Thursday, September 08, 2005

Pembuat dan Pengguna

From Malaysia Today, a heavy piece from Hisham but he delivered it in his funny/sarcastic way.Typical Hishamuddin Rais.Truly a Malay College legend.....
Pembuat dan Pengguna
Oleh Hishamuddin Rais
Pada awalnya di dunia ini tidak wujud konsep yang kita fahami sebagai keahlian, pakar atau jaguh. Rasa saya apabila penduduk bertambah ramai dalam satu-satu kampung dan tamadun kita berkembang maka barulah muncul konsep tukang atau pakar ini. Ada tukang rumah, ada tukang kasut atau ada tukang masak. Tukang ini sebenarnya ialah pakar yang memiliki pengalaman dalam segi pembuatan. Melalui pengalaman yang terkumpul si polan ini menjadi orang yang di rujuk apabila kita hendak membuat rumah atau membuat kasut.Ilmu dan pengetahuan yang terkumpul dari para tukang ini dibukukan dan akhirnya dapat diajarkan secara tersusun di sekolah, di kolej atau di universiti. Kini semua jenis ilmu telah menjadi satu disiplin pengkhususan. Hari ini tidak wujud lagi seorang insan yang mengetahui pelbagai ilmu. Disiplin ilmu-ilmu moden hari ini semakin menjadi begitu khusus sekali sehinggakan ada bomoh yang hanya mengetahui hal perut, atau hanya berilmu tentang jantung sahaja atau berilmu tentang hal kemaluan sahaja.
Minggu lalu saya sempat berjalan di Lebuh Ampang. Di lebuh ini sedang didirikan satu laluan beratap untuk pejalan kaki. Saya yakin projek ini dilakukan bukan kerana pihak berwajib ingin merayakan dan memberi keselesaan kepada warga tempatan yang berjalan kaki tetapi untuk menunjuk-nunjuk kepada para pelancong asing bahawa Kuala Lumpur juga memiliki ”pavement” yang beratap. Di sini saya tidak mahu menyentuh tentang estetika atap-atap jalan ini kerana ianya terlalu hodoh untuk dibincangkan. Kehodohan estetika ini memerlukan satu kajian yang lebih mendalam.Apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah laluan beratap ini didirikan begitu rendah sekali. Atap laluan ini bukan pula dibuat dari daun rumbia atau dari genting untuk memastikan ianya teduh dan sejuk. Ianya dibuat dari plastik. Kerana tiangnya tidak tinggi atap ini hampir mencecah kepala, maka bayangkan betapa panasnya sesiapa sahaja yang cuba berjalan kaki di bawah atap plastik laluan ini.
Saya memang tidak terlatih dari segi ilmu seni bina tetapi dalam hal laluan beratap ini saya memiliki pengalaman. Ini kerana di sekolah saya - Malay College Kuala Kangsar - ada laluan beratap ini. Jauhnya hampir satu kilometer - dari bangunan tempat tinggal murid, laluan ini menjalar ke bangunan utama bilik darjah. Tiangnya tinggi dan dibuat dari atap genting. Laluan beratap pasti telah dibuat puluhan tahun dahulu dan masih lagi kukuh. Laluan ini cukup selesa dan berfungsi untuk digunakan semasa hujan, ribut atau panas.Sebenarnya sesiapa yang pernah berjalan kaki di Kuala Lumpur akan bertemu satu lagi laluan beratap. Ini dari kawasan Pasar Seni menuju ke Perhentian Keretapi Lama. Laluan ini juga beratapkan plastik yang dibuat rendah. Dapat dirasakan bahang pancaran matahari jika kita menggunakan laluan ”pavement” ini ditengah hari. Apa yang membantu meredupkan laluan ini ialah wujudnya lingkaran bunga kertas yang tumbuh menjalar di atap. Tanpa lingkaran bunga kertas ini saya yakin laluan ini telah lama ditinggalkan membazir.Bila saya melihat rekaan seperti ini maka saya sedar bahawa tukang reka atau si pembuat pelan laluan ”pavement” ini tidak pernah dalam seumur hidupnya menggunakan laluan ini. Dia pastilah seorang arkitek yang telah diupah oleh seorang kontraktor. Kontraktor ini besar kemungkinan seorang Bumi yang telah mendapat tender ini dari Dewan Bandarraya melalui hubungan politik. Si arkitek, si kontraktor dan pegawai DBKL ini semuanya memiliki kereta. Mereka mungkin tinggal di Taman Tun atau Bukit Damansara. Tidak terlintas dalam kepala mereka bahawa mereka akan berjalan kaki dari Pasar Seni ke Perhentian Keretapi dengan menggunakan laluan yang telah mereka reka ini.
Saya cukup yakin di sekeliling kita hari ini amat banyak bangunan yang direka oleh para arkitek sebenarnya amat tidak sesuai untuk digunakan oleh manusia. Mungkin apa yang saya tulis ini seperti satu khabar angin untuk memburukkan para arkitek tetapi sila selidiki sendiri untuk memastikan apa yang saya tulis ini betul atau tidak. Misalnya, satu lagi contoh terbaik ialah sistem monorail yang mengelilingi kota Kuala Lumpur. Laluan keretapi ini telah dibuat di tepi jalan atau di tengah-tengah jalan yang telah sedia wujud. Apa yang memeranjatkan saya ialah walaupun stesen ini dibuat di tengah-tengah jalan ianya tidak pula direka untuk dijadikan jejantas untuk laluan awam. Kenapakah si pereka stesen ini terlalu bodoh dan tidak berfikir bahawa alangkah moleknya di setiap stesen ini diwujudkan laluan jejantas untuk kegunaan awam – yang boleh ke kiri atau ke kanan. Bukan sahaja jejantas ini akan memberi keselesaan kepada bakal pelanggan tetapi orang ramai juga boleh menggunakan sebagai laluan untuk melintas. Kenapakah perancang projek ini tidak memikirkan bahawa apa yang kita buat ini adalah untuk keselesaan orang ramai. Kenapa orang ramai perlu dibuli dan menghadapi maut untuk melintasi jalan yang sentiasa sibuk dengan kereta.Untuk saya telah cukup jelas untuk membuktikan bahawa orang yang membuat pelan ini tidak pernah akan menggunakan bangunan atau stesen yang mereka sendiri buat dan rancang. Saya rasa telah sampailah masanya para arkitek, para perancang, para kontraktor dan para politikus datang untuk melihat apa yang telah mereka lakukan. Mereka perlu melihat kebodohan rancangan yang telah mereka luluskan.Di Perancis kalau kita pergi mencari restoran atau kedai makan kita akan bertemu iklan di hadapan pintu masuk - Le patron mange ici - tuan empunya restoran makan sama di sini. Iklan ini dipaparkan untuk memberi keyakinan kepada bakal pelanggan bahawa restoran atau kedai makan ini adalah baik dan berkualiti sehinggkan tuan empunya - pasti orang berduit - makan di tempat yang sama. Mereka berbangga dan bertanggung jawab dengan apa yang mereka berikan untuk orang ramai. Kita tidak memiliki sikap ini.Tuan kontraktor, tuan arkitek dan para politikus kita tidak mempedulikan kerja-kerja yang mereka lakukan. Mereka membuat sesuatu hanya untuk keuntungan yang maksima. Atau mereka merasa puas asalkan kerja itu dilihat siap.
Politikus pula meluluskan projek untuk dilihat yang dirinya telah melakukan sesuatu. Memang betul semasa upacara perasmian stesen ini dilakukan para jemputan kelihatan selesa. Ini kerana dihari perasmian, mereka semua bukan pengguna yang tulin. Mereka hanya menggunakan stesen ini untuk hari itu sahaja. Mereka datang untuk media - untuk dilihat di kaca tv atau di dalam akhbar.Saya yakin jika hari ini sekali lagi si kontraktor, si arkitek atau si politikus datang menggunakan stesen-stesen seperti yang dilakukan oleh orang ramai maka mereka pasti akan melihat kebodohan dan kebebalan projek yang telah mereka lakukan. Pengkhususan ilmu-ilmu ini sebenarnya telah memisahkan si pembuat dengan si pengguna. Mereka yang membuat tidak menggunakan apa yang dibuat. Dari pengalaman ini maka saya mencadangkan semua pakar-pakar ini kita 'sekolahkan' kembali. Arkitek yang membuat pelan untuk monorail itu kita paksa dia menggunakan sistem itu. Beri dia kesedaran.Atau jika dia telah membuat pelan reka bentuk rancangan rumah kos rendah maka diwajibkan si arkitek, si kontraktor dan si politikus tinggal satu tahun dalam rumah-rumah yang mereka rancang. Bila ini terjadi maka barulah boleh dibuat satu papan tanda besar-besaran yang bertulis - Satu lagi projek perumahan kerajaan Barisan Nasional - arkitek, kontraktor dan wakil rakyat - mereka semua tinggal dalam rumah ini.

Tuesday, September 06, 2005

Guidance Media Download

A new material that can be downloaded from Guidance Media.A beautiful salawat recited before Juma'ah prayer in Tarim by Malaysian qari there.His voice just fly my mind and my heart back to Malaysia, where the mu'azzin of the mosque near my house recites the same salawat with the same rhythm and melody.Click here to download.

Monday, September 05, 2005

Martin van Bruinessen II

He is Dutch but his wealth of knowledge about Islamic sociology and anthropology surpassed most of our scholars and academicians.An outstanding Oriental Study figure.I found his writings when searching information on Syafi'i texts in tradisional madrasahs.His paper, Kitab Kuning: Books in Arabic Script Used in Pesantren Milieu potrayed how condensed the curriculum of Islamic jurispundence in our traditional madrasahs especially in Indonesia.Reminds me of the system and curriculum of Dar Mustafa and other typical Hadramawt madrasahs.To read his writings, click here

Martin van Bruinessen

Martin VAN BRUINESSEN (1946, Schoonhoven, Netherlands) studied theoretical physics and mathematics at Utrecht University, graduating 'cum laude' in 1971. He later switched to social anthropology, which he had studied as a hobby on the side. In 1974-76 he spent two years doing fieldwork in (the Kurdish-inhabited parts of) Iran, Iraq, Turkey and Syria for study of social organisation and social change among the Kurds. This fieldwork, supplemented with archival research, resulted in a Ph.D.thesis (Agha, Shaikh and State: On the Social and Political Organization of Kurdistan) submitted to Utrecht University in 1978, revised versions of which were later published in German, Turkish, Kurdish, Persian and again English.

During the years 1978-81 he travelled extensively in Turkey, Iran (on which he published a number of articles) and Afghanistan (where he worked in a village development project). In between (mainly during 1979-1980), he did research in Ottoman history and taught an advanced Turkish course, both at the Department of Turkish Studies of Utrecht University. The work on Ottoman history, done in co-operation with colleagues of different backgrounds, resulted in the edition and analysis of (parts of) the single major source on Kurdish society in the 17th century, Evliya Çelebi's Seyahatname (1988).

From 1982 on, he has concentrated on Indonesia as a second area of research, spending altogether 9 years there in research and teaching on various aspects of Indonesian Islam. This included a year of fieldwork in a poor slum in the city of Bandung, four years as a consultant for field research methods at Indonesia's Institute of Sciences, supervising large research projects on Indonesia's ulama and on co-operatives in various parts of the country, and two and a half years as a lecturer of sociology of religion and related subjects at the State Institute of Islamic Studies (IAIN) in Yogyakarta. These activities resulted in numerous publications, in English and Indonesian.

Between his stays in Indonesia he returned several times to the Middle East on short research trips, focusing on Kurdish and Turkish politics and religious movements. His most recent research focuses on shifting ethnic and religious identities in Turkey and on developments in the Kurdish movement.

Since 1994 van Bruinessen has taught Kurdish and Turkish studies at the Department of Arabic, Persian and Turkish Languages and Cultures of Utrecht University. During the course year 1996-97 he was a guest professor for Kurdish studies at the Institute of Ethnology of Berlin's Free University. He also taught, for shorter periods, at the Institut National des Langues et Civilisations Orientales (INALCO) in Paris. In 1999 he was appointed to the chair of comparative studies of modern Muslim societies at Utrecht University and the International Institute for the Study of Islam in the Modern World (ISIM).

Besides the major West European languages, Van Bruinessen is fluent in, and has lectured in, Turkish and Indonesian, reads and speaks Kurdish and Persian, and has passive knowledge of Arabic and Javanese. He has made most of his scholarly work available to the people with whom it deals in the form of Indonesian, Turkish, Kurdish, Persian and Arabic translations.

Sunday, September 04, 2005

Mudafi' Mazlum

A fatwa issued by Shafi'i scholar from Oxford, Sidi Afifi al-Akiti. A must-read article regarding suicide-bombeing, so-called jihad operations and killing of civillians.Although it differ a bit from fatwa issued by Grand Mufti of Egypt, Dr Ali Ghom'a regarding Palestinian issue, the hukm derivation stated was clear, concise and with full clarity. But I still think that Palestinian issue should be treated as a separate entity.Read here

Post Summer 05

I had a brilliant holiday this summer.Many priceless experiences that I can reminisce.Firstly, Deen Intensive that took place in humble Dublin Mosque.With the presence of Ustaz Fauzi Hadrami, the emptiness of summer suddenly changed into a hectic period.None of us have ever attended such an intensive course, covering 5 texts per day ranging from hadith, fiqh, tafsir and tasawwuf.Except tafsir, we managed to cover everything.I’m delighted that many participants are willing to stay as long as possible.It was not easy to spill commitment in the middle of a holiday to study deen, traditionally.

Secondly, trip to Glasgow to meet up Sidi Aziz Ahmed and Anak Alam.I can’t express how much delighted I am to be with Sidi Abdul Aziz.Sidi Abdul Aziz, somehow has a magnetic personality.Humble and down-to-earth person but only Allah SWT knows the sea of knowledge inside him.I remembered when one of his student mentioned about Dr Mostafa Badawi praising Sidi Aziz when the student met Dr Mostafa in Madinah."Never underestimate Sidi Abdul Aziz.He’s a true scholar.If I’m in Glasgow, I’ll knock his door everyday to learn from him!”

Thirdly, my holiday in Malaysia after 2 years.Surprisingly, there were so many changes that I noted.My brothers and my youngest sister look so grown up already.(lama sangat aku tak balik).Although I just went home for a month, I did quite a few things that I planned.Among them, going to every single wedding of my friends, especially Mat Zack (dekat Taman Tun, it's already my area) and also Budu, my MCKK friend. To all of my friends that tied their knots during summer, all the best in your wedded life.