Sunday, March 01, 2009

PAS dan Bahasa Ibunda


Bagi menghabiskan masa-masa kebosanan di Seremban, aku mengkhatamkan lebih kurang lima judul buku sepanjang empat bulan yang lepas. Malang sekali, 'kuasa' membaca yang ada pada aku sudah tidak sekuat semasa zaman-zaman mahasiswa dahulu.  Antara buku yang aku 'langsai'kan pada kali ini ialah Islam and Sekularism oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AWAS ke Regimen ke 10, Inilah Jalanku karya Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki, Al-Maliki: Ulama Rabbani Abad ke-21 karya Shaykh Fuad Kamaluddin. 

 

Buku Syed Naquib sememangnya karya ‘masterpiece’. Aku juga sangat ‘terseksa’ untuk menghabiskannya. Mungkin kerana tahap intelektual aku yang sudah merudum atau buku ini sangat sukar dibaca oleh orang awam yang tidak punya latar belakang pengetahuan tentang falsafah dan kebudayaan serta pemikiran Islam. Memoir Shamsiah Fakeh aku habiskan beberapa hari sebelum pemergian beliau  ke Rahmatullah. Sayang sekali pemergian srikandi seperti beliau tidak begitu mendapat liputan luas media. Aku teringin sekali untuk menulis sedikit sebanyak ulasan terhadap buku tersebut. Malangnya sehingga sekarang aku masih kesuntukan masa. 

Buku Inilah Jalanku ialah karya Sayyid Muhammad Alawi yang diterjemahkan daripada naskhah Arab berjudul 'Qul Hadhihi Sabili'. Naskhah Arabnya juga ada dalam tangan aku yang dihadiahkan ketika aku menziarahi madarasah Almarhum di Rusayfah ketika mengerjakan umrah pada musim panas tahun 2006. Buku ini adalah himpunan ilmu-ilmu fardhu ain meliputi ilmu aqidah, fiqh dan tasawwuf yang diringkaskan. Meskipun ringkas, kandungan sangat padat dan bernas. Kita boleh melihat'tendency' tasawwuf yang jelas pada method penulisan Almarhum. Buku ketiga ialah manaqib atau biografi Sayyid Muhammad Alawi yang dinukilkan oleh Shaykh Fuad Kamaluddin. Buku ini sangat bernilai kerana buku tidak dijual oleh mana-mana kedai buku melainkan oleh Yayasan Sofa. Dalam buku ini diceritakan riwayat hidup Sayyid Muhammad Alawi, keluarganya dan permusafirannya menuntut ilmu. Turut dimuatkan ialah rantaian sanad-sanad ilmunya daripada ratusan para masyaikh dan sanad-sanad kitab-kitab hadith utama yang yang dimiliki oleh Almarhum. Di akhir kitab ini dimuatkan zikir-zikir yang dihimpunkan oleh Almarhum untuk diamalkan oleh penuntut madrasah beliau. Aku sangat menyarankan agar mereka yang berkesempatan mengikuti pengajian-pengajian Shaykh Fuad agar membeli kitab yang amat bernilai ini. Ini buku terbaik untuk memahami latar belakang dan manhaj yang dibawa Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki.




Almarhum Prof Zulkifli Muhammad

Buku ke-4 yang aku habiskan (akhirnya) ialah buku yang sangat bermakna. Buku ini:Pemikiran Bahasa & Sastera Zulkifli Muhammad Dari Perspektif Islam, dikarang oleh Talib Samat yang menilai dan membahaskan pemikiran Prof Zulkifli Muhammad bekas Naib Yang DiPertua PAS daripada karya-karya sastera beliau. Apa yang menarik, selain memuatkan biografi Prof Zulkifli yang dianggap sebagai 'genius' Melayu pada zamannya, buku ini turut melontarkan idea Prof Zulkifli  tentang bahasa Melayu yang masih relevan hingga kini. Prof Zulkifli, bekas mahasiswa Al-Azhar dan American University di Kaherah, Mesir merupakan tokoh terkemuka dalam PAS. Beliau sejak kecilnya cacat sebelah tubuhnya kerana penyakit polio tetapi akhirnya menjadi masyhur sebagai ahli politik, pemidato, penyair dan ahli fikir yang ulung. Pemergiannya dalam usia yang cukup muda merupakan kehilangan besar pada tanahair. Beliau meninggal dunia pada usia 36 tahun setelah terbabit dalam kemalangan jalanraya di Kuantan, Pahang. Isterinya turut terkorban dalam nahas yang sama. Ketika menuntut di MCKK, salah seorang ustaz aku pernah menceritakan bahawa kemalangan beliau sebenarnya adalah pembunuhan terancang yang memang sudah diatur oleh Parti Perikatan yang memerintah. Benar atau tidak, tiada sesiapa yang mampu membuktikannya.

 

Beberapa hari kebelakangan ni, kedengaran suara-suara bantahan yang memuncak terhadap perlaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dan subjek sains dan matematik. Majoriti ahli bahasa sememangnya tidak setuju dengan dasar ini. Me'nyah'kan bahasa Melayu daripada subjek ilmiah seperti sains dan matematik akan menghapus rasa hormat bangsa lain dan bangsa Melayu sendiri terhadap bahasa kebangsaan. Dalam konteks ini Prof Zulkifli menulis;

 

" Saki-baki penjajahan dalam merendahkan bahasa kita masih ada sekarang ini dan akan berkepanjangan sekiranya dibiarkan. Jadi, soal pertama kita ialah menghapuskan rasa memandang rendah kepada bahasa Melayu daripada tiap-tiap rakyat negeri ini terutama orang-orang Melayu. Jangan ada seorang pun merasa syak akan kesanggupan bahasa Melayu..."


Masalah dengan orang Melayu ialah kita terlalu terhegeh-hegeh, mengada-ngada dan ingin sekali dilihat 'ada class' dengan bertutur dalam bahasa Inggeris. Kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dilihat sebagai tanda aras kemajuan atau ketinggian ilmu. Pendapat ini tidaklah benar 100%. Berlambak-lambak negara di dalam dunia ini masih maju walaupun para pemimpin dan rakyat mereka tidak fasih bahasa Inggeris dan hanya mengetahui bahasa ibunda mereka sahaja. Jepun, Perancis dan Jerman adalah contoh yang baik. Perspektif yang mengagung-agungkan bahasa Inggeris sehingga terlebih 'Inggeris' menjadikan bahasa ini sebagai pengantar dalam subjek sains tidak lain adalah satu akibat 'inferiority complex' yang terhasil dari minda yang terjajah. Berbeza dengan negara jiran kita, Indonesia, pemerintah Malaysia (yang dikepalai oleh UMNO) gagal memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Hasilnya, sekolah-sekolah vernakular masih subur dan terlalu ramai bangsa bukan Melayu yang masih tidak fasih berbahasa Melayu. Kalau di PPUM dahulu, aku pernah terjumpa beberapa pesakit belasan tahun yang tak begitu reti bercakap bahasa Melayu. Yang dia pandai cuma beberapa kerat perkataan seperti, “Tolong”, “Telima Kasih” dan “ Manyak Sakit !”. Menurut pendapat sahabat-sahabat lain yang bekerja di Pulau Pinang, keadaan jauh di sana lebih teruk! Kegagalan mewujudkan satu bahasa rasmi yang dituturkan dan dihormati menyebabkab proses ke arah perpaduan dan pembentukan ‘Bangsa Malaysia”  satu proses yang terencat dan kemungkinan besar akan gagal. Bangsa-bangsa bukan Melayu di Malaysia secara hakikatnya tidaklah begitu berminat dan mencintai bahasa ini. Ini kerana tiada galakan dan penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Kebanyakan mereka hanya belajar bahasa Melayu kerana bahasa ini dijadikan subjek wajib di sekolah-sekolah. Matlamat pembelajaran hanya untuk lulus periksa semata-mata.Dahulu peperiksaan besar seperti SPM menggunakan sistem aggregate yang mewajibkan gred bahasa Melayu dikira dalam aggregate keseluruhan. Sejak pengenalan sijil terbuka, peranan bahasa Melayu dalam peperiksaan sendiripun sudah tidak begitu relevan.

 

Berbeza di Indonesia di mana seluruh rakyatnya mempunyai kebanggaan dengan bahasaIndonesia. Hasilnya, teman-teman berbangsa Cina dari Indonesia jauh lebih fasih bahasa Melayu berbanding dengan bangsa Cina di Malaysia.  Malah, fenomena ini menjadikan aktiviti kesusasteraan di Indoneisa lebih subur berbanding Malaysia. Hal ini telah diperhatikan oleh Prof Zulkifli;

“ Sesudah perang besar kedua perkembangan bahasa Melayu di Indonesia telah lebih pesat dan dengan kemerdekaan Indonesia bahasa itupun mendapat tempat yang penuh kedaulatan dan kekuatan. Semua itu terzahir dalam pegaruh bahasa itu di situ dan dalam isi kesusasteraan yang subur dari satu masa ke satu masa…”

 

Pasca kemerdekaan, bangsa Indonesia terus kekal dengan kebanggaan terhadap bahasa Melayu. Keadaan menjadi sebaliknya di tanah seberang iaitu Malaysia. Keadaan dan status bahasa Melayu  menjadi parah apabila Dr Mahathir memperkenalkan dasar ‘separuh masak’ dan penuh tergesa-gesa dengan perlaksanaan pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya tiada sesiapa  membantah jika mana-mana anak Melayu ingin memperkasa bahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa yang wujud di atas muka bumi. Namun, perlaksanaan ini akan merendahkan martabat dan persepsi bangsa bukan Melayu dan Melayu sendiri terhadap bahasa kebangsaan. Apakah bahasa Melayu tidak layak dijadikan bahasa ilmiah? Dalam kotenks ini, Prof Zulkifli menulis;

 

“….Ada orang akan bersungut kecil tentang tak adanya istilah-istilah ilmiah dalam bahasa Melayu. Ya! Sekarang itu memanglah bahasa Melayu belum dilengkapkan. Bukankah bahasa Melayu telah lama dibenam penjajah? Hakikat ini janganlah dilupakan. Lagipun kita janganlah Cuma reungkan keadaan bahasa Melayu yang ada. Yang menjadi soal ialah kesanggupan bahasa itu sendiri untuk subur. Hal ini tidaklah menyusahkan kita sebab bahasa Melayu yang sudah berpuluh kurun itu, memang sanggup melayakkan dirinya dan subur hingga membolehkannya menjadi bahasa kebangsaan bagi negeri kita ini dengan erti kata penuhnya….”

 

Apa yang diramalkan oleh Prof Zulkifli tentang ‘kesanggupan’ atau kesediaan bahasa Melayu untuk menambah perbendaharaannya bagi menjadi bahasa ilmiah telahpun berlangsung dengan pesat selepas kemerdekaan Tanah Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia merancakkan lagi proses terjemahan dan penggunaan bahasa kebangsaan dalam subjek-subjek ilmiah, sains dan matematik. Malang sekali, perlaksanaan pengajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris adalah langkah ke belakang dan menafikan penat lelah para ilmuan Melayu dalam memperkayakan bahasa ini.

 

Dalam isu pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, pujian harus diberikan kepada tokoh-tokoh bahasa yang bangkit menentang dasar kerajaan yang tergesa-gesa ini. Malahan mereka mengambil platform PAS untuk memperjuangkan nasib bahasa Melayu. Pilihan ini adalah yang terbaik kerana wacana pemikiran Prof Zulkifli Muhammad memperlihatkan aspirasi PAS untuk mendaulatkan bahasa Melayu sejak sekian lama. Sasterawan Negara, A. Samad Said dalam kenyataannya mengatakan beliau sudah ‘bertaubat’ daripada berdiam diri terhadap dasar-dasar kerajaan yang ‘menguburkan’ bahasa Melayu. Langkah berani ini akan membuka satu lagi konfrontasi dan protes terbuka terhadap kerajaan BN yang sudah bermasalah sejak pilihanraya umum lalu. Siapakah yang akan mengalah dalam isu bahasa ini? Sanggupkah BN mempertaruh keyakinan rakyat dan orang Melayu yang makin terhakis dengan meneruskan dasar ini? Masa akan menentukan dan selagi itu perjuangan mendaulatkan bahasa ini masih akan berpanjangan.

Sunday, February 22, 2009

Sumber Akhlak Hakiki

Sejak beberapa minggu ini politik Malaysia semakin panas. Dua isu yang paling meletup dan mencuri tumpuan sudah pastilah drama coup d 'etat BN di Perak dan peristiwa gambar-gambar Eli Wong yang di'skodeng' ketika lena di rumahnya. Sehingga catatan ini ditulis, Eli masih bercuti untuk menenangkan fikiran. Situasi di Perak masih kabur.Sebetulnya, aku agak kecewa dengan situasi di Perak. Pakatan Rakyat masih belum menunjukkan kemampuan untuk mentadbir. Alih-alih kerusi MB sudah 'dikebas'. 

Satu-satunya hikmah yang boleh aku nampak di Perak ialah betapa pentingnya tarbiyah dan indoktrinisasi idea politik terhadap satu-satu parti politik. PAS dalam keadaan sebagai parti yang paling sedikit kerusi di kalangan parti lain dalam PR mempamerkan kemantapan dan kesetiaan dalam perjuangan. Buktinya, tiada seorang pun ADUN/Ahli Parlimen mereka yang menjadi katak yang melakukan 'cross over' mengejut. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan. Pasca pilihanraya umum tahun 2004, kerajaan PAS Kelantan hampir-hampir tumbang. Mereka hanya memimpin dengan majoriti mudah 2 kerusi. Namun, tiada seorang pun yang dipengaruhi hawa nafsu untuk melompat ke sebelah sana yang punya lebih banyak fulus.

Rebahnya PR di Perak, bukanlah bukti kegoncangan keyakinan rakyat terhadap PAS ataupun Nizar Jamaluddin. DAP dan PKR menerima tamparan agak hebat apabila ADUN-ADUN mereka berpaling tadah. PAS mempunyai sistem pentarbiyahan yang berbeza dengan PKR apatah lagi DAP.  Mereka lebih terdidik untuk berjuang demi akhirat tanpa mengharapkan ganjaran dunia. Memang ada kritikan terhadap pertarbiyahan ahli-ahli PAS, namun mereka masih jauh lebih baik berbanding parti-parti lain. 

Isu kedua berkenaan Eli Wong, aku cuma boleh katakan adalah lebih selamat untuk dia meletakkan jawatan. Ada orang mengatakan, dia tidak bersalah dan menjadi mangsa 'serangan hendap' musuh politik yang ingin menjatuhkannya. Sama sekali aku tidak mengatakan berbogel di dalam rumah sendiri adalah satu kesalahan. Yang menjadi kesalahan ialah mengambil gambar-gambar tersebut, menyebarkannya dan menatapnya. Dan yang paling mengejutkan ialah suspek utama kes ini ialah bekas teman lelaki Eli yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.  Sekali lagi, isu moral menjadi sandaran dalam kes sebegini. Ada yang mempertahankan Eli Wong, atas alasan itu adalah hak peribadinya. Hak peribadi untuk berpacaran atau bermesraan dengan mana-mana lelaki yang dia ingini. Tambahan pula, dia bukan Muslim! Bagaimanapun, sebagai orang Islam kita seharusnya mempunyai neraca yang berbeza dalam penilaian moral.
 
Kebetulan, aku banyak membeli buku-buku terjemahan/karangan Shaykh Fuad Kamaluddin semasa majlis-majlis ceramahnya. Antara buku yang aku beli ialah terjemahan kitab Sayyid Muhammad 'Alawi yang berjudul ' al Anwar Bahiyyah min Isra wa Mi'raj Khair al Bariyyah'. Kitab ini menghimpunkan dalil-dalil yang sahih dan mutawatir tentang peristiwa Isra dan Mi'raj baginda Rasulullah SAW.  Dalam Mi'raj baginda sebagai contoh, Nabi diperlihatkan oleh golongan yang menerima kehinaan seperti manusia yang menghentak-hentakkan kepala sehingga pecah dengan batu dan mengulanginya berkali-kali (balasan orang yang malas mengerjakan solat), manusia yang memamah daging busuk sedangkan di sisi mereka terdapat daging yang elok dan enak(manusia yang suka berzina) serta manusia yang berenang dalam sungai darah dan dilemparkan dengan batu (orang yang suka memakan riba). Apa yang mencuri perhatian aku ialah perbahasan tentang hikmah dan pengajaran peristiwa penting ini yang dikemukakan oleh Sayyid Muhammad 'Alawi iaitu; 

Agama sebagai sumber akhlak yang hakiki.

Sebagai pengikut Ahlu Sunnah wal Jamaah, kita berpegang kepada wahyu sebagai sumber akhlak yang hakiki. Peristiwa-peristiwa aneh dan ajaib yang diperlihatkan kepada baginda SAW merupakan isyarat bahawa sumber sebenar penilaian akhlak ialah wahyu bukan naluri manusia. Banyak manusia zaman sekarang telah tertipu dengan naluri mereka hingga merubah persepsi dan penilaian terhadap akhlak. Contohnya, jika dahulu keluar berpacaran antara lelaki dan perempuan dianggap tidak sopan dan kurang manis dipandang. Namun, apabila keadaan sebegini sudah menjadi lumrah, banyak orang Islam menjadikan naluri yang terbentuk daripada lumrah sebagai hakim dalam penilaian akhlak. Maka, tidaklah begitu ramai orang yang menganggap budaya berpacaran sebagai tidak Islamik kerana sudah menjadi adat di kalangan muda-mudi sekarang. Hal yang sama juga dengan perzinaan dan status moral para pemimpin. Syariat berbeza dengan akal/lumrah atau naluri. Syariat tetap statik dan tidak berubah hingga hari kiamat. Tetapi naluri/akal manusia cenderung dipengaruhi persekitaran dan budaya semasa. Sangat mengejutkan apabila terdapat orang Islam(menjadikan naluri/akal sebagai neraca akhlak) yang beranggapan bahawa sekiranya seorang pemimpin mereka yang terlibat dalam skandal seks tetapi  berkarisma dan berkemampuan 'memimpin'  patut dibiarkan terus memimpin. Soal skandal adalah 'isu peribadi'. Atau isu 'dalam kelambu'. Ini adalah kejahilan. Seorang pemimpin, menteri atau calon Perdana Menteri yang diketahui berkarisma dan berkaliber tetapi mempunyai skandal seks atau rekod jenayah(seperti menculik wakil rakyat pembangkang,  meletupkan manusia dengan C4) tidak boleh dinilai baik hanya kerana dia pandai bercakap atau cekap menguruskan organisasi kementerian. Baik hanya jika baik pada neraca syariat dan buruk hanyalah buruk pada kaca mata syariat. Akal/Naluri/lumrah tidak cukup untuk dijadikan sandaran. Jika anda mengaku diri sebagai Ahli Sunnah wal Jamaah, jalan inilah yang harus anda turuti. Jika akal dijadikan sandaran, maka berhati-hatilah anda. Anda mungkin telah menjadi seorang pengikut Muktazilah meskipun anda tidak pernah mengisytiharkannya!

Saturday, January 24, 2009

Said Ramadan al-Buti on Gaza




All praise belongs to Allah, all praise belongs to Allah; all praise belongs to Allah who guided us to this, and we would not have been guided had Allah not guided us. All praise belongs to Allah for His showering of bounties; all praise belongs to Allah in all states. We seek refuge with Allah from the state of Hell’s inhabitants. All praise belongs to Allah on account of Him placing us in the Umma of Muḥammad  – the best of creation. I bear witness that there is no god but Allah – He is alone without any partners – and I bear witness that Muḥammad is His servant and Messenger; His choice-elect and intimate friend; the best Prophet sent forth. Allah sent him to the world entire as a bringer of glad-tidings and a warner. O Allah! Send Your abundant prayers, peace, and blessings upon our liege lord Muḥammad, and upon the family of our liege lord Muḥammad: lasting and inseparable peace and prayers until the Last Day.

I advise you, O Muslims, and my sinful self, to have fear of Allah, the Exalted. O servants of Allah! We were expecting the Islamic world to greet the new Hijra year with a renewed covenant with Allah, the Glorified and Exalted, and an increase in applying the lessons of the Hijra and its counsels that the Messenger of Allah  left with us. How unfortunate it is that we have been taken aback by the exact opposite. We have been taken aback by seeing that most of the leaders of the Arab and Islamic world are in wilful denial of the meanings and lessons of the Hijra. They have turned away from it in belittlement. Through his Hijra from Mecca to Medina, the Messenger of Allah  advised us and taught us to sacrifice the world entire: the outward trappings of leadership in it as well as all types of desirable things and passions that stand in the way of human values and fundamentals that Allah, the Glorified and Exalted, honoured us with. We see that most of the rulers are doing the exact opposite of what the Messenger of Allah  advised: they are sacrificing humane principles and lofty and firm values for the sake of base desires and passions, and for the sake of cementing their thrones and seats of power. Through his migration from Mecca to Medina, his declaration regarding Islamic brotherhood, his effort in strengthening its roots in the first Islamic state, the Messenger of Allah  ordered us to be guardians over this brotherhood and to fulfil its rights. When we look, we see that most of the rulers in the Arab and Islamic world are in wilful denial of this brotherhood and command of Allah’s Messenger . They sacrifice the brotherhood of Islam for the sake of cementing their thrones and for the sake of gaining more fanciful and ephemeral desires, vain passions, and wealth.



The words of Allah, the Exalted and Sublime: The believers are nothing but brothers; so make peace between your brothers. are simply forgotten; they are recited yet the opposite is done; and they are heard, yet they are belittled.

Servants of Allah! The current killing that engulfs women, children, the elderly, and every innocent – killing that has become a bloody-wound that refuses to heal – is not because of a particular piece of land. The targets of this operation – an operation planned in advance, as is not hidden to anyone – are not just the people of Gaza, but also the entire Islamic world. The people of Gaza are simply the sacred symbol of the Islamic world entire.
The Mosques that were destroyed and the Qur’āns that were torn to bits in Gaza were not for a particular piece of land. It is symptomatic of [their desire] to put an end to the religion of Islam wherever it is found and wherever its sun has spread and wherever its light has shined. In this operation, the people of Gaza are simply the sacred symbol of the Islamic world entire!

The forces of evil and the perfidious beasts that lurk and lie in wait for the innocent are not restricted to a lowly group of people. Nay, they are found in all sorts of groups the world over, who have all united in their enmity towards Islam and come together in their efforts, motivated by their intense hatred and desire to put an end this radiant light [Islam] that has spread across the world. Israel and its cowardly cohorts are nothing more than the lowliest symbol of this force doing its dastardly work today.

There are two symbols. The first symbol is that of Gaza, the sacred symbol of the Islamic world whose destruction is sought; the sacred symbol of Islam, the light of which some seek to extinguish. The second symbol is that of Israel and its cowardly cohorts. Israel is the symbol for the forces of evil that collude together across the world. These forces have agreed and decided that Islam and its supposed danger is to be dealt with wherever it is found. They have decided that they will rid themselves of the instability they suffer from that is a result of the dangerous spread of Islam here and there.

Servants of Allah! In the dawn of this new Hijrī year when the Islamic Umma remembers the migration of Allah’s Messenger  and the first peaceful Islamic state established by him, we look and what do we see? We see the counterfeit mask of Islam dropping from the faces of those who openly professed – and perhaps continue to profess – Islam. Today, those counterfeit masks are dropping on account of this Divine test: the test of invitation to and assistance of Islam, moral values, and peace that our Lord called us to by sending the Messengers and Prophets.
Islam calls upon us to aid our oppressed brothers who are murdered and whose blood is shed day and night. When we look, we see those with the counterfeit masks joining the ranks of the enemy. When we look, we see the masks of Islam dropping from their faces – masks that have for so long fooled us time and time again! It is as if they are saying – with either their tongue of statement or tongue of mute-statement – to those who urge them to fulfil the covenant and duty placed on their shoulders: “And who told you that we represent this Umma over whose chest we have erected our throne? Nay, we represent the forces of evil; we represent Israel – the lowliest and vilest symbol of evil the world over!”

Servants of Allah! This test has both an inner and outer aspect; it has a manifest aspect and a hidden aspect. Its manifest aspect is in the suffering that breaks our hearts. I don’t think that our Islamic history has ever recorded a test like this one. The Islamic world has faced many a plot, be it in the east or the west, however never has a plot reached this extent. That is the outward and manifest aspect of this test. The inner aspect of this test is a bounty from Allah, the Exalted and Sublime, in order to make clear and distinguish the truthful person from the liar, and in order to rent asunder the masks of hypocrisy.

With regards to Gaza and its people, from this position of mine I am unable to send them anything but one condolence that is represented in two verses from the Book of Allah, the Exalted and Sublime. It is my hope that both of these verses reach the ears of our brothers there who are observing steadfastness and patience. The first verse is Allah’s words: If a wound should touch you, a similar wound has already touched the [opposing] people. And these days [of changing conditions] We alternate between the people so that Allah may make evident those who believe and may take to Himself from among you martyrs. And Allah does not like the wrongdoers. And that Allah may purify the believers and destroy the disbelievers. The second verse is Allah’s words (and it is as if it was revealed today addressing them in order to cool the fire of their hearts): If you do not aid him, Allah has already aided him when those who disbelieve drove him out as one of two when they [the Prophet  and Abū Bakr ] were in the cave and he said to his companion: “Do not grieve, indeed Allah is with us.” And Allah sent down His tranquility upon him and supported him with soldiers (Angels) you did not see, and made the word of those who disbelieved the lowest. And the word of Allah – that is the highest. And Allah is Exalted in Might and All-Wise.

Dear brothers! Take notice of the difference between the two sentences here, you will realize the vast difference in meaning between the two of them. He, the Exalted, said: …and made the word of those who disbelieved the lowest…. He did not say “And made the word of those who disbelieved the lowest and [made] the word of Allah the highest”. In reference to His word, He did not use the verb “made” [ja‘al], which is based on a particular time. Rather, He revealed it as an independent sentence: And the word of Allah – that is the highest. This means that His word is the highest in every era and at all times – those who know this know it and those who are ignorant of this are ignorant of it.

As for the rulers of the Arab and Islamic world, I say to them (and it is not me who is saying this, rather it is Islam and Allah’s warning and glad tidings that say this – and everyone is free to chose the path he will follow): the life span of this world is short, so consider the life span of man. It is quite possible that one of the rulers has death knocking on his door; perhaps he will wake up and not live till the evening. What treasures will he be able to take with him when he meets Allah? To where shall he carry his throne when he goes to Allah, the Exalted and Sublime, and is in his grave and then in the position in which he shall stand before our Master, the Lord of the worlds? Who among them thinks he will be brought before Allah and shall sit on his throne outstretched? You will only go to Allah naked and bereft of all of that, as Allah, the Exalted and Glorified, said. You will only go to Allah in a state of abject poverty, having lost all of that. Woe unto you! Take advantage of the few remaining hours of your life before you go to Allah and face wretchedness without end!

Regarding your brothers who seek your help and who ask Allah, the Exalted and Sublime, for victory through you, you must know that victory is only from Allah, however it is a test by which Allah examines some of His servants through others, in order to reward the former by means of the latter, or to punish the former because of their crimes against the latter. How strange is the state of man! He shuts his eyes to this clear reality! Take money, but don’t worship it. Sit in the chair in which Allah has placed you but don’t worship your chair day and night. You shall depart
from this world: There is no one in the heavens and earth but that he comes to the Most-Merciful as a servant. He has enumerated them and counted them with a full counting. And all of them are coming to Him on the Day of Resurrection alone.

You shall return to Allah with one thing and one thing alone: your righteous actions; the services you offered to your brothers; your fulfilment and acting in accordance to your Master’s words: The believers are nothing but brothers; so make peace between your brothers. He said: …make peace… How astounding is the state of the person who hears Allah’s words when they strike his ears, yet he chooses to corrupt that which is between him and his brothers. Their brothers in Allah adjure them to open up the paths in front of them; for their good-pleasure; for their injured; for those in dire straits among them; in order for brothers to embrace each other and help each other; yet these rulers respond with nothing but closed ears and closed paths. However, as for Israel, it need only command and they obey; its need only deliver its judgment and their heads will bow down in humiliating submission.

I ask Allah, the Exalted and Sublime, to make this test serve as a lesson. I ask that He grants us the ability to derive its lesson. As for this Levant [Syria] of ours, I ask Allah, the Glorified and Exalted, to increase it in patience. I ask Allah, the Glorified and Exalted, to increase it in success and to outstretch all bridges to cooperation that can possibly be outstretched: the bridges of victory and the bridges of brotherhood that Allah, the Exalted and Sublime, ordered us with. I ask Allah, the Exalted and Sublime, to make all of our motivations for the sake of His Good pleasure. I say these words of mine and I seek the forgiveness of Allah, the Tremendous; seek His forgiveness, He shall forgive you.

All praise belongs to Allah. I praise Him abundantly as He commanded. And I bear witness that there is no god but Allah – testifying to His Godhood and enraging those who deny Him and disbelieve in Him. And I bear witness that Muḥammad is His servant and Messenger; His choice-elect and intimate friend; and the best Prophet sent forth. Allah sent him to the world entire as a bringer of glad-tidings and a warner.

Servants of Allah! Fear Allah concerning that which He commands, and abstain from that which He forbids and rebukes. Expel the love of the world from your hearts, for when it overcomes a heart it imprisons it. Dear brothers! I am most certain that your hearts have all welled up with painful feelings. And I am most certain that these painful feelings are waiting for you to express them in ways that shall bring coolness to your breasts and lighten the scorching of your hearts. You have listened attentively to the words I have spoken, and now the time has come for you to express your feelings that, if anything, indicate an increase in faith in Allah and an increased attachment to brotherhood for Allah’s sake.

After we are finished with the Friday Prayer, you are all more than able to gather in this Mosque in order to raise your voices and express your feelings and release your moans unto the heavens, as humble supplications to Allah, the Exalted and Sublime, asking Him to respond. Cries that you can release and spread through the horizon – perchance they will reach the ears of the rulers, and perchance one of those cries will wake up the slumbering rulers and bring them to attention before they die.

After the completion of the Friday Prayer, go out to the courtyard of this Mosque to express it as a shout among shouts and an expression among expressions; one brotherhood expressing it as one and teaching it to those who are wont to go their own way and separate. I ask Allah, the Exalted and Sublime, to place among us one who will supplicate and whose supplication will be answered.

There is something further I wish to mention here, namely, a Sunna of old that was taught to us by the Messenger of Allah  for use in these situations and difficulties. It is that we should supplicate with the nāzila supplication [during times of tribulation] after making [our backs] erect after coming up [from the bowing position] of the final unit of prayer: in this case, after coming up from the second unit of the Friday Prayer to be prayed now. It is the nāzila supplication in which we respond to Allah’s command, Exalted is He. All of you are believers, and without doubt there is among you someone whose supplication, Allah, the Exalted and Sublime, will answer.

O Allah! Send Your prayers upon Muḥammad and upon the family of Muḥammad, just as You sent Your prayers upon Ibrāhīm and the family of Ibrāhīm – and bless Muḥammad and the family of Muḥammad, just as You have blessed Ibrāhīm and the family of Ibrāhīm in the worlds, indeed, You are Glorious, worthy of all praise. May Allah be pleased with the rightly guided Caliphs and those who follow them in goodness until the Day of Judgment.

O Allah! Forgive the Muslims; men and women alike; and forgive the believing men and women; the living from them as well as the dead. Unite their hearts, O Possessor of might and nobility! O Allah! You are our Companion in times of loneliness and You are our hope in times of despair. You are what we have in the face of every affliction. O my Lord! Do not cause us in this hour to be distant from Your Mercy! Cause us to taste the coolness of Your kindness and gentleness, O Possessor of might and nobility!

O Allah! Answer our prayers. Grant us – O Allah – our hopes. O Allah! We seek a means of approach to You by virtue of our faith in You and our good thoughts concerning You. We seek a means of approach to You by virtue of Your statement in Your Clear Exposition (the Qur’ān): Is He [not best] who responds to the desperate one when he calls Him and removes evil?. We seek a means of approach to You by virtue of Your love for Your Prophet Muḥammad  : that You answer our prayers. O Allah! Remove the afflictions from our brothers, the people of Gaza, and from all of the oppressed Muslims in the east and the west. O Allah! Repel from them the plot of the plotters.

O Allah! We place You upon their necks and seek refuge in You from their evil, O Possessor of might and nobility! O Allah! We ask You by virtue of the tears of the bereaved mothers and we ask You by virtue of the pure blood that has been spilt and that remains moist in the land of Gaza – we ask You, O Possessor of might and nobility on behalf of the elderly and the suckling babies; we ask You by virtue of the humility of our slavehood unto You and by virtue of our immense poverty unto You that You answer our prayers.

We are Your desperate slaves, so remove harm from us. We are Your servants who seek refuge at Your door; do not shut us off from Your door, O Possessor of might and nobility! You are the One who forgives our odious deeds. You are the Loving; pardon us with Your beautiful pardon, O Possessor of might and nobility. Do not destroy us – O Most Merciful of those who
are merciful – on account of our sins, and do not destroy us on account of the sins of others, O Lord of the worlds! Do not destroy us on account of the transgressions of the rulers who have shown preference to their worldly life over Your command – those who prefer their seats of power and thrones over the honour of slavehood to You, O Possessor of might and nobility!

Give victory to Your Muslims servants in Gaza, O Possessor of might and nobility! I repeat Your statement in Your Clear Exposition (the Qur’ān):  If you do not aid him, Allah has already aided him… O Allah! This is a promise that is not restricted to a specific time period; You are the Constant Victor and Helper; You are the Constant source of refuge:  If you do not aid him, Allah has already aided him… Give victory – O Allah – to Your believing servants. They are believers in You, O Lord of the worlds! They seek refuge in You, O Possessor of might and nobility.

O Allah! All of the thrones of the world – all of the tyrants [ṭughāt] of the world are unable to do anything in the face of Your victorious help by which you give victory to Your believing servants, O Lord of the worlds! Grant the victory You gave to Your Messenger yesterday, to Your Muslim servants today, O Possessor of might and nobility.

O Lord of the worlds! Forgive us our sins and pardon us with Your beautiful pardon, O Most-Merciful of who is asked and Most-Generous of who gives and answers – O Lord of the worlds! It is You who says: It is by a mercy from Allah that you dealt softly with them. You placed within the heart of Your Prophet Muḥammad, mercy for Your penitent slaves: have mercy upon us if we swerve from Your Straight Path, O Possessor of might and nobility.

We are Your slaves and we believe in You and hold fast to Your guidance, O Most Merciful of those who show mercy! We are Your servants who are honoured by Your [gift] of Islam and Your Sacred Law. O Allah! O Allah! Respond to our supplications: O You who sees our station and who hears our words at this moment and who knows our secrets and outward selves!



1 Translation of the noble scholar’s Friday sermon delivered on 02/01/09.

Sunday, January 18, 2009

Jika Nizar Qabbani Masih Hidup.....

If I were promised safety,
if I could meet the Sultan
I would say to him: O my lord the Sultan!
my cloak has been torn by your ravenous dogs,
your spies are following me all the time.
Their eyes
their noses
their feet are chasing me
like destiny, like fate
They interrogate my wife
and write down all the names of my friends.
O Sultan!
Because I dare to approach your deaf walls,
because I tried to reveal my sadness and
tribulation,
I was beaten with my shoes.
O my lord the Sultan!
you have lost the war twice
because half our people
has no tongue!

(Nizar Qabbani)


Saya mengakui saya bukanlah seorang yang puitis, mahupun berbakat dalam puisi. Tapi saya sangat meminati karya-karya kesusasteraan baik hasil karya sasterawan tempatan mahupun luar negara. Nizar Qabbani salah seorang daripada penyair-sasterawan Arab yang saya segani. selain daripada Khalil Gibran. Meskipun saya mengalami kesukaran membaca syair-syairnya dalam bahasa yang original (Arab), terjemahannya sahaja sudah cukup indah dan membawa getaran jika difahami dari sudut makna.

Puisi ini adalah rintihan Nizar tentang kekalahan negara-negara Arab dalam Perang Enam Hari 1967 apabila mereka berhadapan dengan negara haram Israel. Jika Nizar masih hidup, mungkin syair ini akan diolah ;
O Lord the Sultan,
You have lost the war THRICE,
because ALL of your people have no tongue!!

Nizar, anak jati Damsyik, Syria pada awal kebangkitannya sebagai seorang sasterawan muda tidak menumpukan tema sosiopolitik yang nyata dalam karya-karyanya. Namun, kekalahan bangsa Arab dengan Israel sangat melukakan. Menghancurkan hati jutaan umat Islam yang kasih kepada bumi suci Palestine. Pada periode inilah, unsur-unsur antiauthoritarianism semakin membakar dan menyerlah pada karya-karya beliau.



Kita tidak sepatutnya tewas dan kehilangan Palestin. Bahkan dengan kekuatan negara-negara Arab sekitar, kita mampu sekurang-kurangnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan negara haram Yahudi. Yang mengalahkan kita ialah sikap pemimpin Arab yang lemah dan lembik lantas menjadi proxy kepada kuasa-kuasa besar dunia. Arab sudah terlalu lama percaya kepada 'Arab Socialism'. Seperti kata Shaykh Ahmad Kuftaro, mantan mufti Syria, bahawa fahaman ini tdak membawa orang Arab ke mana-mana. Yang bangkit cumalah ditaktor-ditaktor kejam yang menghapuskan lawan politik mereka, bukan musuh sebenar seperti Israel. Media massa dikuasai, teguran dan kritikan dibisukan. Ulama-ulama dipenjara dan dibunuh.
Darah yang paling murah ialah darah kita. Orang Islam masih tidak sedar-sedar dan berbalah sesama mereka. Lebih menghairankan pada saat-saat Gaza dibantai masih ada negara Arab seperti Arab Saudi yang memulaukan sidang khas Liga Arab yang menyaksikan sokongan tidak berbelah bahagi Presiden Iran, Ahmadinejad terhadap perjuangan HAMAS. Inikah yang dikatakan negara yang mengikut 'manhaj Salaf'? Yang menjadi khadam dua Tanah Haram?





'Terrorist'beling killed in Gaza
Hosni Mubarak and Israeli Foreign Minister, Tzipi Livni

Dari sudut lain, Mesir pula mengkhianati umat Islam Gaza dengan menutup pintu sempadan Rafah. Tidak ada dalam sejarah, penduduk di satu-satu bandar seperti Gaza diserang dan dalam masa yang sama negara yang berjiran menutup pintu sempadan lantas membiarkan penduduk bandar tersebut dibantai mentah-mentah. Yang dikhuatiri Mesir bukanlah nyawa penduduk Gaza terkorban tetapi penyaluran senjata dari Mesir ke Gaza dan 'kedaulatan' Mesir yang dicemari jika pintu sempadan dibuka seluas-luasnya untuk penduduk Gaza.

Untuk kembali menegakkan keadilan di bumi Palestin, transformasi dalaman umat Islam sangat perlu. Musibah yang melanda umat Islam hari ini, jika ditinjau menurut pandangan Syed Naquib al-Attas ialah 'kehilangan adab'. Lantas, kita mempunyai kecenderungan untuk memilih dan melantik pemimpin-pemimpin yang tidak berkualiti kerana tidak mengenal di manakah 'ranking' dan status sebenar mereka. Perjalanan perjuangan ini masih jauh. Selagi kita berterusan begini, ratapan manusia seperti Nizar Qabbani akan terus muncul dalam dunia persuratan Arab dan Islam. Ratapan tanpa henti untuk bumi Palestin yang sehingga kini menuntut pembelaan.

Sunday, December 07, 2008

Hari Raya Akbar

Selamat Hari Raya Eidul Adha. TaqabbalAllahu minna wa minkum!
Kullu 'amm wa antum bikhair!

Akhirnya sudah lebih sebulan aku di Seremban. I'm still struggling to adapt with new environment, new city, new lifestyle and new working culture under KKM hospital.

Penat. Sangat, sangat penat. Rasa nak ketawa sahaja bila membaca laporan ni;

At Least 5 doctors suffered from mental woes every month.

KUALA LUMPUR: Every month, at least five doctors are found to be suffering from mental illnesses, director-general of health Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican said.

He said these doctors were either psychotic or neurotic but still managed to get into medical schools because these schools were not screening students meticulously enough.

“When the doctors complete their two-year housemanship and their applications are submitted for registration with the Malaysian Medical Council (MMC), they fail to get registered.

“Their supervisors do not certify them as fit to be registered because of indiscipline and poor attitude arising from mental health problems.

“The mental cases range from psychotic to neurotic. Psychotic cases include delusions and hallucinations, and neurotic behaviour includes anxiety, fear and anger due to the competitive environment,” said Dr Ismail.

These medical graduates, totalling about 60 cases a year, are unable to cope with their housemanship as they may have been pressured by their parents to take up medicine.

Dr Ismail said it was disheartening to note this emerging trend due to an inefficient selection process, adding that the mental cases were referred to the Medical Review Panel (MRP).

Since many of these graduates have spent a lot of money on their medical education, the MRP may extend their housemanship and at the same time send them for psychiatric treatment.

“In the event they are assigned to work, they will be thoroughly supervised and counselled by experts and given light duties until their mental condition improves.

“I am not so sure whether we can identify those with attitude problems during an interview unless such problems are obvious,” Dr Ismail said at a forum on Training Future Doctors: Have we got it right?”

About 2,000 medical doctors are registered annually from 21 local medical schools and 400 recognised schools overseas.

Different medical schools around the world have different selection criteria for their students, Dr Ismail said.

However, he said that the ministry was also planning some form of examination to check their attitude, knowledge and experience after they complete their final examination.

Most of the mentally ill students, he said, could have undergone pressure and depression while studying and faced difficulty in coping in a hospital environment.

The other weakness was a lack of proficiency in the English language.

Higher Education director-general Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi said the ministry was currently reviewing universities’ curricula to ensure high standards in medical education and training for doctors.

“Uppermost on our minds will be the safety and well-being of patients,” he said.


Masalah di Malaysia berkaitan dengan layanan terhadap housemen sudah jadi isu yang lapuk.Di Malaysia, masalah utama ialah 'sunnah' yang diperturunkan sejak dahulu. If you are the boss, you give orders. Your subordinates will just follow without questions. You never look at them as your colleagues or even friends. I am not surprised when the DG, Dr Ismail Merican came to Ireland last time and he said, " We treated you (the HOs') as the worst form of human being, so that you can learn.". Yeah, right...... But the problem is the bosses who love to scold or publicly scream at the housemen are not good teachers. Most of good consultants that love to teach will never, or rarely shout at you especially in the ward.

This species of morons still exist in government hospitals. No wonder we end up having PSY disorders among doctors.

But lucky for me, I got my new 'sanctuary' in Seremban. To ease my pressure , i decided to join 'Yoga' class.Well, not really an ordinary 'Yoga'. Last month, I went out looking for Masjid Negeri in Seremban for Maghrib prayer. When I was there, I noticed that so many people flocking the lecture of none other than Shaykh Fuad Kamaluddin al-Maliki. Alhamdulillah, the weekly gathering is truly a blessing for the people around Seremban. Every Monday night, Shaykh Fuad will teach from Shamail Imam Tirmidzi and Hikam Ibn 'Ato illah al-Sakandari. The discourse on Hikam is based on his own commentary, Anwar Sabil al-Aqwam fi Sharh Hikam. So far, I tried my best to attend the lectures when I am not on call. Tried to pull few other friends among housemen to attend the lectures.

Apart from weekly lecture in Masjid Seremban, Shaykh Fuad also teaches in Masjid Jami Rembau on Hikam Abu Madyan. Unfortunately, I still havent been to Rembau, yet. Insya Allah, I'll pay a visit to his madrasah and attend his gatherings.

I noticed that the topics discussed during the lecture in Masjid Negeri is not meant for the awam. Meaning, only those who are used with the technical terms in tasawwuf can fully comprehend and grab the deep meaning from his lectures (the terms like fana, baqa, maqam, ahwal, zawq). Bak kata Shaykh Fuad;

" Kalau ceramah kat Kuala Lumpur ni, pening kepala orang KL"

However, I found delights in his words eventhough I couldn't understand some of his jokes (bahasa Minang). Shaykh Fuad always mentioned the words of Sidi Abu Abbas al-Mursi when the aphorisms of Ibn Ato illah were brought to and presented to him; that these words contain the gist and secrets of Ihya Ulumuddin and even much more than that. Shaykh Fuad emphasized the study and contemplation of the Sufi's aphorisms like Ibn 'Ato illah's, Abu Madyan's and Ibn Raslan's. To him, these beautiful words are not merely words but should be use as 'wird'. I found out that in his book, he qouted extensively from the commentaries of previous Sufi masters like Ibn 'Abbad al-Randi, Ibn 'Ajibah al-Hasani, Sidi Ahmad Zarruq and Shaykh Abdul Majid Shurnubi. However, most of the explanations are based on Ibn 'Ajibah's Iqaz al-Himam. Shaykh Fuad was greatly influenced by his teacher, the late Shaykh Mahmud 'Adawi who taught him the text when he was still a student in al-Azhar.

Negeri Sembilan is still the stronghold of tariqa Ahmadiah. Public discourse, lectures are very much alive in certain mosques here. I heard that the SS Mufti of NS also delivering lectures on fiqh in Masjid Rasah, not far from the hospital. Unfortunately, I've never been to his lectures which are held on Sundays (asyik balik KL).

So far, life in Seremban is not too bad. Even if the work here is bad,there is no point complaining. Just a bit of 'sabr' and 'syukr', He will make life easier for you.

Wednesday, October 15, 2008

Arifnya Orang Dulu-Dulu



Siapa bercakap kasar langgar,
malangnya banyak celakanya besar
Siapa berkara kasar langgar, budinya
rendah imannya longgar

Tanda orang tidak berbudi,bercakap
suka tinggi meninggi
Tanda orang berhati keji, bual
selangit cakap meninggi

Tanda orang buruk pekerti, bercakap
selalu membuang budi
Tanda orang tak berharga diri,
bercakap dengan membuang budi

Sunday, October 05, 2008

Krisis Sub-Prima Merupakan Kejayaan Kapitalisme


Article by Wan Saiful Wan Jan from Malaysia Think Tank, London


Mereka yang berhaluan Kiri dan golongan sosialis mungkin beraya besar tahun ini. Apa tidaknya. Amerika Syarikat sedang menghadapi ancaman krisis ekonomi yang hebat. Amerika Syarikat yang dianggap sebagai lambang kemegahan kapitalisme kini berada diambang keruntuhan ekonomi. Maka tidak pelik jika ramai yang terpengaruh dengan tuduhan golongan Kiri dan puak sosialis bahawa ini juga lambang keruntuhan kapitalisme.

Mereka sebenarnya tersilap.

Sosialisme merupakan satu fahaman yang membawa kepada campurtangan kerajaan dalam pelbagai hal termasuklah dalam urusan ekonomi. Golongan sosialis dan mereka yang berhaluan Kiri beranggapan bahawa tidak salah untuk kerajaan menubuhkan dan menjalankan syarikat perniagaan, ataupun menjadikan syarikat korporat sebagai hak milik negara. Mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan (bail-out) syarikat-syarikat tertentu. Mereka menafikan keberkesanan sistem pasaran dalam menghukum dan membuang syarikat yang melakukan kesalahan.


Baca Seterusnya

Friday, October 03, 2008

Masjid Malaysia Masjid Dublin Masjid Turki

Di hadapan Dublin Mosque

Ada banyak perbezaan antara puasa di Dublin dan di KL. Sejak pulang ke Malaysia tahun lepas, perbezaan ini semakin dapat dirasai. Ada kalanya aku agak merindui suasana puasa di South Circular Road, Dublin. Di sana, tarawikhnya cuma 8 rakaat. Tapi bacaan pada qiamnya agak panjang. Imam tarawikh akan menghabiskan satu juzuk atau lebih dalam 8 rakaat tersebut. Usai 4 rakaat, jemaah akan berehat seketika dan mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Shaykh-Shaykh jemputan, biasanya dari negara Mesir. Bagaimanapun, kebanyakan student Malaysia (termasuklah aku) yang keluar sebentar dari masjid menuju ke 218 South Circular Road, rumah sahabat yang terletak betul-betul bertentangan masjid. Kebanyakan mahasiswa di sana tidak begitu faham tazkirah yang disampaikan dalam bahasa Arab. Kesudahannya, kami ke 218 dan berbual-bual sambil minum kopi bagi menunggu rakaat seterusnya(Ini bukan budaya yang baik untuk dicontohi)!

Di Taman Tun Dr Ismail, solat tarawikh 20 rakaat tetapi bacaannya sedikit pendek. Beberapa tahun lalu sudah menjadi tradisi untuk membaca satu juzuk bagi 20 rakaat yang disempurnakan setiap malam. Malangnya sejak tahun lepas, 'sistem' ini sudah diubah. Mungkin kerana 'complaints' dari jemaah-jemaah yang keletihan dan tidak larat untuk mengerjakan tarawikh yang panjang bacaannya satu juz. Masjid ini juga terkenal dengan hidangan moreh yang mewah. Sumbangan derma Ramadan untuk masjid ini begitu luar biasa. Lebih 100 000 ringgit didermakan untuk program Ihya Ramadan. Lebih 60% daripada sumbangan ini hangus untuk catering moreh dan berbuka puasa. Kadang kala aku memikirkan belanja sebegini agak keterlaluan. Majoriti jemaah di sini bukanlah orang susah atau golongan bawahan. Apa perlunya dijamu manusia yang memang sudah mampu untuk makan dan golongan kelas menengah? Aku mengharapkan pada masa akan datang satu mekanisme untuk perbelanjaan masjid akan dilaksanakan. Seeloknya, derma yang begitu besar ini dibelanjakan untuk golongan faqir miskin dan tidak berkemampuan, bukan untuk dijamu perut yang memang sudah sentiasa kenyang! Bagaimanapun, mudah-mudahan Allah SWT akan menerima derma ikhlas daripada jemaah-jemaah di sini.

Mengenangkan Dublin, aku sangat-sangat merindui bacaan Imam Abdul Aziz, imam kedua Dublin Mosque yang berasal dari Algeria. Beliau mempunyai suara yang sangat merdu. Qiraat Qalun yang dibacanya sangat lancar dan tidak ada seorang jemaah pun yang tidak tersentuh dengan bacaan beliau. Satu juz al-Quran dirasakan begitu pantas dihabiskan. Pada sepuluh malam yang terakhir, acara qiam begitu meriah. Sesetengah komuniti Arab dan Pakistan di sana akan mengambil cuti daripada bekerja dan duduk diam terus di masjid. Mereka memasang khemah umpama kelambu-kelambu besar di dalam ruang solat masjid untuk beriktikaf sepanjang hari dan malam bagi memburu lailatul qadr. Saban malam, solat tahajjud/witr akan didirikan secara berjemaah. Kali ini Imam Yahya dan Imam Abdul Aziz akan bergilir mengimami solat dan menghabiskan seluruh al-Quran dalam masa sepuluh malam terakhir tersebut. Jadi secara puratanya, mereka akan membaca 3 juz setiap malam ketika qiamulail.

Di Malaysia, budayanya agak berbeza. Memang ada tradisi qiam sepanjang sepuluh malam terakhir tetapi tidaklah begitu meriah. Tidak seperti orang-orang Arab yang lebih memahami keuntungan memburu lailatul qadr, masjid-masjid di KL semakin lengang bila tiba penghujung Ramadan. Mungkin kerana ramai yang pulang ke kampung. Namun, di masjid Taman Tun, it is not too bad. Ramai juga yang memburu malam al-qadr sepanjang sepuluh malam terakhir. Qiam pun ada, tapi tidaklah seperti di Dublin Mosque. Selepas bulan puasa, masjid-masjid akan lengang terus. Agak membimbangkan jika dibandingkan antara Malaysia dan negara-negara Eropah dan Timur Tengah. Di Malaysia, aku memerhatikan majoriti golongan yang berjemaah adalah golongan dewasa dan sudah berumur. Di Ireland, masjid dipenuhi oleh golongan remaja dan kanak-kanak. Begitu juga di negara-negara Arab yang aku lawati termasuk Mesir, Syria dan Jordan. Majoriti yang hadir ke masjid adalah golongan muda.Ini menunjukkan kesedaran yang tinggi oleh golongan remaja di sana untuk mendirikan solat jemaah. Di Malaysia, kalau tidak kerana ramai golongan yang sudah pencen, masjid-masjid kita mungkin akan dipenuhi oleh jin-jin Islam yang bersolat!

Aku rasa satu approach baru harus dibuat oleh masjid-masjid di Malaysia. Aku faham bahawa masjid di negara ini tidaklah begitu menarik untuk dikunjungi oleh golongan muda. Lebih buruk lagi kalau masjid-masjid ini dijadikan kuda tunggangan oleh parti-parti politik untuk mendominasi mimbar-mimbarnya. Pengurusan masjid dikuasai oleh golongan yang jarang kelihatan untuk solat berjemaah. Perebutan kuasa dalam kariah masjid adalah demi kepentingan peribadi. Hasilnya, program-program yang dijalankan tidak berkesan dan kurang appeal pada generasi muda. Attitude golongan pencen juga sangat mengecewakan. Bila ada generasi muda yang hadir ke masjid, mereka tidak bertegur sapa atau mengendahkan mereka. Secara jujurnya, sepanjang aku bersolat di masjid di KL ini, aku boleh membilang dengan jari berapa kalikah aku disapa oleh pakcik-pakcik yang berjemaah di sini. Majoritinya tidak 'ambil pot' tentang golongan muda dan tidak mesra dengan remaja yang datang berjemaah.

Solat Jumaat di Masjid Fatih, Istanbul

Aku teringat pengalaman bersolat di sebuah masjid tidak jauh dari Masjid Fatih di Istanbul, Turki. Aku keseorangan berkelana. Kesejukan dalm kedinginan musim sejuk di Istanbul. Masjid yang terkenal sebagai pusat aktiviti tariqat Naqshabandi ini dipenuhi oleh jemaah yang berserban dan berjubah panjang. Setiap kali selesai solat, meraka akan mencampak tasbih-tasbih dari saf hadapan untuk digunakan oleh jemaah yang berada di belakang. Seterusnya mereka akan berzikir secara berjemaah. Yang paling istimewa ialah adab orang Turki bila berdepan dengan musafir atau tetamu. Bila melihat orang asing seperti aku, mereka akan berkerumun sambil bertanyakan identiti aku, ke manakah destinasi yang aku tujui dan apakah keperluan-keperluan aku yang boleh mereka bantu. Tidak kurang juga yang mengajak ke rumah untuk makan! Dan pengalaman sebegini bukanlah terjadi hanya sekali. Bukan hanya di masjid di Istanbul semata-mata. Sepanjang permusafiran aku di Timur Tengah dan Turki, acapkali aku dilayani dengan sebegitu rupa. Di Dublin juga begitu. Meskipun banyak puak yang berbeza mazhab, ideologi dan kerakyatan, hubungan sesama jemaah sangat baik dan mesra. Banyak taaruf dan perkenalan bermula di masjid dan akhirnya berakhir dengan persahabatan akrab. Kondisi sebegini ialah tuntutan sunnah yang sebenarnya. Bukankah masjid adalah nukleus dan powerhouse Islam? Silaturrahim yang dipupuk di masjid yang membawa perpaduan serta solidariti Islam.

Mengingatkan pengalaman sebegini, aku semakin benci dan meluat dengan jemaah masjid di KL terutamanya di Taman Tun ini (Astaghfirullah!). Mungkin kata-kata aku sedikit keterlaluan namun kenyataan begini sangat berasas. Seperti yang aku sebutkan, jemaah di sini agak tenggelam dengan sifat individualistik. Golongan berada seperti mereka tidak 'ambil pot' apa yang berlaku dan siapa yang datang ke masjid. Mungkin ada memakai serban besar, berjubah panjang, dan berjanggut panjang tapi malangnya budaya meraikan mereka yang ke masjid sangat kurang. Selagi kita menganggap masjid kita sebagai zon eksklusif dan masih membawa gelaran (Dato'/Tan Sri/Datin/Puan Sri) ke masjid, selagi itulah target untuk melihat golongan muda ke masjid tidak kesampaian.


Thursday, October 02, 2008

Raya II

Di Malaysia, sambutan raya dah jadi terlalu komersial. Aku rasa ramai sekali umat Islam yang tak reti apa maksud, hakikat dan realiti sambutan Eid ini. Majoriti orang kita hanya melihat sambutan hari raya cumalah sambutan 'kemerdekaan' daripada puasa Ramadan selama sebulan. Sebab itu, pembaziran dan hiburan begitu 'excessive' pada musim perayaan sebegini. Bila raya mesti ada baju raya, kuih raya, ketupat raya, rendang raya, langsir raya dan sebagainya. Sudah pasti bila unsur materialism menyelinap masuk dalam falsafah sambutan perayaan sebegini, pandangan kita sudah menjadi begitu kacau. Hari mulia yang sepatutnya dipenuhi dengan laungan takbir, tahmid sudah tepu dengna program-program hiburan yang melampau. Zaman aku kanak-kanak dulu, raya sentiasa meriah dengan kunjungan-kunjungan mesra terhadap ahli-ahli keluarga. Sekarang budak-budak termasuk bapak-bapak budak lebih selesa melongo di hadapan tv.

Apapun, raya kali ini dibayangi dengan keresahan rakyat. Resah terhadap inflasi yang melepasi 8%, kenaikan harga minyak, krisis ekonomi di US yang bakal melarat ke Asia, isu kerajaan 'lompat' Pakatan Rakyat yang masih menjadi misteri , penangkapan beberapa individu di bawah ISA dan macam-macam lagi. Secara jujur pada 16 September lalu aku sangat mengharapkan pertukaran kerajaan akan jadi realiti. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Raya di KL tahun ini agak membosankan. Memandangkan aku bercuti panjang, banyak masa dihabiskan untuk melayari internet. Tiba-tiba terjumpa klip dari Youtube yang menarik tentang calon Naib Presiden Amerika Syarikat. Patutlah dunia ini hura-hara. Calon-calon sebegini yang jadi pemimpin Ode Baru Dunia. Lantaklah.....





Tuesday, September 30, 2008

Raya



TaqabbalAllhu minna wa minkum!

Selamat menyambut Hari Raya 'Idul Fitr. Banyak-banyakkan bertakbir, bertasbih dan bertahmid pada malam dan hari mulia ini. Bagi yang balik ke kampung, pandulah dengan cermat. Tidak berbaloi pulang ke kampung halaman dalam keadaan tercedera atau kemalangan jiwa.

Saya akan bercuti panjang selepas hari raya ini. Insya Allah, saya akan mula berkhidmat di tempat baru, Negeri Sembilan mulai bulan November. Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengupdate blog ini. Inilah pengalaman pertama berpuasa semasa bekerja. Dan pengalaman ini sungguh memenatkan. Saya punya banyak idea untuk dikongsi, malangnya kesuntukan masa. Sesiapa yang berada di sekitar Lembah Klang semasa musim perayaan ini, silalah ke rumah saya. Hidangan ala kadar tersedia.Salam lebaran dari saya sekeluarga.

Saturday, August 02, 2008

Untung Debat



15 Julai lalu, semasa di masjid, seorang ustaz cepat-cepat menghabiskan kuliah sebelum solat Isyak. Hari ini, katanya jika berceramah panjang-panjang sekalipun, tidak ramai yang mahu mendengarnya. Ada event yang jauh lagi mengujakan. Debat antara Pemimpin De Facto Keadilan, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik.

Debat ini satu peristiwa yang sangat bersejarah.Sebabnya negara kita yang tercinta ini masih mengekalkan sistem demokrasi 'ala-BN' selama 50 tahun kemerdekaan. Demokrasi ini setaraf dengan demokrasi yang diamalkan oleh beberapa sahabat baik Malaysia seperti Zimbabwe , Cuba, Bostwana dan beberapa negara Sub Saharan Afrika. Dalam konteks demokrasi sebegini, hanya kerajaan sahaja yang boleh mengelurkan statement dan hanya alasan-alasan kerajaan sahaja yang boleh disiarkan dalam media-media utama negara. Majoriti saluran-saluran sebegini dikuasai sepenuhnya oleh sang penguasa. Pemimpin pembangkan boleh muncul sekali-sekali dalam tv. Itupun setelah statement mereka dikerat-kerat dan diedit sepenuhnya.


Lantas debat ala calon Presiden Amerika ini sangat mengujakan. Anwar sebagai seorang orator yang terkenal dan pemimpin gerakan mahasiswa tahun 70an memang layak dipanggil untuk mewakili Pakatan Rakyat. Sewajarnya Pak Lah sendiri yang dipanggil untuk mempertahankan dasar-dasar kerajaan menaikkan harga minya sejajar dengan 'fenomena global'. Malangnya umum mengetahui Pak Lah bukanlah orator yang mampu menguasai khalayak. Anwar mungkin tidak sehebat Hitler, Mussolini atau Gamal Abdul Nasser (dari sudut kemampuan menguasai khalayak dengan skill penghujahan), namun Pak Lah memang agak jauh ketinggalan. Masakan tidak, beliau dikatakan sering tertidur semasa persidangan. Malahan ketika lawatan ke Venezuela, dia boleh tersengguk-sengguk mendengar pidato berapi-rapi Presiden Huga Chavez!


Secara keseluruhannya, debat ini sangat menguntungkan. Pertama, debat ini menguntungkan Pakatan Rakyat. Rakyat secara logikal boleh menerima hujah-hujah Anwar yang mahu menurukan harga minyak 50s en sebaik sahaja mengusaai kerajaan pusat. Shabery kadang kala menjolok. Tapi method Shabery lebih kepada mengungkit kisah-kisah silam Anwar yang meskipun releven tetapi tidak bermanfaat kepada acara debat tersebut. Shabery juga gagal menjawab soalan Zulkifli Sulong mengenai wang subsidi yang dijimatkan oleh kerajaan sepanjang pemotongan subsidi. Hanya RM800 juta telah digunakan untuk menaik taraf pengangkutan awam tetapi wang selebihnya dibelanja entah ke mana. Shabery langsung tidak menjawab soalan ini. Teknik putar alam beliau mungkin menghiburkan.Ya, dia memang seperti badut pada malam itu. Mulutnya berbuih-buih mengatakan "ini adalah fenomena global...ini fenomena global"
Yang paling badut ialah TV3 yang menyiarkan berita pada pagi esoknya.

"Menteri Penerangan Berjaya Patahkan Hujah Anwar Dengan Mudah'. Hahahaha...


Hari ini berita menyiarkan kerajaan memperkenalkan mekanisme baru bagi harga minyak. Setelah DSAI mengumumkan akan bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, langkah kerajaan tampak begitu gelabah. Ada khabar angin mengatakan harga minyak akan diturunkan menjelang pilihanraya kecil nanti. Benar atau tidak, implikasi debat ini sangat positif. Kerajaan juga menjamin harga petrol tidak akan naik lagi tahun ini. Bagaimanapun, seorang teman memberitahu yang 'janji' daripada Pak Lah adalah sesuatu yang sangat 'menakutkan'. Banyak kali beliau menjamin itu dan ini tetapi akhirnya dimungkiri. Pertarungan di Permatang Pauh akan menjadi kayu ukur sejauh mana kepercayaan rakyat terhadap BN. Kekalahan di Permatang Pauh akan lebih melumpuhkan kerajaan pusat. Anwar hanya tinggal setapak dari Putrajaya.

Sunday, June 29, 2008

O&G in Malaysia

How to improve O&G Department in Malaysia? Aku pun tak tahu apa yang perlu dikatakan. Setelah 4 bulan di bahagian Perbidanan dan Sakit Puan, banyak isu-isu yang aku rasa masih tak selesai dan terungkai di tanahair. Di UM, secara keseluruhan perkhidmatan Ginekologi (Sakit Puan) sangat baik. Cuma bagiku, situasi di Labour Ward (Wad Bersalin) tidak begitu memuaskan. Satu perkara yang jelas ialah masalah facility. Wad ini bukan husband-friendly. Pesakit yang hampir melahirkan terpaksa berkongsi satu cubicle dengan pesakit lain. Jadi, sang suami semuanya terpaksa menunggu dengan penuh keluh kesah di luar wad.

Malang sekali di Malaysia, tidak seperti sesetengah negara-negara Arab, kita tiada kemudahan hospital wanita/rumah bersalin yang diuruskan sepenuhnya oleh staff wanita.Sewajarnya, kita harus cuba menerapkan idea-idea yang selaras dengan fiqh Islami dalam menguruskan pesakit-pesakit terutamanya wanita yang hendak bersalin. Sepatutnya, prioriti harus diberikan agar doktor-doktor wanita yang menguruskan bakal-bakal ibu ini dan bukannya housemen officer lelaki.

Ireland bukanlah negara Islam. Tetapi di Dublin, sepanjang pemerhatian aku di sana, kesemua kes-kes bersalin yang normal dibereskan oleh bidan-bidan yang sangat terlatih dan professional. Dan mereka semuanya perempuan. Situasi ini bagus untuk pesakit. Aurat adalah satu daerah yang sangat sensitif bagi wanita. Ketiadaan midwives atau bidan-bidan terlatih ini menyebabkan mereka terpaksa dibidankan oleh doktor-doktor lelaki seperti aku. Pasti situasi ini akan menyebabkan rasa kurang selesa dan janggal yang amat sangat pada mereka. Aku juga tumpang simpati dengan keadaan mereka. Jika aku menjadi suami sekalipun, aku tidak mahu isteri aku melahirkan anak di sini!

Di belakang wad bersalin UM, tersergam satu bangunan yang separuh siap. Khabarnya, bangunan ini sepatutnya menjadi bangunan khas untuk wad wanita, wad kanak-kanak dan wad bersalin. Sudah 5 tahun projek ini dilancarkan. Malangnya, sehingga sekarang projek ini masih tidak siap-siap. Berita yang aku dengar ialah sudah lebih 3 kontraktor yang dipilih menarik diri dari projek ini. Ini menyebabkan facilty di UM tidak bertambah baik sedangkan bilangan pesakit makin bertambah saban tahun. Masalah besar di Malaysia ialah kebanyakan projek-projek besar dianugerahkan kepada syarikat-syarikat kroni yang ada hubungan rapat dengan ahli-ahli politik tertentu. Kebanyakan kontraktor ini tidak punya kelayakan atau pengalaman. Semua projek ini di'Ali Baba'kan kepada kontraktor lain. Faktor ini yang menyebabkan banyak projek-projek besar terbengkalai. Selagi tiada amalan telus dalam pengagihan projek-projek kerajaan, selagi itulah kita akan melihat banyak lagi bangunan seperti bangunan wad wanita dan kanak-kanak UM yang sehingga sekarang tersadai. Tiang-tiangnya hanya menunggu untuk menyembah bumi.

Sunday, June 08, 2008

Sidi Afifi al-Akiti in Dublin


























Sidi Afifi's lectures in Dublin were posted by brothers and sisters from PPIMI. Thanks a million, guys! I can still remember when Ustaz Fauzi, Acap, myself and few others visited him in his home in Oxford last year. Lots of inspiring nasiha was given in the heart-warming visit. That time, Sidi Afifi was in his final stage of completing his PhD. His thesis is on makhtutot (unpublished manuscript) of Hujjatul Islam Imam Ghazali. Acap invited him for talk/lecture in Dublin but he declined. Partly because of his commitment to PhD thesis. It's good that now Dubliners can listen and benefit from his knowledge. To watch other parts of the long lecture, please click here
Photobucket
Malam itu, aku sedang on-call di Labour Ward. Jam menunjukkan pukul 1130 malam. Tiba-tiba, salah seorang MO aku memanggil aku;

" Shafiq, come here! There's a call from trauma. A lady 30 weeker (pregnant) delivered her baby in Kg Datuk Harun. Ambulance is ready. Since you are the most senior HO, go with the ambulance to her home."

Kg Datuk Harun tak jauh dari PPUM. Malangnya malam itu entah mengapa traffic jam berlaku dengan begitu dashyat. Ambulans tak bergerak-gerak di hadapan traffic light.

"Doktor Shafiq tak tahu ke? Pak Lah baru je naikkan harga minyak 78 sen seliter.Itu yang jam sepanjang malam!" kata pemandu ambulans di sisi aku.

Aduh! Baru aje plan nak pakai BMW. Sekarang patut tukar gaya hidup pakai Basikal BMX dulu. Dato Najib tentu setuju. Meskipun Datin Rosmah sudah belanja beribu-ribu. Gasak lah...

Thursday, April 17, 2008

Pesta Buku

Aku dah malas nak menulis atau bercakap pasal politik. Bukannya apa. Sejak PRU ke-12, demam politik masih tak kebah-kebah. Di mana-mana orang masih sibuk berbicara tentang situasi pasca PRU ke-12. Bagi aku, sejarah telah tercipta. Kita hanya boleh maju ke hadapan. Yang di hadapan sekarang ialah bagaimana Pakatan Rakyat akan 'deliver' janji-janji yang terkandung dalam manifesto pilihanraya lepas. Yang pastinya, harapan dan perasaan rakyat Malaysia masih bercampur-baur. Terutamanya orang-orang Melayu yang sangat sensitif dengan kedudukan mereka sebagai masyarakat pribumi yang dijamin dari sudut keistimewaan-keistimewaan tertentu. Di Kedah dan Kelantan, sudah tentu tiada masalah. Tapi di Pulau Pinang, Selangor dan Perak, masih ramai yang meragui kerajaan negeri yang terbentuk daripada majoriti ADUN yang bukan Melayu/Islam. Tak mengapa. Bukankah masih terlalu awal untuk menilai prestasi negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Jika ditakdirkan mereka gagal membela isu-isu yang berkaitan dengan rakyat atau yang berkaitan dengan umat Islam, solusinya sangat mudah. Pangkah sahaja parti lain pada PRU ke-13!

Baiklah, kita tutup sahaja perbincangan tentang politik. Aku nak menulis tentang buku dan pesta buku. Tempoh hari, aku singgah ke PWTC untuk 'memburu' buku-buku yang menarik pada perhatianku. Buat pertama kali dalam hidup aku, aku kini mempunyai pendapatan tetap dan berkemampuan untuk membeli mana-mana buku tanpa perlu berkira-kira tentang ongkosnya. Suasa di PWTC memang sangat meriah. Semua pengunjung terpaksa berjalan perlahan kerana keadaan dewan begitu sesak.

Inilah buku-buku yang sempat aku beli di PWTC.


  1. Dalam Ribuan Mimpi Gelisah oleh Said Zahari
  2. Studies in Hadith Methadology and Literature by M.M Al-A'zami
  3. Malay Nationalism Before UMNO : Memoir of Mustapha Hussain
  4. Memoir Shamsiah Fakeh: Dari AMS ke Rejimen ke-10
  5. May 13 by Kua Kia Soong
  6. Ibn Khaldun:His Life and Works by M. Abdullah Enan
  7. Ibn Khaldun's Philosophy of History by Muhsin Mahdi
  8. Ke Mana Nasionalisme Melayu? by Rustam A. Sani
  9. Social Roots of Malay Left by Rustam A. Sani
  10. The Unromatic Orient by Muhammad Asad
  11. The Reluctant Politician: Tun Dr Ismail and His Time by Ooi Kee Beng




Aku sememangnya tidak tahu bilakah aku berpeluang membaca kesemua judul yang aku beli. Azam aku pada tahun ini ialah untuk menghabiskan bacaan buku-buku ini sebelum 2008 melabuhkan tirai. Entah kesampaian atau tidak, hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui. Buku-buku yang aku beli di London tempoh hari pun, masih belum terusik. Namun, hujung minggu lepas aku tak dapat menahan daripada membaca 2 buku yang kubeli. Pertamanya, buku yang ditulis oleh Said Zahari, pemimpin Barisan Sosialis di Singapura yang ditahan selama 17 tahun di bawah regim Lee Kuan Yew. Yang kedua ialah Memoir Mustapha Hussein yang berjudul Malay Nationalisme Before UMNO.

Aku harus mengakui yang aku sangat terpaku dengan buku yang kedua ini. Kenapa? Satu-satunya sebab ialah kerana buku ini menceritakan tentang 'the unsung heroes of Malaya'. Mustapha Hussein ialah Timbalan Presiden KMM atau Kesatuan Melayu Muda. KMM adalah gerakan nasionalis terawal yang bangkit bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Orang No. 2 Ibrahim Yaakob ini menulis catatan hidup yang sangat bernilai kerana memberi perspektif berlainan dalam sejarah Tanah Melayu.

Selama ini banyak generasi muda menganggap bahawa UMNO ialah parti yang berjuang untuk kemerdekaan sedangkan anggapan itu tidak benar.KMM ditubuhkan lebih awal daripada UMNO iaitu pada 1938. Malahan setelah seruan kemerdekaan dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin Melayu haluan kiri, UMNO masih dengan slogan 'Hidup Melayu!'. Perjuangan UMNO pada permulaannya hanya terarah pada penentangan terhadap Malay Union dan masalah kepentingan Melayu.Umpamanya soal penyertaan bangsa Melayu dalam Malay Civil Service. Antara tokoh-tokoh yang merupakan pengasas dan ahli KMM ialah Ishak Haji Muhammad (Pak Sako), Ahmad Boestamam, Dr Burhanuddin Helmi, Hassan Haji Manan dan lain-lain.

Mustapha turut menulis peranan beliau yang berkhidmat untuk menyelamatkan nyawa, maruah dan kehormatan orang-orang Melayu semasa pendudukan Jepun. Ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum kedatangan Jepun, pemimpin KMM seperti Ibrahim Yaakob mempunyai pakatan rahsia dengan Jepun. Pakatan ini ialah untuk menjadikan KMM sebagai 'The Fifth Column'. Dalam erti kata lain, KMM dijadikan sebagai alat untuk Jepun menakluk Tanah Melayu dari tangan British. Bahkan Mustapha menukilkan bagaimana Ibrahim menerima ganjaran yang cukup lumayan dari Fujiwara Kikan, unit intelligensia Jepun untuk bekerjasama menakluk Tanah Melayu dari dalam.

Ahli-ahli KMM lain seperti Mustapha langsung tidak menyedari perjanjian rahsia antara Ibrahim Yaakob dan Jepun. Sebelum perang meletus, British dapat menghidu perkara tersebut dan menangkap ahli-ahli KMM di seluruh Malaya dan Singapura. Apabila Jepun mara dari utara Tanah Melayu, Mustapha diheret sama ke selatan dalam proses penaklukan Jepun dan pengepungan Singapura. Semasa periode inilah, jasa Mustapha sangat bermakna. Beliau meyelamatkan banyak 'kepala' daripada dipancung pedang samurai Jepun. Antara yang pernah diselamatkan oleh Mustapha ialah Dr Abbas Hj Alias, bekas Yang Dipertua PAS yang ketika itu berkhidmat sebagai Malay Regiment Volunteer di Singapura.


"My advance with Fujiwara Kikan from Taiping to Singapore was purely destiny; they came to invite me at my family home in Matang because Ibrahim (Yaakob) has colluded with them before the invasion. Completely unaware of the secret pact, I thank God for giving me the presence of mind to seize the advantage to help civilians, women, soldiers and their families. I went through bitter and harrowing experiences throughout the move. What had I not seen? But who knows how my heart, soul and mind suffered?Who knows how, for tens of years afterwards, many of these experiences lived within me. All that I saw- the horror, the gruesome spectacles, the blood- cannot be wiped clean from my mind. Somewhere in me, the past resides forever."

" My co-operation with the Japanese was not a sincere gesture to promote their interests. I was out to assist and save ill-fated victims of war. I hated all form of colonisation, Japanese or British but I fostered good relations with Japanese to ensure my activities to help my own people would go unnoticed under their noses." pg 240-241


Mustapha turut menuntut Jepun supaya memberikan kemerdekaan mutlak kepada Tanah Melayu. Malangnya idea ini tidak disukai oleh Jepun. Saat itu, barulah Mustapha sedar yang sikap penjajah adalah sama. Masing-masing tidak akan semudah itu untuk memberikan kemerdekaan.

Meskipun begitu, kekalahan demi kekalahan yang dialami Jepun menyebabkan Jepun mula membenarkan idea kemerdekaan Tanah Melayu. Ini diikuti dengan kongres KRIS dan proklamasi kemerdekaan Tanah Melayu yang dirancang pada 17 Ogos 1945. Malang sekali bagi KMM, Jepun menyerah kalah pada 15 ogos 1945. Ini bermakna tarikh tersebut hanya 48 jam daripada tarikh kemerdekaan yang diberikan oleh Jepun. Kekalahan Jepun bermakna ahli-ahli KMM akan terdedah kepada 3 ancaman. British, MPAJA dan Bintang Tiga. Ibrahim Yaakob angkat kaki dan melarikan diri ke Indonesia dengan 2 guni wang dan ketulan-ketulan emas yang disogokkan oleh Jepun. Ini meninggalkan hanya Mustapha keseorangan untuk membela nasib ahli-ahli KMM yang lain. Berbeza dengan Ibrahim Yaakob yang akhirnya hidup senang di Indonesia dan membuka Bank Pertiwi, Mustapha di Tanah Melayu pula ditangkap 2 kali oleh British dan merengkok dalam penjara Batu Gajah. Di mana-mana beliau dilabel sebagai 'tali barut' dan baruah Jepun. Namun, tiada sesiapa yang mampu menyangkal bahawa kalau bukan kerana Mustapha, banyak nyawa akan melayang. Setelah tidak dibenarkan berkhidmat lagi sebagai pensyarah pertanian, Mustapha menghadapi masa-masa yang sukar dalam hidupnya. Beliau bukan sahaja pernah bertani malahan pernah menjaja di stesen keretapi untuk meneruskan kehidupan. Ramai yang tidak mengetahui setelah Datuk Onn Jaafar keluar dari UMNO, Mustapha pernah dicalonkan untuk menjadi Presiden UMNO. Bagaimanapun, beliau kalah dengan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan 1 undi sahaja.

Tokoh seperti Mustapha adalah tokoh yang sering dilupakan. Banyak wira yang berjuang tapi hanya sedikit yang diberi ruang. Dibandingkan dengan Tunku, jasa beliau tidak kurang hebat. Sayang sekali, nama beliau tidak disebut pun dalam mana-mana buku teks sejarah. Kalau nak tahu perspektif kemerdekaan yang berbeza, aku cadangkan supaya kita menonton filem pendek oleh Fahmi Reza ini, '10 Tahun Sebelum Merdeka'





Friday, March 21, 2008

Ini Bukan Budaya Kita


Gambar daripada demonstrasi UMNO Pulau Pinang di hadapan KOMTAR

Beberapa bulan yang lalu, saban hari kita dimomokkan dengan mesej-mesej menghentam pihak-pihak yang mengadakan demonstrasi jalanan. Media rasmi kerajaan seperti RTM, tak putus-putus menyiarkan footage daripada perhimpunan BERSIH dan demonstrasi yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan isu video klip Lingam. Lalu diambillah pendapat-pendapat jalanan yang mengatakan;

"Demonstrasi bukan cara kita."
" Protes jalanan akan mengganggu ekonomi dan bikin kacau."
" Kita ada saluran yang lebih baik untuk suarakan kemarahan."

Dan macam-macam mesej propaganda bebal.

Bila berakhirnya PRU ke-12, tiba-tiba nada sebegini berubah 360 darjah. UMNO, sebuah parti yang tewas begitu teruk di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan Selangor secara drastik memilih jalan yang digambarkan oleh Khairy Jamaluddin sebagai 'beruk-beruk di jalanan'.

Hahaha....

Lucu sekali. Setelah ditolak oleh rakyat, UMNO kini terlalu desperate untuk meraih kembali sokongan orang Melayu. Satu-satunya senjata UMNO ialah membangkitkan sentimen Melayu dan DEB. Pulai Pinang yang kini dikepalai oleh Lim Guang Eng dikatakan bakal meminggirkan orang-orang Melayu di Pulau Pinang. Orang Melayu di Pulau Pinang adalah kelompok yang paling terbawah dari sudut sosioekonomi negeri. Kehendak pimpinan DAP di Pulau Pinang yang mahukan DEP dimansuhkan di peringkat negeri seolah-olah hendak meminggirkan orang Melayu di Pulau Pinang.

Tuan-tuan sekalian, bukankah selama ini UMNO dan Gerakan yang memerintah Pulau Pinang?Dan selama itulah dasar-dasar DEB berjalan di Pulau Pinang. Orang Melayu semasa pemerintahan UMNO/Gerakan masih lagi di takuk lama. Sebut sahaja bidang apa sekalipun, pendidikan, ekonomi, pemilikan tanah dan sebagainya, DEB langsung tidak memberi impak maksima terhadap status orang Melayu di sana.

Maka, salahkah DEB yang gagal ini dimansuhkan? Kita harus ingat, DEB hanyalah satu polisi atau dasar yang dilaksanakan sejak zaman Tun Razak. Dengan memansuhkan DEB tidak bermakna kita menghapuskan keistimewaan orang Melayu. Hakikatnya, keistimewaan orang-orang Melayu telah dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Baik sesiapapun yang memerintah Malaysia, BN, DAP, PAS, PKR, PBS atau SUPP sekalipun keistimewaan orang-orang Melayu takkan terjejas.

DEB sejak tahun 1990-an merupakan lohong emas untuk kronisme, nepotisme dan korupsi. Semangat DEB memanglah baik sekali untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat peribumi yang ketinggalan berbanding kaum lain. Masalah cumalah pada perlaksanaan polisi tersebut. Sejak bertahun-tahun, UMNO menggunakan 2 senjata utama bila mahu berhadapan dengan pembangkang terutamanya DAP. Pertamanya, membangkitkan sentimen 'ketuanan Melayu' dan kedua, menimbulkan tentang DEB. Kedua-duanya sangat berkesan untuk memancing undi orang Melayu. Oleh itu tidak hairanlah bila Lim Guan Eng memasuki pentadbiran Pulau Pinang pada hari pertama, akhbar-akhbar berbahasa Melayu sudah memutar-belit kenyataan beliau tentang DEB.

Guan Eng memanglah bukan Melayu dan bukan Islam. Tetapi kita jangan sesekali lupa yang Guan Eng ini pernah dipenjara kerana seorang gadis Melayu. Seorang gadis yang dikatakan dirogol oleh seorang bekas Ketua Menteri UMNO. Guan Eng dipenjarakan hampir 2 tahun kerana dituduh di bawah Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi. Sebaliknya, bekas Ketua Menteri ini tidak diapa-apakan, malahan si 'perogol' ini masih bebas dan duduk di Majlis Tertinggi UMNO.

Bukankah Nabi SAW menyuruh kita agar takut dengan doa orang yang dizalimi? Tidakkah doa orang yang dizalimi tiada hijab antaranya dengan Allah SWT, meskipun dia seorang kafir? Pemuda yang dahulunya dipenjara kerana membela maruah seorang gadis Melayu dan Islam, kini bergelar seorang Ketua Menteri. Itulah anehnya aturan hidup ini. Tiada kejahatan yang boleh terlepas daripada pembalasan.Tiada kebaikan yang tidak akan diganjari. Itulah keadilan.Selagi UMNO dan para pemimpin BN tidak memahami konsep keadilan sebegini, parti ini tidak akan relevan. Kita hanya menunggu PRU ke-13. Menunggu parti ini dikuburkan dengan penuh adat-istiadat demokrasi!

Sunday, March 09, 2008

Ubah nasib II



Oh, Tuhan!! Ampunkan aku kerana selama ini aku meragui 'kewujudan'-MU. Rupa-rupanya Kau senantiasa mendengar rintihan dan keluhan hamba-hambaMu yang lemah dan dizalimi. Segala puji hanya milikMu! Engkau yang memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Kau kehendaki dan kau mencabutnya dari sesiapa yang Kau kehendaki!

For the first time in my life, I'm proud of you, my fellow Malaysians!!


BA Menang Lima Negeri!!!
Roket Menjulang di Negeri Badawi
BN Ranap di Selangor
Bye-Bye Uncle Samy Vellu dan Makcik Shahrizat!
Abdullah Terkedu