Tertekan dengan keadaan Kaherah, aku mengambil keputusan untuk menziarahi muhafazah/furu' (wilayah2) kecil Mesir.Kaherah yang mempunyai penduduk seramai 16 juta daripada keseluruhan 65 juta rakyat Mesir memang merupakan kota yang sangat sesak, umpama kota Jakarta(Hmm....Jakarta).Kebetulan kursus intensif bahasa Arab aku belum bermula, jadi aku dan 2 orang lagi ustaz di sini mencari peluang untuk mendapat ketenangan di kawasan-kawasan yang dianggap sebagai pedalaman Mesir.Daerah-daerah pedalaman biasanya kurang zahmah(sesak) jika hendak dibandingkan dengan kota Kaherah.Cubaan kami untuk menaiki keretapi dari Midan Ramses ke kawasan delta Nil tidak berjaya kerana penumpang sudah penuh.Lalu, kami akhirnya menaiki teksi van yang terdapat berdekatan dengan kawasan tersebut.Destinasi pertama kami ialah ke Damanhur lebih kurang 140 km dari Kaherah.
Sepanjang perjalanan aku menemukan keramahan yang luar biasa daripada orang Arab Kaherah.Aku teringat kata-kata seorang guru di sini yang mengatakan,".....kalau anta belum ke furu', bermakna anta belum lagi menjumpai orang-orang Mesir yang sebenarnya....."
Budi bahasa masyarakat di kawasan pedalaman Mesir memang jauh berbeza dengan orang Kaherah.Di mana-mana tempat yang aku singgahi, ada sahaja orang yang datang menyapa dan ingin berbual-bual dengan aku.Di Damanhur, semasa menziarahi kawan-kawan yang menuntut di Al Azhar cawangan Damanhur, pengawal keselamatan di situ datang dan bertanya-tanya tentang diri kami.Dari mana?Hendak ke mana?Awak ni orang Jepun ke?? Jepun???Heheheh.....Dalam teksi misalnya, ada makcik-makcik Arab yang menghulurkan kuih-muih untuk dimakan sepanjang perjalanan kami.Menaiki teksi di sini adalah salah satu pengangkutan yang cukup murah.Mungkin kerana harga minyak di sini rendah, tambang teksi tidak begitu mahal.Jika hendak ke kawasan selatan yang jaraknya 150 km dari Kaherah, tambang hanya 5 junaih(Tak sampai satu euro).Cuma, keadaan teksi yang buruk dan keadaan jalan raya yang uzur sangat menyakitkan.Bagi aku,menaiki himar(keldai) atau unta ke sini lebih selesa berbanding menaiki teksi.Infrastruktur Mesir secara umumnya tidak berubah di kawasan pedalaman sejak Perang Dunia Kedua!!!Habis sakit pinggang aku lepas sampai di Damanhur.Tapi tak dinafikan pemandangan sepanjang perjalanan sukar untuk didapati di Kaherah.Di kiri kanan terbentang ladang jagung dan sawah padi(ada padi kat sini rupanya).Limpahan air dari sungai Nil menjadikan tanah di daerah ini subur untuk pertanian.
Tujuan aku ke selatan sebenarnya bukanlah untuk ke Damanhur tetapi aku lebih cenderung untuk ke Tanta (baca:Tonto).Tanta adalah salah satu bandar penting di Mesir selepas Iskandariah.Kedudukan strategik kerana terletak di tengah-tengah kawasan delta Nil, lantas menjadikan kota ini sebagai persinggahan penduduk selatan Mesir sebelum ke Kaherah.Tanta masyhur dengan satu personaliti yang dianggap bersejarah dalam tarikh Mesir.Seorang tokoh tasawwuf terkemuka di Mesir yang bernama Syeikh Ahmad Badawi mengajar dan wafat di kota ini.Tidak diketahui siapakah sebenarnya manusia bernama Syeikh Ahmad Badawi ini.Keluarganya berasal dari Hijjaz, berketurunan Nabi Muhammad SAW tetapi dilahirkan di Fez, Maghribi.Dikatakan Syeikh Ahmad Badawi menadah pengetahuan daripada ilmuan-ilmuan di kota Mekah dan Madinah sebelum berangkat ke Iraq untuk mendalami ilmu-ilmu agama.Semangatnya untuk mengembangkan syariat Islam membawanya ke daerah Tanta ini.Di sinilah dia mengajar para penduduk, membaiki masyarakat dan membawa islah ke kawasan terpencil ini.Perlu disebut bahawa orang yang bernama Syeikh Ahmad Badawi inilah yang menggerakkan masyarakat supaya bangun menentang pencerobohan tentera-tentera Eropah ketika Perang Salib dahulu.Atas jasa-jasanya dia dimuliakan dan disanjung sehingga selepas kematiannya, para penduduk di sini mendirikan masjid yang besar dan indah(sehebat masjid Hussein) berdekatan dengan maqamnya sekarang.
Pada sisi maqamnya, aku melihat inskripsi-inskripsi yang menerangkan tentang kehebatan-kehebatan dan kalamnya (kata-kata hikamahnya).Terlalu banyak karamah (miracles) yang dikaitkan dengan syeikh ini.Misalnya, berupaya memadamkan kebakaran, membebaskan tawanan-tawanan perang di daerah yang jauh dan sebagainya.Samada kisah-kisah ini sahih atau tidak, hanya Allah dan rasul-Nya yang mengetahui.Fakta-fakta sejarah tentang dirinya tidak pernah jelas.Namun, rasa cinta penduduk Tanta terhadap Syeikh Ahmad Badawi sangat jelas.Ini dimanifestasikan oleh perbuatan mereka yang membina binaan indah di maqamnya.Dari masa ke semasa manusia datang dari daerah-daerah yang jauh untuk menziarahi maqamnya.Perbuatan yang aku lihat di Maqam Sayyidina Hussein seperti mengusap-usap dinding maqam,bertawaf di keliling maqam dan meletakkan setanggi di situ adalah pemandangan biasa.Sahabatku dari Tanta mengatakan amalan-amalan tareeqat tertentu turut hebat selepas solat Jumaat setiap minggu.Ramai ahli-ahli tareeqat yang ke mari untuk menjayakan upacara-upacara zikir mereka.
Salah seorang ulama' besar dari Pulau Pinang yang pernah menuntut di Mesir ini pada kurun ke-19 turut terkesan dengan pengaruh tokoh sufi ini.Aku tidak pasti namanya tetapi ulama' ini memberikan gelaran Badawi kepada anak-anaknya dan keturunannya dengan harapan supaya mereka akan menjadi insan berguna dan soleh seperti Syeikh Ahmad Badawi Tanta ini.Maka dari keturunan ulama' ini, lahirlah Sheikh 'Abdullah Fahim Badawi, bekas mufti Pulau Pinang yang banyak mengarang kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi di tanahair.Syeikh Abdullah Fahim Badawi merupakan rakan seangkatan Syed Sheikh Al Hadi dan Syeikh Tahir Jalaluddin iaitu pejuang-pejuang kemerdekaan Tanah Melayu daripada imperialisme British.Gerakan ini juga dikenali dengan Gerakan Kaum Muda kerana mereka membawa idealisme yang cukup berbeza dengan ulama' tradisional.Tokoh-tokoh inilah yang banyak membangkitkan umat Islam Tanah Melayu dari lena yang panjang dan idea-idea mereka menjadi ledakan semangat kemerdekaan negara kita.
Daripada Syeikh Abdullah Fahim Badawi, lahirlah Syeikh Ahmad Badawi yang tidak kurang hebat berbanding bapanya.Jasa-jasa Syeikh Ahmad Badawi iaitu anak kepada Syeikh Abdullah Fahim Badawi tidak aku ketahui sangat.Cuma Syeikh Ahmad Badawi mempunyai ramai anak yang berpengaruh dalam negara kita sekarang, antaranya Perdana Menteri Malaysia iaitu Abdullah Ahmad Badawi.Inilah yang sebenarnya menerangkan kenapa keluarga PM kita menggunakan nama Badawi.Keturunannya menisbahkan nama tersebut kepada tokoh sufi Tanta ini...........
Dari Tanta, aku bergerak pantas ke Mansurah.Kawasan Mansurah terkenal dengan penanaman padi.Sawah-sawah terbentang luas di daerah ini dan beras Mansurah sangat terkenal di kalangan orang-orang Mesir(meskipun aku rasa tak sesedap basmati).Kata Mansurah bererti 'yang dibantu' dalam bahasa Arab.Sedikit sebanyak nama Mansurah berkait rapat dengan sejarah bandar ini.Semasa Perang Salib, kerajaan Islam di Mesir pernah diasak oleh tentera-tentera Kristian dari benua Eropah.Perang yang berlangsung beberapa ratus tahun ini menyaksikan raja-raja dari negara-negara Eropah menghantar bantuan ketenteraan untuk merampas tanah Palestin dari tangan umat Islam melalui negara Mesir.Antaranya, Richard The Lion Heart (England), Frederick Barbossa (Jerman) dan King Louis(Peranchis).King Louis (aku tak pasti yang ke berapa) membawa tentera-tenteranya berlabuh di Mesir lalu menyerang kota Damietta (Dumyat).Selesai menawan Dumyat yang merupakan kota pelabuhan penting di kawasan Nil, Louis merasakan dia sudah cukup kuat untuk menawan seluruh Mesir.Namun, kehadiran Louis sudah dinantikan oleh 10 000 tentera Islam kerajaan Mamalik di Mansurah.Di kota inilah umat Islam membuat perhitungan dengan tentera yang dipimpin oleh King Louis.Louis ternyata sudah silap menilai kekuatan tentera Islam ketika itu dan tentera Salib akhirnya tewas sebegitu teruk sehingga Louis sendiri ditawan.Dia dikurung dan dilayan sebagai tebusan di bandar Mansurah ini.Pada waktu inilah, King Louis melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana sifat umat Islam ketika itu.Wanita-wanita Islam tidak pernah mendedahkan diri mereka pada lelaki yang bukan mahram (i.e memakai hijab).Tentera-tentera Islam pula melayan tahanan perang dengan baik (jauh beza dengan layanan di Abu Gharib!!).Malahan pada waktu malam, oran-0orang Islam bermunajat, berqiamulail dan beribadah.Al Qur'an sentiasa menjadi nasyid rasmi mereka dan rujukan tertinggi.Terlalu jauh bezanya dengan tentera-tentera Salib yang menghabiskan masa dengan berzina,minum arak, merogol atau menyeksa tawanan.
Setelah dibebaskan, Louis menceritakan tentang pengalamannya di Mansurah kepada pengikut-pengikutnya.Dia sendiri membuat kesimpulan bahawa umat Islam tidak mungkin boleh ditewaskan dengan pedang melainkan jika semangat al Qur'an dicabut dari jiwa mereka.Inilah yang menjadi asas kepada Ghazwatul Fikr atau penjajahan pemikiran yang dibawa oleh musuh-musuh Islam sekarang.

No comments:
Post a Comment