Saturday, October 30, 2010

Merapi dan Kraton Yogjakarta


26 Oktober lalu, Gunung Merapi meletus lagi di Pulau Jawa. Korbannya seorang wanita, Mbah Maridjan dan sekarang mangsa letusan sudah meningkat naik melebihi 300 nyawa. Takziah kepada warga Indonesia yang kehilangan ahli keluarga kerana 'amarah' Gunung Merapi.

Bagi yang tidak mengenal Merapi, gunung berapi paling aktif di dunia ini letaknya di persempadanan Jawa Tengah dan kota Yogjakarta. Apa yang menarik, meskipun kota Yogjakarta terletak tidak begitu jauh dari gunung ini, kota Yogjakarta seolah-olah 'terpelihara' daripada bahana asap letusan Merapi. Berita yang aku baca hari ini mengingatkan aku kepada kota kebudayaan Jawa ini.

"ALTHOUGH Mount Merapi is only 30km from Yogyakarta, its 400,000-strong population is going about business as usual.
The Javanese believe that they are protected by divine powers from the kraton, or sultan's palace, which is located in the city centre.

The city was built on land that was formerly the sultan's sole domain and, as absurd as it may seem, this belief has some strong points to support it.

Despite its proximity to Mount Merapi, ashes from the volcano eruptions, which started on Tuesday, have not reached the city -- yet.
Local media reported that ashes from Mount Merapi had fallen in Semarang, 100km from the volcano. Ashes have also fallen on Cilicap, 250km from Mount Merapi and at the Borobodur temple, which is hours away by car from Yogyakarta.

"Yogyakarta city has been blessed for years by the divine power of the kraton. Even during Mount Merapi's eruption in 2006, no ashes fell here," said Trihandono, 37, adding that certain rituals had to be followed to keep the disaster at bay.

This time around, Trihandono said they had to cook and eat 17 types of vegetable dishes. "

Berita ini memetik kenyataan penduduk yang percaya bahawa kota tersebut dilindungi kerana keistimewaan pada Kraton atau istana Kesultanan Yogjakarta. Yogjakarta adalah bandar yang agak istimewa di Indonesia. Ini kerana wilayah ini adalah satu-satunya provinsi yang diberikan keistimewaan untuk diketuai oleh seorang Sultan atau raja.

Kerajaan Yogjakarta adalah serpihan daripada kerajaan Hindu Mataram yang pernah tegak di Jawa Tengah. Candi Borubodur adalah manifestasi kegagahan empayar Hindu ini.



Pada tahun kurun ke 18, berlaku peperangan saudara di antara Putera Mangkubumi, pewaris kerajaan Mataram dan saudaranya Pakubuwono II. Mangkubumi lebih muda daripada saudaranya Pakubuwono. Antara sebab utama penentangan Mangkubumi terhadap Pakubuwono ialah kerana abangnya bersekongkol dengan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda: V.O.C) untuk menjadikan tanahair mereka sebagai tempat eksploitasi sumber bumi dan hamba abdi. Pada zaman tersebut, hamba-hamba dari Jawa dieksport ke negara-negara jajahan Belanda seperti Surinam untuk tujuan ekonomi.

Mangkubumi yang tidak sanggup berkompromi dengan dasar-dasar memperhambakan pribumi lantas bangkit dan menyusun strategi memerangi abangnya sendiri. Dibantu oleh Raden Mas Said, Mangkabumi memenangi beberapa siri pertempuran di Demak, Grobogan, dan Bogowonto. Pakubuwono mati pada tahun 1749 dan pada tahun 1751, tentera Belanda di bawah De Clerk ditumpaskan di Bogowonto. Mangkubumi menjadi raja dan mengambil gelaran Hamengkubuwono I.

Kejayaan dan keberanian sang putera ini menjadikan Sultan Yogjakarta dan waris keluarganya satu simbol perlawanan dan perjuangan menentang kaum penjajah. Mereka dihormati dan disayangi hinggalah sekarang. Bahkan, atas dasar inilah kerajaan Indonesia mengurniakan status 'Special Region' kepada Yogjakarta. Keluarga diraja masih berperanan besar dalam pentadbiran dan pemerintahan wilayah ini.


Jika ke Yogjakarta,Kraton Ngayogyakarta Hadiningrat masih utuh. Jika dibandingkan dengan istana-istana kesultanan lain di Timur Jauh atau Eropah, Kraton ini nampak sangat 'simple.' Tiada mahligai atau barang kemasan mewah yang keterlaluan. Tidak seluas Versailles di Paris atau semewah Dolmabahce di pinggir Bosphorus. Tidak juga 'segila' istana Neuschwanstein milik Raja Ludwig di tengah Bavaria.Istana ini mungkin membayangkan peribadi keluarga diraja Yogjakarta yang begitu rapat dengan rakyat jelata.

Mudah-mudahan Allah SWT mengurniakan keselamatan kepada saudara-saudara kita di Indonesia daripada malapetaka seperti gempa bumi, letusan gunung berapi atau tsunami.


2 comments:

Anonymous said...

1. Mataram tidak membina Borobudur.

2. Borobudur bukan kuil Hindu tetapi tempat ritual Buddha.

3. Yogyakarta tidak diberikan status istimewa itu kerana perang di abad 18 itu, tetapi kerana Sultan Yogya berperanan besar melindungi kerajaan Republik Indonesia yang diproklamir merdeka daripada Belanda dan dibantai Belanda, saat ibukota dipindahkan dari Jakarta ke Yogya dan Menteri-menteri terpaksa lari dari Jakarta ke Yogya dengan keretapi khas.

4. Rasanya yang dipaparkan adalah balai bermain gamelan Jawa di kawasan kraton, bukan kraton Sultan. Balai dan kraton begini juga boleh dijumpai di Solo (ada dua tida buah di Solo) (dan mungkin juga demikian keadaannya di Cirebon). Tentang perbandingan dengan istana-istana besar di Eropah, memang istana-istana Sultan di Nusantara ini tak ada yang tertandingi istana-istana Eropah. Namun lavishnya tetap sama jika ukurannya ialah kemerempatan rakyat jelata. Dan pengaruh Belanda serta cita-cita mengikut Belanda jelas pada ukiran senibina, dan deretan souvenir dan mobil di lapangan kraton.

Maaf mencelah.

Anak Alam

Ayman Rosland said...

Thanks for the info and correction, Anak Alam!