Friday, March 21, 2008

Ini Bukan Budaya Kita


Gambar daripada demonstrasi UMNO Pulau Pinang di hadapan KOMTAR

Beberapa bulan yang lalu, saban hari kita dimomokkan dengan mesej-mesej menghentam pihak-pihak yang mengadakan demonstrasi jalanan. Media rasmi kerajaan seperti RTM, tak putus-putus menyiarkan footage daripada perhimpunan BERSIH dan demonstrasi yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan isu video klip Lingam. Lalu diambillah pendapat-pendapat jalanan yang mengatakan;

"Demonstrasi bukan cara kita."
" Protes jalanan akan mengganggu ekonomi dan bikin kacau."
" Kita ada saluran yang lebih baik untuk suarakan kemarahan."

Dan macam-macam mesej propaganda bebal.

Bila berakhirnya PRU ke-12, tiba-tiba nada sebegini berubah 360 darjah. UMNO, sebuah parti yang tewas begitu teruk di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor secara drastik memilih jalan yang digambarkan oleh Khairy Jamaluddin sebagai 'beruk-beruk di jalanan'.

Hahaha....

Lucu sekali. Setelah ditolak oleh rakyat, UMNO kini terlalu desperate untuk meraih kembali sokongan orang Melayu. Satu-satunya senjata UMNO ialah membangkitkan sentimen Melayu dan DEB. Pulai Pinang yang kini dikepalai oleh Lim Guang Eng dikatakan bakal meminggirkan orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Orang Melayu di Pulau Pinang adalah kelompok yang paling terbawah dari sudut sosioekonomi negeri. Kehendak pimpinan DAP di Pulau Pinang yang mahukan DEP dimansuhkan di peringkat negeri seolah-olah hendak meminggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.

Tuan-tuan sekalian, bukankah selama ini UMNO dan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang?Dan selama itulah dasar-dasar DEB berjalan di Pulau Pinang. Orang Melayu semasa pemerintahan UMNO/Gerakan masih lagi di takuk lama. Sebut sahaja bidang apa sekalipun, pendidikan, ekonomi, pemilikan tanah dan sebagainya, DEB langsung tidak memberi impak maksima terhadap status orang Melayu di sana.

Maka, salahkah DEB yang gagal ini dimansuhkan? Kita harus ingat, DEB hanyalah satu polisi atau dasar yang dilaksanakan sejak zaman Tun Razak. Dengan memansuhkan DEB tidak bermakna kita menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Hakikatnya, keistimewaan orang-orang Melayu telah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Baik sesiapapun yang memerintah Malaysia, BN, DAP, PAS, PKR, PBS atau SUPP sekalipun keistimewaan orang-orang Melayu takkan terjejas.

DEB sejak tahun 1990-an merupakan lohong emas untuk kronisme, nepotisme dan korupsi. Semangat DEB memanglah baik sekali untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat peribumi yang ketinggalan berbanding kaum lain. Masalah cumalah pada perlaksanaan polisi tersebut. Sejak bertahun-tahun, UMNO menggunakan 2 senjata utama bila mahu berhadapan dengan pembangkang terutamanya DAP. Pertamanya, membangkitkan sentimen 'ketuanan Melayu' dan kedua, menimbulkan tentang DEB. Kedua-duanya sangat berkesan untuk memancing undi orang Melayu. Oleh itu tidak hairanlah bila Lim Guan Eng memasuki pentadbiran Pulau Pinang pada hari pertama, akhbar-akhbar berbahasa Melayu sudah memutar-belit kenyataan beliau tentang DEB.

Guan Eng memanglah bukan Melayu dan bukan Islam. Tetapi kita jangan sesekali lupa yang Guan Eng ini pernah dipenjara kerana seorang gadis Melayu. Seorang gadis yang dikatakan dirogol oleh seorang bekas Ketua Menteri UMNO. Guan Eng dipenjarakan hampir 2 tahun kerana dituduh di bawah Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi. Sebaliknya, bekas Ketua Menteri ini tidak diapa-apakan, malahan si 'perogol' ini masih bebas dan duduk di Majlis Tertinggi UMNO.

Bukankah Nabi SAW menyuruh kita agar takut dengan doa orang yang dizalimi? Tidakkah doa orang yang dizalimi tiada hijab antaranya dengan Allah SWT, meskipun dia seorang kafir? Pemuda yang dahulunya dipenjara kerana membela maruah seorang gadis Melayu dan Islam, kini bergelar seorang Ketua Menteri. Itulah anehnya aturan hidup ini. Tiada kejahatan yang boleh terlepas daripada pembalasan.Tiada kebaikan yang tidak akan diganjari. Itulah keadilan.Selagi UMNO dan para pemimpin BN tidak memahami konsep keadilan sebegini, parti ini tidak akan relevan. Kita hanya menunggu PRU ke-13. Menunggu parti ini dikuburkan dengan penuh adat-istiadat demokrasi!

Sunday, March 09, 2008

Ubah nasib II



Oh, Tuhan!! Ampunkan aku kerana selama ini aku meragui 'kewujudan'-MU. Rupa-rupanya Kau senantiasa mendengar rintihan dan keluhan hamba-hambaMu yang lemah dan dizalimi. Segala puji hanya milikMu! Engkau yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Kau kehendaki dan kau mencabutnya dari sesiapa yang Kau kehendaki!

For the first time in my life, I'm proud of you, my fellow Malaysians!!


BA Menang Lima Negeri!!!
Roket Menjulang di Negeri Badawi
BN Ranap di Selangor
Bye-Bye Uncle Samy Vellu dan Makcik Shahrizat!
Abdullah Terkedu