Wednesday, September 29, 2004

Diwan Imam Syafi'i

Exam terhampir aku pada minggu hadapan.Subjek 'Endocrinology and Reproductive Disease'.Bosan rasanya menelaah.Terpandang kitab-kitab Arab yang aku beli di Mesir....tersusun kemas di atas rak.Salah sebuahnya ialah 'Diwan' ataupun himpunan syair-syair dan kalam Imam Muhammad bin Idris Al-Syafi'i.'Mufradat' yang terkandung di dalam syair-syair beliau agak sukar untuk aku fahami.Namun....terlalu banyak hikmah yang tersembunyi di sebalik syair-syair beliau.Teringat memori ketika mengunjungi maqam Imam Syafi'i dan gurunya Waqi' di pinggir Jabal Muqattam di Kaherah.Ahhh.....bila agaknya hendak kembali ke sana, mengutip kenangan silam.....


" Aku bertanya kepada gurunya, Waqi' tentang kelemahan hafalanku,
Lalu dia mengkhabarkan kepadaku agar meninggalkan maksiat,
Kerana sesungguhnya ilmu Allah adalah cahaya,
Dan cahaya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada si 'Asi "

'Asi=pelaku dosa

No comments: