Friday, March 11, 2005

Cinta Seratus Tahun

Ribu-ribu di tepi jalan,
Tanam di ladang kunyit temu,
Kalau rindu pandanglah bulan,
Di situ rindu kita bertemu.
Image hosted by Photobucket.com

A glittering notes in reminiscing our alma mater. Written by Anak Alam.Read here.

Saturday, March 05, 2005

Mereka yang pulang.....

Hari ni, aku menghantar 2 lagi sahabat karib yang bakal meneruskan perjuangan di Malaysia.Yus dan Didi berangkat pulang ke tanahair 7 pagi hari ini setelah 3 tahun di UCD.Yus was my first housemate in Leeson St during my very first year in Ireland.Sepanjang malam kami berborak sebelum 'melepaskan' dia di airport.Tak sangka sudah 3 tahun bersama, sudah tiba detik perpisahan.Di lapangan terbang, kami hanya banyak membisu.Kesedihan.Aku nampak air mata Didi mengalir ketika melambai masuk ke Departure Hall.Satu demi satu sahabat-sahabat PMC akan kembali.Entah bila giliran aku pula........

Wednesday, March 02, 2005

Oteh

Semalam sahabat baik saya, Dr Oteh Maskun berangkat pulang ke tanahair sejak sekian lama berada di Dublin, Ireland.Agak hiba rasanya tidak dapat menghantar Dr Oteh dan Kak Wan sekeluarga kerana ada peperiksaan semalam (OSCE Clinical Skills).Persahabatan dengan Dr Oteh terlalu bermakna buat saya.Sebagai orang lama di Ireland (hampir 20 tahun di sini), banyak sekali bimbingan dan tunjuk ajar beliau.Kerapkali ketika ke Clonskeagh Mosque untuk kelas al-Qur'an, saya akan singgah di teratak beliau untuk bersembang.Walaupun jarak usia kami boleh dikatakan sangat jauh, kami tidak pernah merasakan ada 'barrier' di antara kami.Kami selesa membicarakan hampir semua isu bersama, termasuk soal-soal peribadi.Beberapa bulan sebelum beliau berangkat pulang, persahabatan kami makin akrab.Jika beliau singgah untuk ke Masjid South Circular, pasti beliau akan menziarahi saya di teratak buruk 308 South Circular Road.Kami kemudiannya akan bersembang hingga larut malam.Bicara soal pengalaman hidup masing-masing dan berkongsi pandangan tentang pelbagai wacana kehidupan.Katanya, beliau ditawarkan untuk menjadi Ketua Unit Kardiologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras.Insya Allah, kalau diberikan kesempatan saya akan pulang menziarahinya dan mungkin juga akan bekerja di bawahnya satu hari nanti.Terima kasih, Oteh.Hanya Allah SWT sahaja yang mampu mengganjari kebaikan-kebaikan beliau.