Thursday, September 06, 2007

Arabic Gems

There is one blog, dedicated for the readers points of benefit concerning various aspects of the Arabic Language. This is an amazing blog. For all Arabic language students that yearn to master, explore and appreciate the greatness of Koranic Arabic, check this out.

Wednesday, September 05, 2007

Merdeka

Ada seorang rakan pernah mengungkapkan;

"Sejarah ditulis oleh puak yang menang. "

Aku tak pernah ambil pusing tentang kenyataan sedemikian sehinggalah tiba bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-50!

Sudah 5 hari tarikh keramat 31 Ogos berlalu. Di sana sini masih ada sisa-sisa manusia yang mengibar jalur gemilang. Jika ditonton di kaca tv, seolah-olah satu negara sedang berpesta meraikan kemerdekaan. Di Parlimen, begitu riuh pembangkang mempersoal perbelanjaan sebenar pesta bulan kemerdekaan. Kos yang dileburkan tidak kurang RM100 juta sahaja.

Hakikatnya, sambutan kemerdekaan kali ini begitu hambar. Tidak setimpal dengan wang yang dihanguskan untuk membiayai pesta bunga api dan liburan. Mood masyarakat untuk meraikannya terlalu hambar. Pernah aku menghabiskan masa mengira berapa banyak kereta di lebuh raya yang mengibar bendera Malaysia. Daripada 100, hanya 5,6 buah sahaja yang memasang dan mengibar jalur gemilang. Datuk Ahmad Zahid Hamidi pernah dilaporkan sangat berdukacita dengan respon masyarakat dalam meraikan hari merdeka ini. Nak buat macam mana, Datuk?Propaganda kerajaan BN yang ditunjukkan dalam media amat keterlaluan. Saban hari hanya mengulas jasa-jasa tokoh-tokoh kemerdekaan dari Parti Perikatan semata-mata. Seolah-olah hanya Tunku Abdul Rahman yang paling berjasa. Tun Tan Cheng Lok paling banyak berusaha. Datuk Onn Jaafar paling banyak bekerja.

Mana dia Ibrahim Yaacob pemuka Kesatuan Melayu Muda?
Mana dia Dr Burhanuddin Hilmi, seorang Sufi, Mahatma Gandi Tanah Melayu?
Mana dia Ishak Hj Muhammad, peniup semangat kemerdekaan melalui tulisan?
Mana dia Ahmad Boestamam, pengasa Gerakan Kiri Tanahair (KITA) ?
Mana dia Ustaz Abu Bakar Baqir, Ustaz Abd Rabb Tamimi, Ustaz Abdul Rauf Nur, pengasas/penggerak hizbul Muslimin yang begitu menggentarkan British?

Manusia-manusia ini yang mula-mula melaungkan "Merdeka! Merdeka" pada saat-saat UMNO baru ditubuhkan dan hanya memekik "Hidup Melayu! Hidup Melayu!"

A. Samad Ismail pernah ditanyakan oleh wartawan dari US tentang pemimpin-peminpin Melayu pada awal 60-an. Dengan selamba beliau menjawab;

"Nak bertemu dengan pemimpin Melayu?Jangan harap! Semuanya dalam penjara!"

Lembu punya susu tapi sapi yang dapat nama.

Alahai bangsaku!!! Malas aku berfikir tentang nasibmu!!