Friday, April 03, 2009

Tok Jib



Hari ini hari yang sangat bermakna. Salah seorang sepupu sebelah ibu aku selamat diijab kabulkan. Pasti event ini tidak sehebat upacara yang berlaku di Putrajaya. Datuk Seri Najib Tun Razak kini secara rasmi dimahkotakan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Sekaligus, ini melakar sejarah sebagai pasangan anak beranak pertama yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.( Najib ialah anak sulung bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak).

Tahniah diucapkan pada Datuk Seri Najib Tun Razak!Sebagai orang nombor satu dalam negara, Najib bakal menggalas tugas yang sangat berat. Ketika Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan, Pak Lah dikenali sebagai 'Mr Clean' kerana tidak pernah dibayangi oleh mana-mana skandal, salah laku atau kes-kes rasuah. Atas faktor ini rakyat Malaysia telah memberikan majoriti terbesar dalam sejarah negara kepada BN hingga menguasai lebih 90% kerusi parlimen.

Najib datang dalam keadaan yang sangat berbeza. Lihat sahaja artikel dalam 'The Economists',
'Enter Najib with Baggage: A New Leader Mired In Accusations'. Personaliti Najib dibayangi dengan begitu banyak tuduhan-tudahan salah laku, rasuah dan juga pembunuhan model Mongolia. Untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap BN adalah satu perkara yang cukup rumit masa kini. Salah seorang sahabat aku yang merupakan ketua cawangan UMNO pernah memberitahu daripada 10 pengundi berusia kurang 40 tahun, mungkin ada seorang sahaja yang masih mahu memangkah BN!

Dengan naiknya Datuk Seri Najib, teori RAHMAN menjadi kenyataan.

Rahman (Tunku Abdul Rahman Putra
Abdul Razak (Bapa Najib)
Hussein Onn (Bapa Hishamuddin Tun Hussein)
Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah)
Najib Tun Razak

Persoalan sekarang, apakah teori baru selepas teori RAHMAN? Ada sahabat yang mengunjurkan teori AMAN:

A nwar Ibrahim
M ohammad Nizar?Muhyiddin Yassin?
A ????
N ????

Ada sesiapa yang punya idea untuk mengisi kekosongan teori ini?