Tuesday, August 03, 2004

Resepi Tuan Alwan

Jika ada di antara kita yang masih ingat tentang novel Zuquq al Midaq yang dikarang oleh Naguib Mahfouz, terdapat satu watak yang bernama Tuan Salim Alwan(tak pasti nama penuh watak tu).Beliau seorang yang saudagar kaya yang memiliki seorang isteri yang baik.Namun, Tuan Alwan mempunyai satu rahsia yang menyebabkan isterinya tidak mampu untuk 'melayaninya'.Rupa-rupanya, beliau mempunyai tabiat untuk makan sejenis hidangan yang dikatakan boleh 'menguatkan' tenaga kelelakian.Hidangan tersebut ialah hidangan burung merpati yang dimasak bersama bijian gandum hijau dan ditabur dengan serbuk pala.
Memandangkan aku sudahpun berada di Mesir, aku pun terfikir, kenapa tidak mencuba makanan-makanan tempatan di sini?Walaupun rakyat Mesir rata-ratanya miskin dan kadar pengangguran cukup tinggi(bilangan penduduk hampir 70 juta), Allah SWT melimpahkan rezeki yang banyak kepada mereka.Barang-barang makanan terutama, sangat murah jika hendak dibandingkan dengan mana-mana negara Arab di dunia.Contohnya, seekor ayam panggang cuma berharga 15 pound mesir, lebih kurang 2 euros.Belum lagi buah-buahan yang berlambak-lambak dijual di tepi-tepi jalan di kota Kaherah ini.
Selesai menziarahi maqam Sayyidina Hussein di Masr al Qadima, aku meninjau-ninjau restoren-restoren yang berhampiran dengan Midan Hussein.Dengan kemahiran bahasa Arab yang terbatas,aku cuba bertanya-tanya kalau ada restoren yang menjual hidangan burung merpati yang dimasak bersama bijian gandum hijau dan ditabur dengan serbuk pala.Malang sekali penduduk tempatan tak tahu samada makanan ini wujud!!!Tetapi, hidangan hamammah al maswuyy( burung merpati panggang) memang masyhur di sini.Seekor hammammah al maswuyy berharga lebih kurang 12 pound(1 euro= 7.5 egyptian pound).Untuk makan tengahari kali ini, aku memesan hamammah al maswuyy, solatah(enam jenis sayuran campur dan jeruk sayur),'aisyy (sejenis roti),nasi berlaukkan hati lembu goreng, teh dengan daun pudina dan berberapa hidangan sampingan.Hampir penuh meja makan aku!!!Terkejut juga kerana harga kesemua hidangan yang aku pesan di atas cuma berharga tak sampai 5 euro(40 pound).
Jadi, kepada mana-mana budak-budak banting yang mempunyai keinginan untuk datang ke Mesir jangan lupa mencari hidangan-hidangan yang aku sebutkan tadi.Kepada yang mungkin akan ke Timur Tengah cuti ini, i'll be around until July and maybe in August.Do find ways to meet me here.Adios!!!!!!

No comments: