuk baginda RasuLlullah SAW dan paman baginda,Abu Talib.
Tinggalan kemegahan Rom masih wujud dan berbaki di sini.Ini termasuk ampitheatre Rom yang terbesar di Syria yang boleh memuatkan lebih 15 ribu penonton.Di sekitar ampitheatre ini, terdapat tiang-tiang istana dan rangka bangunan yang menjadi saksi dan bukti ketamadunan yang pernah berlingkar di sini.
Sampai di Busra,kami bertanyakan kepada orang tempatan tentang pasar yang dikatakan menjadi medan di mana Nabi SAW pernah berdagang.Souq 'Ardhi,atau pasar bawah tanah yang terdapat di sebelah kubu Busra merupakan antara tempat yang dikatakan menjadi tumpuan pedagang zaman dahulu untuk berniaga.Tidak mustahil di tempat inilah Nabi SAW pernah bersama Abu Talib menjual barang dagangan mereka.
Tidak jauh dari pasar tersebut, tersergam satu rangka bangunan yang dikenali sebagai Kanisah Buhaira,atau Gereja Buhaira.Nama Buhaira mungkin pernah didengari oleh kebanyakan daripada kita.Pendeta Nasrani ini merupakan ahli kitab yang hidup pada zaman Nabi SAW.Sejarah menceritakan ketika ketibaan baginda Rasulullah SAW ke Busra buat pertama kali bersama paman baginda, Abu Talib, Buhaira menyaksikan keanehan pada budak yang bernama Muhammad ini.Perjalanan kabilah Abu Talib dinaungi oleh awan yang melindungi keseluruhan kabilah tersebut daripada terik bahang mentari.Semasa Nabi berteduh di bawah pohon di Busra, dahan pohon tersebut seolah-olah tunduk untuk memayungi baginda.Buhaira dapat merasakan sesuatu tentang budak yang dibawa oleh Abu Talib.Lantas dia menarik Abu Talib ke satu sudut dalam Kanisahnya untuk bertanyakan tentang Muhammad.Apabila ditanyakan kepada Abu Talib;
" Adakah Muhammad itu, anak kamu?"
Abu Talib mengiyakan soalan tersebut.
"Aku yakin dia bukan anak kamu,kerana Nabi akhir zaman adalah seorang yatim!!"
Abu Talib segera mengatakan yang Muhammad bukanlah anak kandung,sebaliknya anak saudara yang dipeliharanya seperti anak sendiri.Jawapan Abu Talib memberikan sepenuh kepastian kepada Buhaira.Buhaira lantas menasihati Abu Talib,
" Muhammad adalah Nabi akhir zaman yang disebut dalam kitab-kitab suci kami.Bawalah dia pulang kerana sekiranya diketahui tentangnya oleh orang Yahudi, mereka akan cuba membunuhnya!!"
Sehingga sekarang,gereja di mana perbualan tersebut mengambil tempat masih wujud,meskipun cuma tinggal rangka bangunan semata-mata.Di sebelah gereja tersebut, terletaknya Masjid Mabrak Naqah, kawasan di mana dikatakan unta Nabi SAW berhenti di Busra.Tapak kaki unta tersebut masih wujud sehingga sekarang.Di sisinya berdiri Madrasah Abu Fida' Ibn Kathir al Dimashqi, iaitu sekolah tempat ahli tafsir terkenal, Ibn Kathir mengajar.
Busra bukanlah tempat yang indah seperti bandar lain di Syria(Aleppo,Dimashq,Hama,Homs,Lattakia).Bandar ini tiada daya tarikan melainkan tempat-tempat yang aku sebutkan di atas.Namun, yang menjadikan bumi Busra ini istimewa kerana sejarah yang berlaku di kota ini.Dan watak dalam kisah sejarah ini tidak lain daripada baginda SAW.Di sebalik runtuhan kota Busra dan sampah-sarap yang dibiarkan bertaburan di bekas-bekas pasar di sini ialah jejak-jejak kaki baginda RasuluLlah SAW yang mulia.Di sinilah Nabi SAW bermu'amalah dengan manusia dengan akhlak peniaga yang terpuji.Perilaku terpuji di Busra ini yang menjadi sandaran yang menawan hati Khadijah binti Khuwailid.Baginda tidak pernah curang dalam dagangan,apatah lagi menipu dalam perniagaan yang diamanahkan kepada baginda.Alangkah ironi realiti sejarah ini berbanding sikap bangsa Arab yang dizahirkan dewasa ini.Mu'amalah dengan orang Arab bukanlah perkara yang menyenangkan di Timur Tengah.Jarang sekali aku berjumpa dengan orang Arab yang jujur dalam perniagaan.Malahan memang sudah diketahui yang peniaga Arab daripada peruncit hinggalah kepada pemandu teksi, sangat suka mengambil kesempatan mengenakan harga tinggi terhadap orang luar.Alangkah hinanya bangsa Arab yang tidak mengenal peribadi Rasulullah dalam perniagaan baginda......Dan alangkah sedihnya bangsa ini sehingga kini masih gagal mengambil 'ibrah daripada peribadi baginda!!!
Friday, August 06, 2004
Pictures in Lebanon and Syria
Qala'at of Salahuddin al Ayyubi,north of Lattakia(Syria)
Water-wheel(Nuria) in Hama (Syria),built before the era of Prophet Isa a.s but still working very well
Qala'at Halab(Aleppo), one of the biggest in Syria,built to protect the city from Crusaders
The city of Busra,the Prophet SAW used to come here with his uncle,Abu Talib for trade in Sham
Roman Ampitheatre in Busra,the largest in Middle East that have 15000 seats
Buhira's Kanisah (Cathedral)in Busra,Syria.The priest warned Abu Talib that," your brother's son(Muhammad) is the one that was destined to be the Last Messenger.If the Jews know about him,they'll kill him....."
The ruins of Ba'albak (Lebanon),the largest Roman city in Middle East
The grandeur of Ba'albak Temple.Outside the Roman city is the madrasah where Salahuddin Al Ayyubi studied during his childhood
The pillars of the Roman Temple of Baalbak
Pictures in Jordan
Petra:The Treasury
Petra:The Monastery
Floating on Dead Sea
Cave Ashabul Kahfi
Jerash, the biggest Roman city in Jordan
Ruins of Ummu Qais(Roman city),north Irbid