Sunday, January 18, 2009

Jika Nizar Qabbani Masih Hidup.....

If I were promised safety,
if I could meet the Sultan
I would say to him: O my lord the Sultan!
my cloak has been torn by your ravenous dogs,
your spies are following me all the time.
Their eyes
their noses
their feet are chasing me
like destiny, like fate
They interrogate my wife
and write down all the names of my friends.
O Sultan!
Because I dare to approach your deaf walls,
because I tried to reveal my sadness and
tribulation,
I was beaten with my shoes.
O my lord the Sultan!
you have lost the war twice
because half our people
has no tongue!

(Nizar Qabbani)


Saya mengakui saya bukanlah seorang yang puitis, mahupun berbakat dalam puisi. Tapi saya sangat meminati karya-karya kesusasteraan baik hasil karya sasterawan tempatan mahupun luar negara. Nizar Qabbani salah seorang daripada penyair-sasterawan Arab yang saya segani. selain daripada Khalil Gibran. Meskipun saya mengalami kesukaran membaca syair-syairnya dalam bahasa yang original (Arab), terjemahannya sahaja sudah cukup indah dan membawa getaran jika difahami dari sudut makna.

Puisi ini adalah rintihan Nizar tentang kekalahan negara-negara Arab dalam Perang Enam Hari 1967 apabila mereka berhadapan dengan negara haram Israel. Jika Nizar masih hidup, mungkin syair ini akan diolah ;
O Lord the Sultan,
You have lost the war THRICE,
because ALL of your people have no tongue!!

Nizar, anak jati Damsyik, Syria pada awal kebangkitannya sebagai seorang sasterawan muda tidak menumpukan tema sosiopolitik yang nyata dalam karya-karyanya. Namun, kekalahan bangsa Arab dengan Israel sangat melukakan. Menghancurkan hati jutaan umat Islam yang kasih kepada bumi suci Palestine. Pada periode inilah, unsur-unsur antiauthoritarianism semakin membakar dan menyerlah pada karya-karya beliau.



Kita tidak sepatutnya tewas dan kehilangan Palestin. Bahkan dengan kekuatan negara-negara Arab sekitar, kita mampu sekurang-kurangnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan negara haram Yahudi. Yang mengalahkan kita ialah sikap pemimpin Arab yang lemah dan lembik lantas menjadi proxy kepada kuasa-kuasa besar dunia. Arab sudah terlalu lama percaya kepada 'Arab Socialism'. Seperti kata Shaykh Ahmad Kuftaro, mantan mufti Syria, bahawa fahaman ini tdak membawa orang Arab ke mana-mana. Yang bangkit cumalah ditaktor-ditaktor kejam yang menghapuskan lawan politik mereka, bukan musuh sebenar seperti Israel. Media massa dikuasai, teguran dan kritikan dibisukan. Ulama-ulama dipenjara dan dibunuh.
Darah yang paling murah ialah darah kita. Orang Islam masih tidak sedar-sedar dan berbalah sesama mereka. Lebih menghairankan pada saat-saat Gaza dibantai masih ada negara Arab seperti Arab Saudi yang memulaukan sidang khas Liga Arab yang menyaksikan sokongan tidak berbelah bahagi Presiden Iran, Ahmadinejad terhadap perjuangan HAMAS. Inikah yang dikatakan negara yang mengikut 'manhaj Salaf'? Yang menjadi khadam dua Tanah Haram?





'Terrorist'beling killed in Gaza
Hosni Mubarak and Israeli Foreign Minister, Tzipi Livni

Dari sudut lain, Mesir pula mengkhianati umat Islam Gaza dengan menutup pintu sempadan Rafah. Tidak ada dalam sejarah, penduduk di satu-satu bandar seperti Gaza diserang dan dalam masa yang sama negara yang berjiran menutup pintu sempadan lantas membiarkan penduduk bandar tersebut dibantai mentah-mentah. Yang dikhuatiri Mesir bukanlah nyawa penduduk Gaza terkorban tetapi penyaluran senjata dari Mesir ke Gaza dan 'kedaulatan' Mesir yang dicemari jika pintu sempadan dibuka seluas-luasnya untuk penduduk Gaza.

Untuk kembali menegakkan keadilan di bumi Palestin, transformasi dalaman umat Islam sangat perlu. Musibah yang melanda umat Islam hari ini, jika ditinjau menurut pandangan Syed Naquib al-Attas ialah 'kehilangan adab'. Lantas, kita mempunyai kecenderungan untuk memilih dan melantik pemimpin-pemimpin yang tidak berkualiti kerana tidak mengenal di manakah 'ranking' dan status sebenar mereka. Perjalanan perjuangan ini masih jauh. Selagi kita berterusan begini, ratapan manusia seperti Nizar Qabbani akan terus muncul dalam dunia persuratan Arab dan Islam. Ratapan tanpa henti untuk bumi Palestin yang sehingga kini menuntut pembelaan.

1 comment:

puteri nad said...

jgn lupa memboikot